20
al-Siha | DISEMBER, 2019
TENTANG WANITA
Fungsi hati kian lemah
Virus Hepatitis B dapat diturunkan sehingga kosong peratus
dalam masa satu bulan dengan pengambilan ubat
ia telah melemahkan fungsi hati (liver scirrhosis)
atau telah mengeraskan hati individu terbabit.
“Apabila hati telah keras, maka fungsinya akan
berkurangan dan tidak boleh menjalankan tu-
gasnya seperti membuang toksik dalam badan
manusia seperti biasa, tidak boleh menghasil-
kan protein yang diperlukan oleh badan ma-
nusia untuk meningkatkan imunisasi dan
beberapa jenis faktor lain yang diperlukan
untuk memekatkan darah,” katanya.
Dr. Saravanan berkata, pesakit Hepatitis B
juga mungkin tidak mempunyai apa-apa ma-
salah lain sehingga meninggal dunia, tetapi ada
antara mereka yang mengalami demam kuning
dan muntah darah kerana fungsi hati telah berkuran-
gan.
UJIAN DARAH
S
ETIAP anak yang dikandung oleh pesakit yang
menghidap penyakit hepatitis B boleh dijangkiti
penyakit tersebut. Menurut Pakar Hati Pusat Peru-
batan ParkCity Sime Darby, Dr Saravanan Kumar,
Hepatitis B adalah penyakit yang biasa didapati di Ma-
laysia dan merupakan sejenis virus yang boleh ditemui
dalam darah.
“Hepatitis B juga boleh dijangkiti melalui perkongsian
jarum terutama setelah jarum tersebut tercemar dengan
virus Hepatitis B. Selain itu, individu boleh dijangkiti Hep-
atitis B melalui pemindahan darah dan juga hubungan
seks yang dilakukan tanpa apa-apa kaedah perlindungan.
“Hepatitis B boleh hidup dalam badan manusia
bertahun-tahun lamanya tanpa menunjukkan apa-
apa kesan atau simptom. Namun, antara simptom
yang boleh dialami pesakit adalah seperti terlalu letih
dan demam kuning yang akan menyebabkan mata ke-
lihatan kuning. Tetapi berbeza jika Hepatitis B sudah
merosakkan badan, dimana pesakit boleh mengalami
keadaan seperti perut buncit, perut berair, kaki beng-
kak, mata bengkak, muntah darah, berak hitam atau
kuning," katanya.
Manakala, tanda Hepatitis B yang telah merosakkan hati
dalam jangka masa panjang pula boleh diketahui dimana
“Ada risiko tertentu untuk penghidap kanser hati dan
juga Hepatitis B dan penyakit ini perlu diberi perhatian.
Sekiranya seseorang ingin mengetahui sama ada dijangkiti
virus Hepatitis B atau tidak, mereka hendaklah melalui
ujian darah. Jika keputusan menunjukkan negatif virus
Hepatitis B, seseorang boleh mengambil suntikan
imunisasi sebanyak tiga kali setiap enam bulan untuk
melindungi dari dijangkiti.
Jelasnya, sekiranya seseorang didapati positif Hepatitis
B, hendaklah segera menemui pakar yang akan menentu-
kan kandungan virus sedikit atau banyak dan ultrasound
hati akan dilakukan, kerana bimbang berlaku keradangan
hati, sekaligus mengetahui tahap fungsi hati dan menge-
tahui jenis ubat yang perlu diambil.
“Banyak komplikasi yang boleh dialami sekiranya
dijangkiti Hepatitis B terutama bagi mereka yang tidak
melakukan pemeriksaan atau saringan kesihatan. Rawatan
di peringkat awal akan mengurangkan risiko untuk penya-
kit semakin serius dan untuk melindungi dari menjangkiti
orang lain.
Perbezaan hati sihat dan hati yang dijangkiti Hepatitis B
Hepatitis B boleh hidup
dalam badan manusia
bertahun-tahun lamanya
tanpa menunjukkan apa-
apa kesan atau simptom.”
– Dr Saravanan Kumar
RAWATAN TERKINI
“Buat masa ini terdapat dua jenis ubat tablet untuk pesakit
Hepatitis B iaitu entecavir dan juga tenofovir, pengambilan
satu hari sekali dan diambil seumur hidup dan perlukan
rawatan susulan enam bulan sekali. Biasanya doktor akan
melakukan pemeriksaan terhadap saluran makanan sama
ada urat darah terlalu pekat dan apabila pecah boleh
menyebabkan seseorang mengalami muntah darah.
