DISEMBER, 2019 | al-Siha
EKSKLUSIF
Para doktor
menjalankan
pembedahan ke
atas jasad Silent
Mentor.
“Kita ingin
melahirkan
doktor dan
pakar yang
betul-betul
mahir mengendalikan
tanggungjawab
merekadi samping
mengurangkan sebarang
kesalahan ketika
merawat pesakit.” - Dr Saw
Aik
mengadakan lawatan ke rumah keluarga Mentor mereka
untuk berkenal-kenalan dengan lebih erat dan memaklum-
kan berkenaan prosedur yang bakal diadakan.
“Mereka saling tidak mengenali satu sama lain, kunjungan
ini membolehkan pelajar dan keluarga ‘guru tanpa suara’
mereka untuk saling memahami dan dalam masa sama
melahirkan perasaan kasih seperti keluarga mereka sendiri.
“Selain mempelajari daripada ‘guru’ mereka, ini akan
melatih sikap doktor baharu ini untuk lebih beretika, kasih
dan bertanggungjawab dengan setiap prosedur rawatan
yang mereka lakukan,” katanya.
Beliau berkata, selepas belajar dan mengambil manfaat
daripada mentor mereka, jasad akan disempurnakan dan
diuruskan secara menyeluruh mengikut ritual agama
masing-masing.
“Pelajar akan memberi penghormatan terakhir kepada
guru mereka bersama ahli keluarga Silent Mentor yang
turut diundang dalam upacara penghargaan sebelum
dikebumikan,” jelasnya. — al-Siha
dan di lautan, Kami beri mereka rezeki daripada yang
baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan
yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami
ciptakan.” (al-Isra’: 70)
Berdasarkan ayat tersebut, pendermaan jasad si mati
dan penggunaannya dalam penyelidikan perubatan
dianggap berlawanan dengan dasar ini kerana penggunaan
mayat tersebut akan melalui proses pemotongan anggota,
suntikan, pembedahan mayat dan lain-lain yang akan
melibatkan proses penggunaan mayat.
Perbuatan ini semua dianggap penyiksaan kepada
mayat yang mana bercanggah dengan objektif atau kehen-
dak Allah untuk memuliakan dan melebihkan anak Adam.
Justeru semua tindakan ini adalah tidak harus.
2- Pandangan membenarkan
Hujah daripada pandangan ini bukanlah berasaskan al-
Quran dan sunah secara langsung, tetapi berpandukan
kaedah qiyas dan fi qh. Antara situasi tersebut adalah:
•Harus membedah mayat untuk tujuan penyelidi-
kan boleh diqiyaskan kepada keharusan memotong
dan mengeluarkan janin untuk menyelamatkan si
ibu apabila ada sangkaan (ghalabah al-zann) bahawa
akan binasa keduanya disebabkan janin tersebut.
* Keharusan membedah mayat untuk tujuan penyelidikan
diqiyaskan juga kepada keharusan membedah perut ibu
mengandung untuk mengeluarkan anak dalam kandungan
yang ada harapan untuk hidup.
Sehubungan itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehw al Ugama Islam Malaysia kali
ke-105 memutuskan hukum pendermaan jasad Muslim
adalah tidak dibenarkan melainkan dalam keadaan daru-
rat. — al-Siha
Manfaatkan
tubuh demi
masyarakat
Bukan bergelar pemikir hebat, apatah lagi pakar yang
mampu mencetus perubahan negara, namun bagi men-
diang Low Kiow Sim percaya walaupun telah meninggal
dunia, tubuhnya tidak harus dipersia sebaliknya boleh
menjadi bakti akhir kepada masyarakat.
Isteri mendiang, Lee Vui Lan, 86, berkata, itulah per-
mintaan Law sebelum meninggal dunia baru-baru ini dan
mengambil keputusan untuk mendermakan tubuhnya
kepada Akademi Silent Mentor.
Ini kerana, bagi mendiang yang meninggal dunia pada
usia 88 tahun, ia bukan sahaja memberi manfaat kepada
doktor atau penyelidik perubatan terlibat, tetapi seluruh
industri perubatan secara amnya kepada generasi akan
datang.
“Mendiang merupakan seorang yang ramah dan suka
membantu orang. Walaupun dia tidak pernah terlibat
dalam mana-mana persatuan sukarelawan, namun sikap
kesukarelawanannya sentiasa ditunjukkan setiap hari.
“Mendiang mempunyai ramai rakan baik yang sentiasa
bersamanya. Sebagai seorang ketua keluarga, dia meru-
pakan suami yang rajin melakukan kerja rumah seperti
pergi pasar setiap hari, manakala sebagai seorang bapa,
dia sentiasa menjadi pendorong untuk anaknya,” katanya.
BANGGA TINDAKAN SUAMI
Mengenali program Silent Mentor ketika menjalani
rawatan susulan di PPUM, Low mendapat persetujuan
isterinya untuk menandatangani dalam program itu pada
2015.
