al-Siha : December 2019 | Page 21

DISEMBER, 2019 | al-Siha TENTANG WANITA 21 Usah malu hidap sindrom MRKH Satu dari 5,000 wanita seluruh dunia dilahirkan tanpa rahim OLEH MOHD SHAH CHE AHMAD T iada siapa minta dilahirkan kurang sempurna, apatah lagi ditakdirkan hidup tanpa organ utama bagi setiap wanita untuk memperoleh zuriat iaitu rahim. Mengikut kajian dijalankan, satu dari 4,500 ke 5,000 wanita di seluruh dunia menghidap sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser (MRKH) iaitu dilahirkan tanpa organ reproduksi merangkumi rahim serta laluan vagina. Keadaan itu secara tidak langsung memberi tekanan kepada penghidap terutama daripada aspek mental dan emosi kerana merasakan diri mereka tidak sempurna seperti wanita normal lain. Sehingga dilaporkan terdapat kes membabitkan seorang wanita di negara India yang bertindak membunuh diri dengan membakar diri kerana dipercayai menghidap MRKH dan tidak mampu menahan cacian oleh masyarakat hampir setiap hari. Hakikatnya, Pengasas Kumpulan Sokongan MRKH Malaysia, Nur Syazwani Abdul Rahim berkata, individu ditakdirkan lahir dalam kalangan insan terpilih itu perlu menganggap ia sebagai satu pem- berian disebalik ujian dan jangan sesekali patah semangat untuk meneruskan hidup. Nur Syazwani atau lebih dikenali Wani Ardy berkata, sebaik sahaja mengesan simptom awal sin- drom dikategori sebagai penyakit jarang jumpa tersebut, seseorang itu perlu mendapatkan rawatan segera dan jangan malu untuk berterus terang. “Tanda-tanda MRKH adalah apabila seorang remaja wanita itu tidak datang haid seperti wanita akil baligh normal pada usia 16 hingga 17 tahun. “Jika ini berlaku, jangan sesekali memandang remeh walaupun pada fizikalnya kelihatan sihat atau normal, sebaliknya penghidap dan ibu bapa perlu segera mendapatkan pemeriksaan pakar sakit puan dengan melakukan imbasan ultrasound dan laparoskopi,” katanya. MENTAL, EMOSI DAN FIZIKAL  Beliau yang juga penyair dan penulis buku berkata, kegagalan berbuat demikian hanya akan mengakibatkan kesan lebih buruk kepada penghidap untuk jangka masa panjang.  “Ramai yang malu untuk berterus terang kerana menganggap ia mengaibkan diri sendiri dan bimbang disisih masyarakat, tetapi mereka tidak sedar bahawa sindrom ini boleh memberi kesan lain terhadap tubuh.  “Ini kerana, penghidap MRKH yang tidak mendapat rawatan sewajarnya berpotensi mengalami masalah buah pinggang, masalah pendengaran, jantung atau tulang. “Ini telah pun berlaku dalam kalangan pesakit MRKH, di mana ada antara mereka yang mengalami tulang bengkok dengan berbentuk seperti ‘S’, kedua lengan tidak sama panjang dan pekak ,” katanya ketika ditemui al-Siha baru-baru ini. Selain kesan fizikal, beliau berkata, penghidap MRKH juga sering mengalami tekanan mental dan emosi akibat cabaran sosial berterusan jika tidak mendapat sokongan moral sewajarnya. “"Disebabkan kekurangan ini, kebanyakan golongan ini sering kemurungan, sering menyendiri dan sedih yang akhirnya mengakibatkan penyakit lain seperti masalah mental atau hipertensi. “Keadaan ini juga membuatkan ramai wanita MRKH takut untuk berkahwin dan memikirkan untuk berumahtangga kerana bimbang mahligai yang dibina tidak seperti diharapkan sebaliknya berakhir dengan perpisahan," jelasnya. PERUBATAN MODEN Wani berkata, penghidap t i d a k p e r l u b i mb a ng untuk berpasangan kerana perkembangan perubatan seiring teknologi moden kini membantu menyelesaikan Wani wujudkan Kumpulan Sokongan MRKH pada 2015. Penghidap