al-Siha : April 2018 (Issue 1) | Page 4

al-Siha | APRIL, 2018 04 BULETIN RINGKASAN KKM sasar 48 klinik kesihatan terap konsep FDC TAWAU: Kementerian Kesihatan menyasarkan 48 klinik kesihatan dapat menerapkan konsep doktor keluarga (FDC) pada setiap tahun. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata konsep itu dibangunkan di peringkat klinik kesihatan sebagai akses dan meningkatkan penerimaan rakyat kepada perkhidmatan kesihatan primer. “Sehingga kini terdapat 110 klinik kesihatan seluruh negara mengamalkan FDC termasuk di Sabah iaitu Klinik Kesihatan Lahad Datu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan FDC klinik kesihatan Tawau. Dr Azman berkata konsep FDC membolehkan individu dan isu rumah mendapatkan rawatan berterusan dari satu orang doktor keluarga dan doktor itu juga bertanggungjawab ke atas status kesihatan populasi di bawah jagaannya. Tambah beliau, perkhidmatan seumpama ini dilihat lebih berkualiti serta dapat mendidik pesakit kepada perkhidmatan bersistem dengan kaedah temu janji sekaligus mengurangkan masa menunggu di klinik. Peningkatan kes tibi dan kusta membimbangkan KUANTAN 6 Mac 2018 – Malaysia mencatatkan peningkatan kes tibi dan kusta pada tahun 2017. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata bagi kes tibi, sebanyak 26,168 kes baharu dilaporkan pada tahun lepas, meningkat sebanyak lapan peratus berbanding 24,220 kes pada tahun 2015. Bagi kes kusta pula katanya, 214 kes direkodkan pada tahun 2017 berbanding 206 kes pada tahun 2016 dengan 13 kes baharu melibatkan kanak-kanak di Kelantan, Pahang, Sabah dan Terengganu. “Peningkatan kes (tibi) adalah ekoran aktiviti pengesanan dan saringan kes yang dilakukan. Pada 2017, sejumlah 418,897 golongan berisiko tinggi tibi telah menjalani saringan X-ray dada dan sejumlah 3,631 kes baharu dikesan dan dirawat. “Kadar kematian tibi pada 2015 adalah 5.5 setiap 100,000 penduduk telah meningkat kepada 6.8 setiap 100,000 penduduk pada tahun 2017,” katanya pada ucapan Sambutan Hari Tibi dan Kusta Sedunia peringkat Kebangsaan dengan tema ‘Ke Arah Malaysia Bebas Tibi dan Kusta: Kesan Awal dan Pastikan Sembuh’ di Felda Bukit Goh baru-baru ini. Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Azman Abu Bakar. Berhubung kes baharu kusta melibatkan kanak-kanak seawal usia tiga hingga 14 tahun, Dr Subramaniam berkata ia menunjukkan masih terdapat jangkitan kusta baharu dalam komuniti selain lapan kes baharu pada 2017 dikesan dengan kecacatan Gred 2. Siti Saleha Duta Terbaru Brand’s Innershine P OLEH NORZIRA SYARINI norzira.syarini@revonmedia.com UTRAJAYA 1 Mac 2018 - BRAND’S Suntory (Malaysia) Sdn Bhd memperkenalkan pelakon Malaysia Siti Saleha sebagai duta jenama terbaharu bagi BRAND’S InnerShine