Keadaan ini yang selalu dialami pesakit yang mendapat-
kan rawatan, kebanyakannya mengalami muntah darah
terlebih dahulu dan selepas dikenalpasti, mereka rupanya
dijagkiti virus Hepatitis B.
“Dengan ubat yang dibekalkan ini, virus Hepatitis B
dapat diturunkan sehingga kosong peratus dalam masa
satu bulan. Tetapi bagi pesakit dengan Hepatitis B yang
secara tiba-tiba telah melemahkan hati dalam jangka masa
yang pendek mungkin hanya beberapa minggu sahaja,
keadaan ini dipanggil acute liver failure, satu penyakit
berbahaya kerana peluang untuk sembuh kurang dari lima
peratus dan memerlukan pemindahan hati untuk pulih,"
katanya, di sini.
Dr Saravanan berkata, pesakit Hepatitis B hendaklah
mengelakkan dari perkongsian jarum, jangan berkongsi
pencukur bulu, pengetip kuku, sikat dan apa-apa sahaja
yang boleh menyebabkan punca Hepatitis B tersebar.
— al-Siha
Fahami dan tangani Artritis Psoriatrik
KAJIAN menunjukkan dalam 500 ribu
hingga 800 ribu rakyat Malaysia mempu-
nyai Psoriasis dan dianggarkan 15 hingga
20 peratus daripada mereka menghidap
Artritis Psoriatik.
Pakar Perunding Reumatologi, Pusat
Perubatan Universiti Malaya, Profesor
Madya Dr Sargunan Sockalingam berkata,
Artritis Psoriatik adalah penyakit genetik
dan seseorang berkemungkinan besar
untuk menghidap penyakit ini jika ahli
keluarganya penghidap penyakit yang
sama.
“Sakit bahagian bawah belakang,
lesu, kuku menggerutu, sendi beng-
Fakta
kak, kaku dan jari tangan serta
ARTRITIS PSORIATRIK
jari kaki bengkak, ini antara
ADALAH PENYAKIT
simptom yang dialami pesakit.
GENETIK DAN SESEORANG
Jika keradangan tidak dikawal,
BERKEMUNGKINAN BESAR
daya pergerakan pesakit akan
UNTUK MENGHIDAP PENYAKIT
merosot dan menjejaskan
INI JIKA AHLI KELUARGA
Dr Sargunan (kiri) dan Sofi a, Miss Amazing Malaysia 2019 dan
kualiti hidup,” katanya.
JUGA PENGHIDAP
“Buat masa ini tiada cara
pesakit Psoriatic Arthritis komited berkongsi tentang penyakit
PENYAKIT SAMA
untuk menyembuhkan penyakit
Psoriatic Arthritis yang menyebabkan seseorang rasa sakit
Artritis Psoriatik, bagaimanapun ter-
sehingga menjejaskan aktiviti seharian.
dapat rawatan untuk membantu mengawal
gejala-gejala penyakit. Jika Artritis Psoriatik
sendi dan tisu yang boleh mengakibatkan
Artritis Psoriatik lebih besar kemungkinan
dibiarkan tanpa dirawat, keradangan boleh
mengalami kemurungan dan keresahan,
kehilangan upaya.
menyebabkan kerosakan kekal kepada
Kajian menunjukkan bahawa pesakit
berbanding pesakit yang menghidap Pso-
riasis sahaja. Ada kalanya pesakit merasa
kecewa dengan keadaan mereka kerana
sukar untuk melakukan tugas-tugas mudah
sehingga menyebabkan tekanan.
“Sesungguhnya pesakit Artritis Psoriatik
perlu memahami keadaan dan mendapat-
kan bantuan profesional di peringkat awal,
kerana diagnosis awal dan rawatan segera
penting untuk mencegah kerosakan dan
kehilangan fungsi sendi,” jelas Dr Sargunan
pada pelancaran bengkel ‘Get a Grip on
Psoriatic Arthritis’ (Memahami dan Menan-
gani Artritis Psoriatik) anjuran Novartis
baru-baru ini.
Sementara itu, pesakit Arthritis Pso-
riatik, Sofi a Lovi Ramasamy akui kecewa,
hampa dan murung selepas didiagnosis
Psoriasus sejak usia 12 tahun.
“Saya sukar melakukan tugasan mudah
seperti menulis, membuka botol dan men-
gangkat barang. Apabila saya meningkat
dewasa, saya mula sedar bahawa hidup
perlu diteruskan dengan pengurusan yang
baik. Saya juga percaya masih ada masa
untuk berubah," katanya. — al-Siha