MRKH tiada rahim Rahim Tiub Fallopio Ovari Serviks Faraj Saluran Faraj Saluran Faraj hanya 1 sentimeer RAHIM MRKH Vulva masalah membabitkan ketiadaan rahim. “Hari ini sudah ada rawatan meny- elesaikan masalah tiada laluan vagina antaranya menerusi terapi dilasi yang mengambil masa kira-kira enam bulan hingga dua tahun untuk dibentuk menjadi seperti normal. “Namun, bagi masalah untuk memiliki zuriat daripada rahim sendiri masih belum ada penyelesaian, kerana teknologi pemin- dahan rahim masih di peringkat kajian di negara ini. "Ini kerana, ia membabitkan kos yang tinggi selain mendapat pertikaian daripada aspek hukum pelaksanaannya bagi umat Islam," jelasnya. PASUKAN SOKONGAN Justeru penulis buku The Art of Letting Go(d) berkata, beliau mengambil langkah mewujudkan Kumpulan Sokongan MRKH Malaysia pada 2015 bagi mengumpulkan golongan ini supaya merasakan diri mereka tidak terasing, di samping berkongsi masalah dan penyelesaian. “Ketika mengetahui saya positif MRKH 18 tahun lalu iaitu pada usia 17 tahun, saya mengakui merasa keseorangan kerana tidak tahu untuk berkongsi masalah ini dengan orang lain. “Jika ada sekadar mendapat nasihat agar bersabar, bukan daripada individu senasib yang boleh berkongsi masalah sebenar dan perasaan sama.   "Sehinggalah beberapa tahun kemu- dian, untuk pertama kalinya saya dapat bertentang mata bersama individu MRKH dari Amerika Syarikat dan itu pun hanya melalui media sosial," katanya. Hal ini tambahnya, sekaligus menguat- kan azamnya untuk mencari lebih ramai golongan senasib memandangkan statistik menunjukkan satu dari 4,500 ke 5,000 wanita mengalami MRKH. “Sehingga hari ini, kita mempunyai seramai hampir 200 ahli termasuk di Wani kongsi pengalaman hidap MRKH. RAHIM NORMAL Indonesia dan Singapura menyertai kum- pulan sokongan ini dan masing-masing saling memberikan sokongan, berkongsi pengalaman serta cabaran dihadapi. “Kita turut mempunyai pakar sakit puan dan mendapat sokongan daripada Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) iaitu satu-satunya hospital di negara ini yang mempunyai pakar serta melakukan kajian mengenai sindrom MRKH,” katanya. Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan mana-mana individu yang disahkan meng- hidap MRKH untuk menyertai Kumpulan Sokongan MRKH Malaysia yang boleh dilayari menerusi laman sosial facebook MRKH Malaysia. “Jika anda disahkan menghidap sindrom MRKH, jangan malu untuk berhubung dengan kami supaya dapat berkongsi masalah dan sokongan bagi menjalani kehidupan wanita normal walaupun sebagai seorang penghidap MRKH. “Kita yakin, menerusi bantuan dan sokongan daripada rakan-rakan senasib ini, penghidap mampu bersaing seperrti wanita lain dan ini tidak mustahil kerana telah ramai penghidap MRKH kini berjaya dalam kerjaya malah berumahtangga,” ujarnya.— al-Siha KATEGORI MRKH •Hanya mrmbabitkan organ reproduksi iaitu ketiadaan rahim dan faraj. •Juga memiliki kelainan pada bahagian tubuhnya seperti ketidak normal pada buah pinggang, tulang belakang, pendengaran dan jantung. SIMPTOM DIALAMI PENGHIDAP MRKH * Tidak datang haid, walaupun berlaku perkembangan pada fi zikal lain termasuk pembentukan buah dada dan bulu pada ari-ari * Mengalami sakit pada bahagian perut setiap bulan * Kesukaran semasa melakukan hubungan seksual disebabkan abnormaliti pada bahagian faraj atau vagina * Tidak boleh hamil * Kencing tidak lawas atau sering mengalami jangkitan pada saluran kencing * Masalah tulang belakang seperti scoliosis