04
al-Siha | ogos, 2019
BULETIN
Saringan
kanser serviks
percuma
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail melancarkan
Program Saringan Serviks Percuma Etiqa Bersama ROSE Foundation peringkat
kebangsaan untuk wanita golongan B40
Program Saringan Serviks Percuma di bawah
seliaan Lembaga Penduduk dan Pembangunan
Keluarga (LPPKN) telah dimanfaatkan oleh
14,875 wanita setakat Julai lalu
M
enurut Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,
kerajaan menyediakan peruntukan
sebanyak RM7 juta untuk pelaksanaan
ujian HPV DNA di semua Klinik Nur
Sejahtera LPPKN.
“Ujian ini percuma dan boleh dilakukan di mana-
mana Klinik Nur Sejahtera LPPKN sehingga hujung tahun
ini,”katanya.
Datuk Seri Dr. Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjelaskan bahawa inisiatif
ini dilaksanakan bertujuan membantu wanita khususnya
daripada golongan berpendapatan rendah B40.
Terdahulu, beliau menyatakan penghargaan atas usaha
sama Etiqa dan ROSE Foundation kerana mengadakan pro-
gram saringan kanser serviks percuma bermula di kawasan
Pandan.
Etiqa telah menyumbang RM1.2 juta kepada ROSE Founda-
tion untuk menyaring 6000 wanita secara percuma, berusia
30 hingga 49 tahun, daripada komuniti B40 di Semenanjung
Malaysia, Sabah dan Sarawak dalam tempoh 1 tahun.
Menurut Pengerusi Maybank Ageas Holdings Berhad,
Datuk R. Karunakaran, syarikat induk bagi Etiqa General
Insurance Berhad, Etiqa Life Insurance Berhad, Etiqa General
Takaful Berhad dan Etiqa Family Takaful Berhad, inisiatif ini
merupakan sebahagian daripada komitmen korporat mem-
promosikan kehidupan sihat, melalui cabang utama CSR Etiqa
iaitu ‘Etiqa Cares’.
“Sebagai syarikat insurans dan takaful tempatan di
Malaysia, kami sentiasa komited untuk berkhidmat kepada
komuniti sebagaimana kami menawarkan perkhidmatan
kepada pelanggan-pelanggan kami. Kami sangat bangga untuk
menyokong visi kerajaan bagi memberi kesedaran kepada
wanita-wanita di Malaysia terhadap bahaya kanser serviks,
dengan menggalakkan mereka untuk melakukan saringan.”
Bekerjasama bersama ROSE Foundation sebagai rakan
kongsi korporat yang pertama, usahasama ini bakal membawa
perkhidmatan saringan ini lebih dekat kepada wanita-wanita
dari komuniti B40.
Sementara itu, Penasihat Teknikal Perubatan kepada ROSE
Foundation, Profesor Dr Woo Yin Ling berkata, kanser serviks
adakah kanser ketiga paling kerap dalam kalangan wanita di
Malaysia. Namun ia juga salah satu penyakit kanser yang paling
mudah dicegah dan dirawati, jika ia dapat dikesan dan dirawat
pada peringkat awal.
“Hampir 80 peratus kes kanser serviks di Malaysia lambat
dikenalpasti dan menyebabkan kematian.
Tegasnya, pemeriksaan serviks boleh menyelamatkan
nyawa. — al-Siha
Kursus kesedaran
dan pengurusan Sepsis
di Malaysia
Sempena Hari Sepsis Sedunia (World Sepsis Day) pada 13
September 2019, Persatuan Sepsis Malaysia (MySepsis) akan
menganjurkan kursus Sepsis Evolution (MySE) ke-2 pada 20
dan 21 Ogos 2019, di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Sungai
Buloh, Selangor. Program yang dianjurkan oleh UiTM ini turut
mendapat kerjasama dari Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan akhbar
al-Siha sebagai rakan media utama. Kursus ini merupakan
kursus kedua MySE yang dianjurkan oleh MySepsis.
Siri kursus MySE bertujuan meningkatkan kesedaran tentang
sepsis dan meningkatkan kemahiran pengurusan sepsis di
kalangan peserta.
Sepsis adalah penyebab kematian ke-10 di kebanyakan