al-Siha : April 2018 (Issue 1) | Page 15

APRIL, 2018 MAC, 2018 | al-Siha | al-Siha 15 15 ISU • Disahkan menghidap kanser ‘Osteosarcoma Proximal Tibia’ atau kanser tulang pada tahun 2007 • Ujian kedua menunjukkan ia sejenis kanser fibroblastic osteosarcoma, iaitu sel kanser yang sangat agresif dan memerlukan intervensi segera • Menjalani pembedahan ‘limb-sparing surgery’ untuk membuang tulang yang rosak dan menggantikannya dengan titanium endoprosthesis yang berharga RM70,000 OLEH NORZIRA SYARINI norzira.syarini@revonmedia.com • 11 Tahun bebas dari kanser L ENGUH, tetapi tidak menyakitkan. Namun, setiap kali menaiki tangga, lutut bagai dicucuk jarum. Ini yang di rasai Zeeda Aziz,39, ibu kepada empat orang cahayamata iaitu Danish Izzad, Deanna Izzad, Dafique Izzad dan Arfan Shum (anak angkat) sebelum dia disahkan menghidap kanser ‘Osteosarcoma Proximal Tibia’ atau kanser tulang pada tahun 2007. Berita ini mengejutkan Zeeda dan seisi keluarga, apatah lagi mengetahuinya saat dia sedang hamil anak ke-2. Dua kali biopsy, keputusan pertama menunjukkan bahawa wanita cekal ini mengalami Giant Cell Tumour, iaitu sejenis sel kanser yang tidak merbahaya. Namun ujian kedua menunjukkan ia sejenis kanser fibroblastic osteosarcoma, iaitu sel kanser yang sangat agresif dan memerlukan intervensi segera. Bukan mudah untuk menerima hakikat ini, namun Zeeda akhirnya redha dan tabah menerima ketentuan ilahi. “Saya mengambil masa selama 2 minggu untuk ‘bangkit’ dan melepaskan semua perasaan sedih, kecewa, menyalahkan diri, menyesali dan marah. Akhirnya saya pasrah dan bersedia meneruskan rawatan”. “Saya telah diberikan koktail kemoterapi Adriamycin dan Cisplatin. Dimana setiap kitaran, koktail ini perlu dimasukkan ke dalam tubuh melalui chemoport yang ditanam di atas dada. Selain itu saya juga telah menjalani pembedahan ‘limb-sparing surgery’ untuk membuang tulang yang rosak dan menggantikannya dengan titanium endoprosthesis yang berharga tujuh puluh ribu ringgit” Namun, selepas 6 tahun menggunakan implan ini, Zeeda terpaksa memilih untuk amputasi kerana implan yang dipakai boleh menyebabkan jangkitan dan sukar untuk dipulihkan. “8 kali pembedahan, berbelas jenis antibiotik, 2 tahun di wad, tetapi saya masih belum pulih. Keadaan ini memaksa saya berjumpa dengan Infectious Disease untuk prognosis. Mereka kata saya akan hidup dengan antibiotik. Ini yang saya mahu elak kerana risau kerintangan antibiotik dan merosakkan organ dalaman,” “Doktor, tolong potong kaki saya”. Ini satu satunya dialog yang mampu diluahkan saat itu. Zeeda meminta mereka melakukan amputasi. Tapi permintaannya ini ditolak. Kemudian, dia terpaksa ke hospital swasta untuk prosedur yang sama dan akhirnya keputusan tersebut dipersetujui para doktor.“Tahun ini adalah tahun ke- 11 umur saya dipanjangkan selepas disahkan menghidap kanser. Saya bersyukur kerana tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius dan kini aktif menjalankan kerja-kerja lapangan.” Zeeda menjadi aktivis sosial dan membantu masyarakat setempat, khususnya pesakit kanser yang sedang dalam rawatan bersama kumpulan Cancer Survivors Malaysia. Mereka cuba memberikan khidmat dengan memberikan kemudahan seperti membekalkan susu, katil, kerusi roda selain turut memberikan sokongan moral kepada pesakit kanser terutama di zon utara. “Saya juga seorang jurugambar yang pada masa sama menjadi tenaga pengajar untuk fotografi asas. Selain itu, saya juga kerap dijemput untuk memberi ceramah di sekolah”. Jelas Zeeda, dunia bukan tempat untuk berehat, dan kesusahan sesuatu ujian itu bukan terletak pada kisahnya, tetapi pada keengganan seseorang menerima takdirNya. Tambah beliau, setiap ujian yang dilalui adalah kerana tuhan sedang menyediakan tempat untuk kita di syurgaNya. Lalui dengan ikhlas dan bersyukur kerana kita adalah hambaNya yang terpilih. “Doktor, tolong potong kaki saya ...” Anak-anak antara penguat bagi Zeeda untuk terus cekal dan positif. Zeeda Aziz, buktikan hilang sebelah kaki akibat kanser tidak mematahkan semangatnya sebagai aktivis sosial. Zeeda bersama anak angkatnya Arfan Shum.