al-Siha : August 2019 | Page 5

ogos, 2019 | al-Siha BULETIN 05 Ringkasan Rawatan penyakit arteri koronari Datuk Ab Latiff Abu Bakar bersama Pengarah Eksekutif Mydin, Ahimmat Mydin dan Pengasas KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr KK Chai. Skim peduli kesihatan untuk PeKa B40 P rotechHealth Corporation Sdn Bhd (Pro- techHealth) menjalinkan kerjasama dengan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) dan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK) bagi mempromosikan Skim Peduli Kesihatan untuk kum- pulan B40 atau singkatannya PeKa B40. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Datuk Ab Latiff Abu Bakar, menerusi kerjasama itu, MYDIN dan KK akan membantu mempromosi PeKa B40 di semua rangkaian dan medium pengiklanan milik mereka di seluruh negara secara percuma. “Kami menyeru lebih ramai organisasi swasta dan korporat untuk sama-sama membantu mempromosi- kan PeKa B40 sekali gus mencapai sasaran 800,000 penerima menjelang akhir tahun ini,” katanya. Jelas beliau, tinjauan morbiliti Kebangsaan 2015 menunjukkan prevalens penyakit tidak berjangkit semakin tinggi dan membimbangkan termasuk dalam kalangan kumpulan B40. “Rakyat Malaysia diancam pelbagai penyakit tidak berjangkit atau ‘non-communicable disease’ (NCDs) seperti paras kolesterol, darah tinggi dan kencing manis. “Langkah berkesan perlu dilakukan oleh pelbagai pihak bagi menangani gejala penyakit tidak berjangkit ini,”katanya. Tambah beliau, penyakit kencing manis adalah tinggi di kalangan B40 berbanding bukan B40 iaitu 21.5 peratus berbanding 16.9 peratus, manakala darah tinggi pula 36.2 peratus berbanding 15.8 peratus. Pelbagai topik menarik disusun sepanjang MySE 2019. negara perindustrian. Di Malaysia, sepsis merupakan punca kematian ketiga, dengan kes kematian sebanyak “Insiden kanser di Malaysia juga semakin menin- gkat dimana 60 peratus kes adalah lewat dikesan. Disamping itu prevalens penyakit kesihatan mental yang tinggi dalam kalangan populasi dewasa adalah tiga dalam 10 dan kumpulan B40 mencatatkan pera- tusan yang lebih tinggi iaitu 31.5 peratus. “Usaha-usaha untuk mencegah penyakit NCD ini perlu ditingkatkan agar rakyat yang sihat, akan terus kekal sihat manakala yang tidak sihat atau menghidap penyakit akan diberi rawatan yang sebaik mungkin terutamanya di kalangan rakyat berpendapatan rendah seperti kumpulan B40. Sejak PeKa B40 dilancarkan 15 April lalu, sehingga 16 Julai 2019, lebih 30,000 orang penerima telah menjalankan saringan kesihatan PeKa B40 diseluruh negara. “Dari angka tersebut, Sarawak, Kedah dan Pulau Pinang mencatatkan jumlah tertinggi dan pantas mengambil peluang membuat saringan kesihatan yang diberikan secara percuma ini. Pelbagai manfaat PeKa B40 antaranya saringan kesihatan, bantuan alat perubatan sehingga RM20,000 (seumur hidup), dan juga insentif melengkapkan rawatan kanser seperti RM1,000 dibayar kepada pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di hospital KKM sahaja. Terdapat 1,195 buah klinik swasta dan klinik kesi- hatan tersedia di seluruh negara untuk menjalankan saringan kesihatan PeKa B40 dan jumlah ini bertam- bah setiap hari. — al-Siha 16.4 peratus disebabkan oleh sepsis, berbanding 13.0 peratus pada tahun 2008. Prevalens sepsis dari tahun 2006 hingga 2014 dianggarkan sekitar 38.0 peratus, berdasarkan banci Malaysia. Walaupun sepsis bukannya penyakit baharu, namun diagnosis sepsis masih sukar terutama pesakit yang menunjukkan tanda-tanda dan gejala klinikal yang samar. Dalam kes seumpama ini, doktor akan bergantung kepada pengkulturan bakteria dari darah pesakit untuk membuat diagnosis. Pada masa yang sama, antibiotik spektrum luas akan diberikan kepada pesakit untuk menghapuskan bakteria dalam darah mereka. Walau bagaimanapun, penggunaan antibiotik spektrum luas yang tidak terkawal akan mengakibatkan rintangan antibiotik dan kegagalan rawatan pesakit. Buat masa sekarang, sepsis masih menjadi penyebab kematian utama dalam perubatan penjagaan kritikal, walaupun terdapat kemajuan dalam kaedah perubatan kecemasan dan penggunaan antibiotik.