ESKLUSIF al-Siha | APRIL , 2018
30
ESKLUSIF al-Siha | APRIL , 2018
Patah anggota badan sembuh
• Berkebolehan merawat pesakit yang mengalami masalah terseliuh , regangan urat , retak dan patah tulang
• Jumlah bayaran dibayar mengikut kemampuan atau keikhlasan hati
OLEH NORZIRA SYARINI norzira . syarini @ revonmedia . com
Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris , Pengerusi dan pengasas Medical Mythbusters Malaysia
Mohammad Sharifudin Mohd Saufi .
JIKA dilihat dengan mata kasar , dan difikir dengan logik akal mana mungkin tulang yang patah riuk boleh dibetulkan dengan kaedah semudah urutan dan sentuhan . Ekslusif dalam al-Siha kali ini , kami bawakan cerita dari Kampung Padang Siam , Tanah Merah yang terletak di negeri Cik Siti Wan Kembang ini .
Berkebolehan merawat pesakit yang mengalami masalah terseliuh , regangan urat , retak dan patah tulang , pengamal perubatan tradisional atau alternatif yang dikenali sebagai Pak Su Mat ini dikatakan telah berjaya merawat ribuan pesakit khususnya yang mengalami patah tulang pada mana-mana anggota badan .
Baru-baru ini , penulis berpeluang mengunjungi tempat yang dijadikan sebagai pusat rawatan tersebut dan agak mengejutkan kerana lebih dari 30 pesakit bersama ahli keluarga masingmasing telah berada di sana seawal jam 8 pagi lagi . Malah rata-rata pengunjung adalah bukan dari penduduk setempat , bahkan ada antara mereka yang datang dari luar negeri .
Terdetik di hati penulis , pastinya Pak Su Mat ini , bukan calang-calang orangnya terutama dengan kehadiran sebegitu ramai pesakit yang sanggup sabar menunggu giliran rawatan masing-masing . Mohammad Sharifudin Mohd Saufi , pesakit yang pernah mendapatkan rawatan disini berkata , dia melihat Pak Su Mat ini sebagai seorang yang arif dengan apa yang dilakukan selain tahu banyak perkara tentang ilmu urutan , ilmu urat dan ilmu tulang .
“ Saya menemui Pak Su Mat selepas mengalami sakit sendi yang serius pada buku lali kerana pernah mengalami insiden patah kaki . Selepas mendapat rawatan urutan darinya , dan dengan izin Allah kaki saya bertambah baik , malah rasa sakit juga telah tiada . Mungkin disebabkan dia yang tidak menetapkan jumlah bayaran dan boleh dibayar mengikut kemampuan atau keikhlasan hati menjadikan Pak Su Mat lebih disenangi ramai ,” katanya .
Tambah Sharifudin , pendapatnya agak bercanggah dengan pakar ortopedik sesebuah hospital memandangkan dia lebih memilih rawatan kampung sebagai rawatan utamanya untuk sembuh terutama dari masalah sendi yang dialaminya .
Penulis juga sempat menemubual seorang lagi pesakit yang hanya mahu dikenali sebagai Afiq . Menurut beliau , kemalangan yang dialaminya barubaru ini telah mengakibatkan tulang pada bahagian atas pergelangannya tangannya patah sehingga tulang tersembul dan dapat dilihat dengan penglihatan mata kasar . Beliau yang berasal dari Kedah ini , mendapat maklumat mengenai tempat berkenaan daripada keluarga mentua .
“ Perjalanan lebih kurang sejam untuk sampai kesini , jadi kami membuat keputusan untuk bertolak lebih awal . Rupanya kami tidaklah terlalu awal , memandangnya sudah ramai yang tiba lebih awal dari kami . Rawatan yang saya lalui tidak menyakitkan dan terlalu cepat seolaholah ia berlaku dalam masa sesaat sahaja . Kini tulang yang terbonjol sudah tidak kelihatan lagi dan lenguhlenguh yang dialami sebelum ini seakan beransur pulih ,” katanya .
UNGGUH teruja
S pula penulis melihat kesungguhan dan kebolehan Pak Su Mat merawat pesakit , apatah lagi rata-rata mereka pulang dengan senang hati .
Bukan ingin mengadu , jauh sekali melagakan rawatan tradisional dengan rawatan moden . Cuma ingin sedikit penjelasan mengenai rawatan ini dari sudut perubatan moden . Menurut Dr