al-Siha : PLUS Pull-out October 2019 | Page 8

al-Siha Plus | OKTOBER, 2019 p08 Tiada pengetahuan perniagaan, Pak Tam berjaya bina empaya r seluruh negara Lebih 100 menu disediakan untuk pelanggan di 13 buah cawangan seluruh negara OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL ”S AYA asalnya orang miskin, tak ada pengalaman perniagaan. Saya main redah je ikut kehendak diri,” jelas Pak Tam atau nama penuhnya Ruslin Ibrahim membuka bicara menceritakan permulaan empayar perniagaan Tuuu.. Dia Pak Tam yang kini berusia 36 tahun. “Selepas tamat tingkatan enam, saya bersama rakan terlihat satu iklan jawatan kosong sebagai pegawai pemasaran di Kuala Lumpur. Lantas, kami memohon dan kesemuanya berjaya. Namun, hanya saya yang ke Kuala Lumpur manakala yang lain tidak ikut serta." “Setelah tiga bulan bekerja di situ, akhirnya syarikat tutup. Ketika di syarikat itu, saya sertai saham syarikat tersebut dengan bayaran RM5000. Awalnya saya tiada duit namun, saya gadai barang kemas kepada orang kaya di kampung saya untuk membeli saham syarikat." “Selepas syarikat terbabit tutup, saya bimbang memikirkan barang kemas yang digadai. Namun, saat itu hidup saya terumbang ambing. Nak makan tiada duit dan sebagainya. Ada kawan yang melihat keadaan saya, lantas mengajak saya berniaga di pasar borong." “Nasib saya sungguh baik. Saya jumpa seorang cina, dia bagi kereta untuk angkut daging bersama anaknya. Ketika itu umur saya 21 tahun. Dalam masa yang sama, saya dapat surat dari orang kaya meminta saya menjelaskan hutangnya. Saya kemudiannya bersumpah ‘Jika saya tidak berjaya, saya tidak akan balik’. Alhamdullillah, Tuhan membantu saya." “Bermula dari situ, saya bekerja sendiri sebagai penjual daging selama sembilan tahun tanpa ada asas pengetahuan Pengasas Tuuu…Dia Pak Tam, Ruslin Ibrahim berkongsi kisah jatuh bangun beliau dalam perniagaan. “Saya tidak sekali-kali menggunakan minyak kitar semula. Sebaliknya hanya menggunakan minyak yang diyakini bersih sahaja.” – Pak Tam perniagaan. Ketika masuk tahun ke sembilan, saya beralih dari perniagaan daging kepada perusahaan makanan bermodalkan RM25. Saya jual rojak. Disitulah bermulanya nama Tuuu.. Dia Pak Tam, idea dari anak saudara saya." “Dari tahun 1984 hingga tahun 2002, perniagaan saya semakin lama semakin berkembang sehinggalah saya mendapatkan bangunan ini. Ketika memulakan perniagaan saya merancang dengan serampang dua mata. Merancang perniagaan dan merancang legasi untuk anak-anak saya." “Saya juga dilantik menjadi penasihat MARA di seluruh Malaysia dan dilantik sebagai felo di UUM dan UiTM." “Kini kami sudah memiliki banyak produk lain. Antaranya, teh halia, white coff ee, black coff ee dan sebagainya. Kami juga ada keluarkan produk mee serta kedai roti yang diusahakan oleh anak saya sendiri," kata Pak Tam. Hingga ke hari ini, Tuu.. Dia Pak Tam dengan tagline ‘sedap bagitahu kawan… tak sedap bagitahu paktam’ di bawah syarikat Sirah Heritage Holding Sdn.Bhd memiliki Cakoi ke persada antarabangsa OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL K UIH tradisional cakoi merupakan antara kuih yang sangat terkenal di Malaysia. Ia biasanya dijual di tepi-tepi jalan sebagai sarapan pagi mahupun snek ringan yang dinikmati secara kosong mahupun bersama kaya manis bewarna hijau. Potensi cakoi dalam pasaran dilihat biasa-biasa pada pandangan mata sesetengah individu, namun tidak bagi Pengasas I Love Yoo!, Gian Lim yang mengangkat nama cakoi atau juga dikenali sebagai Yoo Tiao ke peringkat lebih tinggi dengan memasarkannya