— al-Siha Kajian SCB DE-NOVO, Malaysia dan Jerman telah diadakan bertujuan menambahbaik strategi rawatan bagi penyakit arteri koronari. Menurut Ketua Makmal Pengkateteran Kardium dan Pakar Perunding Kanan Kardiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Wan Azman Wan Ahmad, sebelum ini masih tidak ada kajian yang membandingkan secara langsung keberkesanan dan keselamatan kedua-dua kateter belon bersalut tersebut dalam de novo stenosis (luka yang tidak dirawat dengan angioplasti atau stenting). Di Malaysia, kajian ini akan dijalankan di enam buah hospital melibatkan 70 pesakit warganegara Malaysia. “Secara rawak, 35 pesakit akan menjadi kumpulan yang menerima kateter belon bersalut paclitaxel manakala 35 pesakit lagi akan menjadi kumpulan yang menerima kateter belon bersalut sirolimus,”katanya. “Ujian klinikal ini penting untuk mengetahui tentang keselamatan, keberkesanan rawatan selain mendapatkan maklumat lanjut tentang peranti tertentu. Jelasnya ujian berkenaan menepati undang- undang, dimana percubaan klinikal ini telah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan, Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Jawatankuasa Etika Penyelidikan Institut Jantung Negara. Pelepasan telur nyamuk aedes berwolbachia Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan kaedah inovasi dalam operasi kawalan denggi dengan pelaksanaan telur nyamuk Aedes berWolbachia di 11 lokasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor baru-baru ini. Menurut Menteri Kesihatan, langkah proaktif ini bertujuan menangani peningkatan kes denggi secara global sejak dua dekad lalu. Dalam satu kenyataan, beliau menjelaskan bahawa Malaysia merupakan negara kedua di dunia selepas Australia yang melaksanakan kaedah nyamuk Aedes berWolbachia sebagai pencegahan dan kawalan denggi. Kaedah ini dilaksanakan susulan kejayaan kajian rintis di lapan lokaliti di negeri Selangor sejak Mac 2017 yang menunjukkan penurunan kes denggi sebanyak 50 peratus hingga 80 peratus di setiap lokaliti. Pada tahun 2019, sebanyak 62,421 kes denggi telah dilaporkan dan 1 Januari hingga 29 Jun, berbanding 32,435 kes bagi tempoh yang sama tahun 2018,iaitu peningkatan sebanyak 29,986 kes (92.4%). Manakala jumlah kumulatif kematian demam denggi dari 1 Januari hingga 29 Jun 2019 adalah sebanyak 93 kematian berbanding hanya 53 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2018, iaitu peningkatan sebanyak 40 kes kematian (75.5%). Pusat latihan simulasi & kemahiran HKL Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Latihan Simulasi dan Kemahiran (PLSK), Hospital Kuala Lumpur (HKL) di Kompleks Pakar dan Rawatan Harian (SCACC), Hospital Kuala Lumpur. Dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia amat komited bagi menyediakan Pusat Latihan Kecemerlangan yang kondusif kepada anggota kesihatan. Dalam hal ini, pihak Kementerian ini telah mengorak satu langkah lagi dalam bidang latihan dengan penubuhan Pusat Latihan Simulasi dan Kemahiran (PLSK) di Hospital Kuala Lumpur. Pusat Latihan Simulasi dan Kemahiran (PLSK) adalah pusat latihan simulasi bagi pelbagai displin yang seumpamanya di Malaysia dengan kelengkapan peralatan simulasi terbesar di Malaysia serta salah satu yang terlengkap di rantau Asia dan terkini dalam usaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan secara latihan melalui pembelajaran secara simulasi. — al- Siha