Bagi Lee Vui Lan, sebagai seorang isteri dia merasa
sangat bangga dengan tindakan dilakukan oleh suaminya
yang dianggap sebagai hero dan berani.
“Saya sendiri belum bersedia untuk melakukan seperti-
mana keputusan yang diambil oleh mendiang. Walaupun
pada masa itu kita sudah tiada (meninggal dunia), tetapi
keputusan ini bukan suatu yang mudah,” katanya.
Mendiang Low meninggal dunia pada Ogos lalu di
sebuah hospital di Subang Jaya akibat kegagalan buah
pinggang sebelum dihantar ke Akademi Silent Mentor
untuk menjalani prosedur lanjut.
PERNAH KEMALANGAN
Berkongsi keadaan kesihatan mendiang sebelum mening-
gal dunia, anak tunggal, Low Chin Chin berkata, keadaan
bapanya dilihat berubah sejak mengalami kemalangan
jalan raya ketika dalam perjalanan ke Putrajaya.
“Mendiang seorang yang suka memandu dan seperti
biasa pada awal pagi dia akan keluar, sehinggalah pada
awal Januari lalu, ibu saya mendapat panggilan men-
gatakan ayah kemalangan jalan raya.
“Kecederaan ayah tidak terlalu teruk, ketika kejadian
beliau dikatakan melanggar pembahagi jalan. Ini mungkin
disebabkan hilang kawalan ketika memandu dan mujur
tidak membabitkan kenderaan lain.
“Walaupun begitu, kesan hentakan itu menjadikan
keadaan kesihatan ayah mula berubah buruk dari hari ke
hari. Dia sering mengadu sakit-sakit badan, pening kepala
dan tidak lagi mampu melakukan rutin seperti biasa,”
katanya.
Beliau turut bangga dengan keputusan yang dilakukan
bapanya dan berharap ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya
oleh doktor baharu dan penyelidik dalam memperkasakan
kemahiran untuk masa depan.
“Tiada siapa suruh atau arahkan ayah dermakan tubuh-
nya, keputusan ini diambil sendiri. Ini kerana sikap ayah
sejak dahulu suka membantu orang bukan sahaja ketika
hidup tetapi setelah meninggal dunia,” ujarnya. — al-Siha
Ahli Keluarga penderma bergambar bersama
pelajar dan pegawai Akademi Silent Mentor ketika
mengadakan kunjungan ke rumah penderma.
27
REAKSI PELAJAR
“Ketika melakukan
latihan industri di
hospital, pendedahan
diberikan lebih kepada
kaedah rawatan kecil
atau sebagai pembantu
doktor, kami tidak
berpeluang melakukan
prosedur rawatan major
apatah lagi mengendalikan pembedahan
sebenar kepada tubuh pesakit.
“Melalui program Silent Mentor ini
memberikan saya pengalaman sebenar
untuk melakukan proses rawatan dan
pembedahan kepada tubuh sebenar sekali
gus meningkatkan kemahiran saya dalam
bidang ini,” katanya.
Graduan Perubatan, Universiti Malaysia
Sarawak
Low Renjue, 24
“Saya dapat tahu tentang
program ini daripada
rakan-rakan dan ini
adalah satu program
yang sangat bagus
sebagai permulaan
kepada kami bakal
doktor dan doktor muda.
Program ini memberi
inspirasi bukan sahaja kepada kami
tetapi semua masyarakat untuk berfi kir
bagaimana untuk menyumbang setelah
mati.
“Saya melihat perlu ada ketetapan ulama
atau fatwa jelas bagi menetapkan hukum
menderma tubuh selepas meningg al
dunia buat umat Islam, kerana majoriti
penyumbang adalah bukan Muslim,”
katanya.
Pelajar Perubatan, Universiti Sains Islam
Malaysia
Fathin Faziera Mansor, 25
“Pertama kali dengar
tentang program ini ia
dilakukan di Taiwan
dan ini merupakan
program pertama
seumpamanya yang
dilakukan di Malaysia.
Program
ini sangat bermanfaat kepada
kami pelajar perubatan kerana
di universiti banyak modul pembelajaran
tetapi lebih kepada teori.
“Program ini memberi peluang pendedahan
lanjut kepada kami keadaan secara sebenar
mengg unakan ‘mentor tanpa suara’ kami
sebelum melangkah ke industri sebenar
untuk melakukan rawatan kepada tubuh
pesakit.
Graduan International Medical University
Yong Zhi Xin, 24.
“Silent Mentor
memberikan inspirasi
kepada kami untuk
memberikan
perkhidmatan
terbaik dalam
bidang perubatan
ini. Ia juga merupakan
medium terbaik untuk kami belajar dan
memperkasakan lagi teori seterusnya
mempraktikkannya dalam kehidupan.
“Saya berharap dapat belajar banyak
daripada ‘guru’ kami ini dan saya
sangat berterima kasih kepada mereka
kerana memikirkan keperluan dan sudi
menyumbangkan tubuh untuk generasi akan
datang,” katanya.
Pelajar Fakulti Perubatan, Universiti Malaya
Ahmad Faris Muhd Nor, 23.