di pusat-pusat membeli-belah. Dari kiri, Gian Lim, Mohamad Hairu ll Anuar dan Datuk Ahmad Zaki di hadapan outlet I Love Yoo! Menurut Lim, cawangan pertamanya mula dibuka di Food Republic, Pavilion pada September 2007. “Yoo Tiao memiliki sejarah lebih dari 800 tahun sebagai salah satu makanan tradisional masyarakat cina. Biasanya, ia didapati di kedai kopi dan gerai tepi jalan. Namun, kami membawa makanan tradisi ini ke pusat membeli-belah sebagai langkah penjagaan kebersihan dan keselamatan untuk pelanggan." Dengan lebih daripada 50 cawangan lima buah anak syarikat lain di bawahnya. Antaranya Juara Saji Sdn.Bhd, Pak Tam Katering Sdn. Bhd, Kulit Kayu Manis Enterprise dan Ana Boss Enterprise. Dalam tempoh 36 tahun dalam perusahaan makanan ini juga, syarikat ini telah memiliki lebih daripada 12 cawangan di seluruh Malaysia dalam perusahaan restoran dan café, katering, perkhidmatan latihan dan peluang perniagaan. Bangkit Dari Kegagalan Dalam tempoh tersebut, jelas Pak Tam empayar perniagaannya pernah jatuh. Dari situ, Pak Tam menilai dirinya demi untuk mencari kelemahan dan kekuatan diri dalam membangunkan semula syarikat miliknya. “Saya alami dua kali kegagalan. Kegagalan pertama adalah akibat saya terlalu banyak bagi hutang kepada orang menyebabkan perniagaan saya lingkup kerana mereka tidak membayar semula hutang yang diberi. Ketika itu usia perniagaan makanan saya baru sembilan tahun. Akibat tiada pengalaman, itulah yang terjadi kepada perniagaan saya." “Manakala kegagalan kedua pula kerana saya tidak tahu tentang duti kastam menyebabkan saya terpaksa membayar ratusan ribu ringgit. Itu juga yang menjatuhkan empayar perniagaan saya. Untuk membayarnya, saya terpaksa meminjam dari tujuh orang ceti dan melangsaikan hutang dalam tempoh empat tahun sebanyak 2.6 juta. Dari situ saya mendapat pengalaman dan pengetahuan mengenai perkara itu." Halalan Toyyiban Bercerita lanjut mengenai penyediaan makanan halal jelas Pak Tam, dia memiliki kaedah tersendiri untuk sentiasa mengekalkan halal serta kebersihan berlandaskan syariat Islam. “Dalam konteks menyediakan makanan halal, banyak perkara yang saya titik beratkan. Ini termasuklah kesucian sumber bahan mentah yang saya peroleh termasuklah minyak sawit yang dipakai dalam penyediaan makanan. Saya tidak sekali-kali menggunakan minyak kitar semula. Sebaliknya hanya menggunakan minyak yang diyakini bersih sahaja. Ini kerana, minyak kitar semula amat bahaya dari sudut halal kerana kita tidak tahu kemungkinan minyak berkenaan pernah digunakan untuk menggoreng khinzir dan sebagainya menyebabkan makanan kita tidak bersih." — al-Siha Plus di Malaysia, I Love Yoo! Berusaha keras mendapatkan status halal. “Sebelum ini pelanggan Melayu Muslim adalah kurang daripada 15 peratus. Namun, kami yakin dengan berstatuskan halal, kami boleh memberi peluang kepada semua untuk merasai keenakan Yoo Tiao kami. Walaupun masih dalam proses mendapatkan pensijilan halal Jakim, namun kami sudah memiliki 40 peratus kakitangan Muslim." Penolong Pengurus merangkap Halal Eksekutif di I Love Yoo!, Mohamad Hairull Anuar menjelaskan, hingga kini pihaknya masih menunggu JAKIM untuk menyelesaikan proses pengesahan semua cawangan. “Sementara proses itu selesai, kami tidak dibenarkan mempamerkan tanda halal sehingga kami menerima pensijilan untuk semua outlet kami." Minyak sawit dalam masakan Menurut Pengerusi I Love Yoo!, Datuk Ahmad Zaki, selain cakoi terdapat beberapa menu masakan Melayu dan India seperti Rendang Ayam, Masala Ayam Panas, Laksa Kari Laksa