PERSONALITI
APRIL , 2018 | al-Siha 29
PERSONALITI
F
ILEM Ola Bola memberi tuah kepada figura ini dalam industri lakonan negara . Luqman Hafidz atau lebih dikenali dengan watak Ali semakin rancak membina nama di persada seni . Dia akui , jadualnya semakin ketat apabila turut beraksi dalam pementasan teater musikal Ola Bola The Musical yang dijadualkan sebanyak 35 persembahan . Ia menjadikan pementasan teater Ola Bola The Musical yang paling panjang dipersembahkan di Istana Budaya . Jadual yang padat tidak menghalang Luqman untuk kekal cergas dan sihat . Apa rahsianya ?
Daripada skala 1 hingga 10 , nyatakan tahap kesihatan Luqman sekarang . Mungkin 7 kerana badan saya sedikit lemah dan suara pun sudah mula serak . Biasalah , latihan tanpa henti dan persembahan setiap hari memberi kesan kepada kesihatan tubuh saya .
Bagaimana Luqman mengekalkan tahap kecergasan tubuh ? Selalunya saya akan tidur awal , rehat dengan secukupnya dan paling penting , makan mengikut waktu yang bersesuaian dengan kuantiti yang cukup . Selain itu juga , sebelum memulakan sebarang aktiviti , saya akan lakukan ‘ warm up ’ untuk memastikan badan lebih segar dan bersedia .
Berkaitan makanan , apakah pelan diet yang Luqman amalkan ? Saya tidak mengamalkan sebarang diet . Selalunya menu pagi saya adalah roti bersama majerin , tengah hari pula nasi bersama ayam dan malam saya lebih gemar makan makanan western seperti ‘ steak ’. Apa yang penting , pengambilan gula itu saya kawal dengan rapi .
Selain dari sukan bola sepak , apakah jenis sukan lain yang Luqman lakukan ? Saya sebenarnya suka dengan semua jenis sukan . Badminton , ping pong dan
Luqman Hafidz :
Kawal pengambilan gula
sebagainya memberi kepuasan kepada diri dan dalam masa yang sama , ia adalah persaingan sihat dengan rakan-rakan .
Bahagian tubuh mana yang ‘ mahal ’ bagi Luqman ? Sebagai seorang pelakon , kebersihaan kulit muka adalah bahagian yang selalu saya utamakan .
Apakah produk kebersihan wajah pilihan Luqman ? Garnier for men .
Adakah Luqman mengambil sebarang vitamin dan sebagainya ? Ya ! Vitamin yang saya ambil seperti Vitamin C dan B-Complex membantu menambahkan lagi stamina tubuh , dan sudah tentu menjaga kesihatan tubuh dan kulit . Selain itu , saya juga mengambil Habatussauda yang banyak kebaikannya pada tubuh badan .
Kongsikan tip ringkas yang Luqman amalkan untuk kekal sihat . Elakkan diri anda dari berada di persekitaran yang tidak bersih . Hari ini , kebanyakkan tempat sudah tercemar udaranya . Kita harus lebih peka mengenai isu ini . Bukan itu sahaja , untuk kekal sihat , anda harus pastikan tidur dan rehat anda cukup dan sentiasa amalkan minum air untuk mengelakkan kulit dari kering .
Rawatan klinikal atau tradisional ? Jujur saya katakan , jika saya tidak sihat , saya akan cuba sedaya upaya untuk tidak mengambil sebarang ubat-ubatan , klinikal ataupun tradisional . Namun , jika keadaan memaksa , saya terpaksa ambil juga . Tradisional bagi saya ia masih relevan asalkan produk itu tidak memudaratkan .
Nasihat kepada rakyat Malaysia tentang penjagaan kesihatan . Khususnya kepada lelaki , kita harus lebih peka dengan status kesihatan diri kerana hari ini , kita terdedah dengan banyak penyakit . Jadi , lakukan apa yang wajib untuk memastikan kesihatan kita terjaga . Mencegah itu lebih baik dari merawat .
– Putra Mokhter
" Kita terdedah dengan banyak penyakit . Jadi , lakukan apa yang wajib untuk memastikan kesihatan kita terjaga . Mencegah itu lebih baik dari merawat ." senaman yang dilakukan , Ayuni berkata , dia sekadar memperuntukkan 40 minit untuk jogging pada awal misi , memandangkan badan masih berat . Apabila badan mulai ringan , dia beralih kepada latihan kardio , tabata dan weight training supaya badan tidak menggelebeh .
“ Tipula tak pernah putus asa , banyak sangat dugaan dan ada sahaja orang yang cuba buat saya down . Tapi saya percaya , saya boleh buat lebih dari apa yang mereka fikir . Saya menjadikan kata-kata negatif orang sebagai penguat untuk saya nekad mengejar misi kurus .”
Galakan daripada keluarga , dan kawan rapat sangat mendorong Ayuni untuk menghabiskan misi dengan bergaya .
“ Saya pernah menangis dalam diam , kerana tidak tahan dengan ejekkan .
Namun saya ubah ejekkan itu kepada sesuatu yang menaikkan semangat .”
Buat masa sekarang , Ayuni aktif dengan # teamayuni yang ditubuh khas untuk mereka yang mempunyai azam dan mengamalkan gaya hidup sihat . Bahkan Ayuni juga turut menyediakan rutin senaman yang sesuai .
Menurutnya lagi , apa yang paling membanggakan adalah , 35kg hilang tanpa sebarang mengambilan ubat tambahan kerana dia percaya kepada “ slow progress is better than never ”.
“ Nak kurus , jaga makan . Nak kurus , no shortcut . Trust the process . Memang susah nak kawal nafsu makan , tapi pandai makan , pandailah burn balik melalui senaman . Senaman hanya 20 %, pemakanan 80 %. Buang sikap MALAS , pasti berjaya .
BIODATA Pekerjaan : Fitness Trainer ( Online Coaching ) Asal : Kelantan Tempat tinggal : Batu Caves Pendidikan : Degree UiTM Shah Alam ( CiT )