APRIL, 2018 | al-Siha
03
SEKILAS
RINDU PELUKAN IBU ... Anak yatim piatu berusia 2 tahun ini kerap melukis “Ibunya”. Setelah lukisan siap, dia kemudiannya
berbaring seolah-olah berada dalam pelukan si ibu. Perasaan rindu tidak tertangung. Namun anak kecil ini redha dengan pemergian
ibunya. Jagalah ibubapa kita selagi mereka masih ada, kerana masa tidak akan berulang.
MITOS & FAKTA KESIHATAN
Boleh ke ambil ubat
bersama air kelapa?
T
LAYARI DUNIA
DIGITAL KAMI
DENGAN LAYAR!
MUDAH & CEPAT!
1. Muat turun aplikasi percuma LAYAR.
2. Imbas pada logo LAYAR pada helaian
akhbar.
3. Terokai dunia kesihatan al-Siha dalam
versi digital dengan dimensi yang lebih
inovasi dan serba moden!
ERLALU banyak maklumat atas talian mahupun media
sosial yang membincangkan tentang khasiat air kelapa.
Sehingga ada yang cuba memberi huraian panjang
tentang kelebihan air ini.
Namun ada yang masih keliru dengan pantang larang
orang lama yang menyatakan bahawa ubat tidak boleh
diambil sewenang-wenangnya bersama air kelapa kerana
dikhuatiri keberkesanannya akan hilang.
al-Siha menemui Mohd Dziehan Mustapa,
Ahli Farmasi Berdaftar, Pertubuhan Medical
Mythbusters Malaysia bagi menghuraikan
persoalan ini.
Menurut Mohd Dziehan, meskipun soalan
ini nampak mudah namun ia sebenarnya
bermaksud interaksi antara ubat dengan
minuman. Secara umumnya interaksi boleh
memberi kesan sama ada meningkatkan kesan
ubat dalam tubuh badan atau mengurangkan
kesannya. Kajian klinikal peringkat awal menunjukkan
minum air kelapa mungkin boleh mengurangkan tekanan
darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi (darah
tinggi).
Secara teorinya penggunaan bersama-sama air kelapa
dengan ubat anti-herpentensi (Ubat mengurangkan tekanan
darah) mungkin boleh menyebabkan kesan tambahan
terhadap pengurangan tekanan darah seterusnya boleh
memberi risiko tekanan darah menjadi rendah. Begitu juga
sekiranya air kelapa diambil dengan herba dan suplemen
yang dipercayai mempunyai kesan mengurangkan tekanan
darah. Sebagai contoh peptida kasein, cat’s claw, koenzim
Q-10, minyak ikan, L-arginine, lycium, stinging nettle,
theanine, mengkudu, belimbing buluh dan lain-lain.
Oleh kerana air kelapa mempunyai kandungan garam
potasium (k+) yang agak ketara maka ia boleh menerukkan
lagi keadaan hiperkalemia seseorang individu. Jika
diminum dalam satu jumlah yang banyak mungkin boleh
meningkatkan risiko hyperkalemia bagi pesakit yang
mempunyai kekurangan fungsi buah
pinggang.
Kesimpulannya, elakkan mengambil
air kelapa secara berlebihan.
Rujuk dahulu dengan ahli
farmasi atau doktor merawat
sebelum mengambil sesuatu
bersama ubat-ubatan agar
interaksi ubat dapat diteliti
terlebih dahulu.