16
al-Siha | APRIL, 2018
PENA PAKAR
‘Dengki’ pada pasangan
• Iri hati mahupun dengki pada pasangan
punca rumah tangga porak peranda
• Kahwini pasangan sekufu elak
konflik
• Fahami kelemahan dan kekuatan
pasangan
DATO’ DR. HJ MOHD
FADZILAH KAMSAH
• Berbincang dapat mengeratkan
hubungan
uami yang sikapnya tidak menyokong
atau mengendahkan permintaan
isteri seringkali dianggap
‘pendengki’. Walhal, pasangan yang
normal tidak mungkin mempunyai
rasa ‘dengki’ atau ‘iri hati’ terhadap
pasangannya. Sikap pendengki
yang dilemparkan kepada para suami ini dalam
konsep asasnya tidak tepat. Meskipun simptom
luarannya yang tidak menyokong, sabotaj dan
dilihat seolah-olah dengki hakikatnya ia bukan
dengki tetapi lebih kepada perasaan rendah diri.
S
B
IASANYA lelaki ini akan rasa sangat tercabar apabila
mereka tidak dapat memenuhi keperluan isteri atau
keluarganya. Hatta, kata-kata yang dianggap remeh bagi
seorang isteri yang merendahkan kebolehan suami boleh menjadi satu
tamparan perit dan cukup melukakan hati mereka.
Berdasarkan kes, lelaki yang mendapat pasangan yang lebih pandai,
popular, berdikari dalam membuat keputusan dan berprestasi tinggi,
akan rasa rendah diri, malu, dan tidak mampu untuk menjadi ‘imam’
atau ketua dalam rumahtangga.
Dalam situasi ini, lelaki sepatutnya peka dan mengambil langkah
positif dengan memperbaiki diri seperti mempelajari benda baharu,
‘skill’ baharu, melakukan bisnes atau apa sahaja untuk kehidupan lebih
baik.
Islam menyuruh kita untuk mencari pasangan yang sekufu. Apa
maknanya sekufu ini? Makna yang lebih jelas adalah sama tarafnya
dari segi kecantikan, keturunan, kekayaan, pendidikan, agama serta
akhlaknya. Jika anda mahukan hubungan yang berkekalan dan
diredhai, carilah pasangan yang baik agamanya. Bila kita mencari
pasangan yang setaraf, maka tidak lahirlah rasa cemburu, iri hati,
rendah diri dan sebagainya yang membawa kepada takrif dengki
itu sendiri.
Untuk melahirkan
hubungan keluarga yang
berkualiti, setiap pasangan
haruslah memahami
kelemahan dan kekuatan
pasangan mereka. Dalam
konteks ini, saya lebih
suka sarankan kepada
semua pasangan
supaya sentiasa
melakukan
perbincangan
bersama.
Cara ini
bukan sahaja
mengeratkan
lagi hubungan
malah
mengelakkan
berlakunya
perkara negatif
dalam hubungan.
Tidak akan
rugi orang yang
"Cemburu itu
adalah tanda
sayang. Tetapi
yang menjadi
masalahnya
adalah
timbulnya
cemburu buta
yang tidak
bertempat
sehingga
berlakunya kes
penceraian."
Pakar Motivasi
7 PUNCA UTAMA
MASALAH MANUSIA
• HATI KOTOR: disebabkan dosa-dosa yang
tidak diampunkan kerana tidak bertaubat,
tidak membaca al-Quran, tidak menjaga
solat dan jarang beristighfar.
• BERFIKIRAN NEGATIF: Pakar psikologi
dunia mengesahkan 80% manusia
sentiasa berfikiran buruk menyebabkan
berlakunya hal-hal negatif.
• CARA BERTINDAK TIDAK BETUL: Melayan
pasangan dengan cara yang kasar dan tidak
beradap.
• KURANG ILMU DAN JAHIL: Tidak tahu
cara bagaimana untuk menunjukkan rasa
sayang dan menghargai pasangan.
• TIDAK KENAL DIRI YANG SEBENAR:
Harus faham pasangan dan membimbing
mereka ke jalan yang benar.
• PERSEKITARAN: Apabila kawan-kawan
anda baik, jadi anda juga akan menjadi
baik.
• PARANORMAL: Jangan memandang
rendah isu ini, kerana ramai pasangan yang
bercerai kerana hal bomoh, jin liar, saka, dan
menganiayai binatang.
Kenali apa
kesukaan dan
kebencian
pasangan untuk
membina hubungan
cinta yang lebih
bermakna.
bermesyuarat. Bukan hanya
boleh menghindari rasa tidak
puas hati malah mengelakkan
dari berlakunya penceraian.
Manusia mana yang tidak
melakukan kesilapan. Boleh
jadi, ia dipengaruhi oleh sikap
ego dan sombong, serta hasutan
syaitan dan akhirnya menyesal
sepanjang hayat. Sebagai
contoh rasa cemburu. Perasaan
cemburu itu harus ada dalam
setiap hubungan. Itu adalah
lambang keimanan. Kaum lelaki
terutamanya, anda wajib ada
rasa cemburu pada pasangan
kalau tidak anda adalah lelaki
dayus. Ingat! Lelaki dayus tidak
akan cium bau syurga. Cemburu
itu adalah tanda sayang. Tetapi
yang menjadi masalahnya
adalah timbulnya cemburu buta
yang tidak bertempat sehingga
berlakunya kes penceraian.
Ingatlah bahawa rumah
tangga adalah sebuah sistem.
Apabila suami berusaha untuk
menjadi baik, maka isteri juga
akan turut sama menjadi baik.
Sesungguhnya, Allah itu tidak
kejam. Malah, kita sendiri yang
kejam dengan diri sendiri.
Memetik kata-kata ulama,
barangsiapa yang membaiki
hubungan mereka dengan Allah,
maka Allah akan membaiki
hubungan mereka dengan yang
lain.
S
udah Terang lagi
bersuluh, jika kita jaga
solat, sentiaca baca al-
Quran, melakukan solat
taubat, dan berusaha
menjadi hamba yang baik, maka
Allah akan jaga dirinya dan
hubungannya bersama manusia
lain, apatah lagi pasangannya.
Apa yang pasti, kita harus tahu
punca berlakunya konflik dalam
rumah tangga. Bila sudah tahu
punca, maka mudahlah kita
untuk mencari solusi. Ingat,
Allah turunkan masalah kepada
hambanya bersama dengan
solusinya juga. Kita sebagai umat
manusia harus berusaha mencari
untuk mendapatkan yang terbaik.
Nasihat saya kepada pasangan
yang baru ataupun sudah lama
mendirikan rumah tangga,
bersama-samalah mendewasakan
diri. Utamakan
tanggungjawab dalam
keluarga. Bukan itu sahaja,
malah kenali kekuatan
dan kelemahan diri
sendiri. Apa yang baik
itu wajib ditonjolkan,
dan apa yang buruk
itu wajib tinggalkan.
Semoga cara ini dapat
menyemarakkan
lagi rasa cinta dan
menyemai kasih
sayang pada
pasangan untuk
kekal hingga ke
Jannah.