26
al-Siha | DISEMBER, 2019
EKSKLUSIF
OLEH MOHD SHAH CHE AHMAD
D
erma organ bukan lagi istilah baharu untuk
diperkenal di negara ini, malah mekanisme
khas bagi melaksanakannya sama ada ketika
hidup atau setelah mati telah pun digariskan
dan mendapat persetujuan semua pihak termasuk Majlis
Agama Islam dengan mengharuskannya.
Menurut statistik dikeluarkan Pusat Sumber Transplan
Nasional (PSTN), Hospital Kuala Lumpur menunjukkan,
sebanyak 424,580 orang berikrar untuk menderma organ
sejak 21 tahun ia ditubuhkan.
Walaupun bilangan itu dilaporkan masih kurang bagi
menampung keperluan individu memerlukan organ,
namun ia merupakan satu angka yang tinggi, sekali gus
menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap kepentin-
gan menderma organ.
Namun, masih ramai tidak mengetahui, selain men-
derma organ atau tisu yang masih berfungsi dengan baik
kepada individu memerlukan, seluruh tubuh turut boleh
disumbangkan setelah seseorang itu meninggal dunia.
Ia sebagai bakti terakhir yang boleh didermakan demi
kepentingan masyarakat terutama penye lidik dan doktor
untuk dijalankan kajian perubatan serta proses latihan
pembedahan daripada guru digelar Mentor Tanpa Suara
(Silent Mentor) tersebut.
Pengarah Program Silent Mentor, Profesor Dr Saw
Aik berkata, selari dengan perkembangan dunia semasa
menyaksikan, wujud pelbagai simptom dan jangkitan
penyakit baharu yang memerlukan kaedah rawatan serta
pengendalian berbeza.
Beliau berkata, walaupun penyakit itu bukan wabak
baharu, namun penyelidikan prosedur baharu perlu
dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan kaedah
rawatan lebih berkesan dan menyeluruh dapat diberikan
kepada pesakit terutama generasi akan datang.
“Keadaan penyakit di Malaysia agak berbeza dengan
negara luar dan ini pastinya memerlukan kaedah rawatan
berbeza untuk menyembuhkan penyakit tersebut walau-
pun asasnya simptom yang sama.
“Ini berlaku kerana pelbagai faktor, antaranya pesakit
suka melakukan kaedah rawatan tradisional atau alternatif
tanpa mendapat nasihat doktor. Apabila keadaan men-
jadi lebih serius, baru mereka datang ke hospital untuk
mendapatkan rawatan.
“Ini sudah tentu sukar untuk dipulihkan dan memer-
lukan penyelidikan. Apatah lagi Malaysia kini ke arah
menjadi ‘negara tua’ berikutan peningkatan bilangan warga
emas yang pastinya mempunyai pelbagai penyakit perlu
dirawat,” katanya ketika ditemui al-Siha, baru-baru ini.
MEMPERKASA KEMAHIRAN DOKTOR
Selain itu, Dr Saw berkata, menerusi program Silent
Mentor juga memberi peluang kepada lebih ramai doktor
baharu lepasan pusat pengajian tinggi dan pakar bagi
memperkasakan lagi kemahir ribuan pelajar perubatan
menamatkan pengajian sama ada dari dalam dan luar
Hukum derma
jasad
Mengulas berhubung hukum menderma jasad untuk
kegunaan penyelidikan bagi umat Islam, Ahli Jawatan
Kuasa Fatwa Wilayah persekutuan, Profesor Madya Dr
Noor Naemah Abdul Rahman berkata, ia perlu dinilai
keperluannya menerusi dua kategori iaitu al-daruriyyah
dan al-hajiyyah.
Katanya, penggunaan jasad merupakan suatu keperluan
dalam penyelidikan perubatan dan ia diperlukan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, pengenalpastian
penyakit dan bentuk rawatan, pengujian teknologi baharu
pembedahan dan pengenalpastian elemen jenayah.
“Dalam konteks penggunaan jasad si mati untuk tujuan
penyelidikan, menjadi keperluan yang mencapai tahap
bersifat daruriyyah apabila tiada cara lain yang boleh
dilakukan untuk menjaga nyawa manusia. Sebagai contoh,
semasa wabak Japanese Encephalitis (JE), ujian kepada
mangsa wabak yang meninggal dunia dilakukan bagi men-
genal pasti virus yang menyebabkan kematian tersebut.
“Justeru, berasaskan alasan demikian, penggunaan
jasad bagi tujuan penyelidikan dalam keadaan tersebut
menjadi sesuatu yang diharuskan. Oleh kerana penjagaan
maslahah kehidupan manusia menjadi suatu keperluan
daruriyyah yang diambil berat oleh syarak, maka apa sahaja
cara yang boleh menyebabkan tercapainya maslahah
tersebut menjadi suatu yang dituntut,” katanya.
Tambah beliau, keperluan terhadap penggunaan jasad
Jadi ‘guru’
selepas
mati
Individu sumbang
jasad melalui Program
Silent Mentor demi
perkembangan perubatan
Silent Mentor diberi penghormatan terakhir
sebelum dikebumikan.
negara. Jika sebelum ini latihan mereka adalah belajar melalui
pemerhatian dan membantu pakar melakukan prosedur.
“Ini akan memakan masa yang lama sebelum
mereka mahir dan mampu mengendalikan prosedur
rawatan sendiri. Oleh itu, melalui guru tanpa suara
(jasad yang didermakan) ini membolehkan doktor
baharu melakukan sendiri prosedur tersebut
dalam masa sama memperkasakan kemahiran.
“Kita ingin melahirkan doktor dan pakar yang betul-
betul mahir mengendalikan tanggungjawab mereka di
samping mengurangkan sebarang kesalahan ketika
merawat pesakit,” katanya.
juga boleh berada pada tahap hajiyyah, iaitu sesuatu yang
diperlukan untuk menghilangkan kesempitan dan tidak
sampai ke tahap mendatangkan kerosakan terhadap
kemaslahatan umum.
“Sebagai contoh, orang lelaki menampal hidung yang
terpotong dengan emas (yang asalnya diharamkan bagi
lelaki) untuk menghilangkan bau busuk. Keperluan
penggunaan bahan emas tadi tidaklah sampai ke per-
ingkat daruriyyah sehingga menyebabkan nyawanya
tergugat namun bagi tujuan menghindarkan kesempitan
dan kepayahan yang dialami jika tidak menggunakan
bahan tersebut.
“Contoh semasa bagi pengajian perubatan misalnya,
dalam pembelajaran anatomi, penggunaan spesimen
mayat menjadi keperluan berbentuk hajah. Ini kerana
tanpa menggunakan spesimen tersebut pelajar tidak
mampu menguasai ilmu anatomi secara
mendalam.
“Sudah tentu dengan demikian akan
menyebabkan ketidaksempurnaan pen-
guasaan dalam ilmu tersebut yang mana
akan mengakibatkan terjejasnya pencapa-
ian dalam bidang berkenaan,” jelasnya.
KAEDAH PENENTUAN
Profesor Madya Dr Noor Naemah berkata,
pandangan pakar dalam penen-
tuan keperluan ini menjadi
ukuran sama ada ia berada
Profesor Madya
Dr Noor Naemah
pada tahap daruriyyah atau
perjelas hukum
hajiyyah.
derma jasad daripada
Berikut adalah beber-
pandangan Islam.
apa keadaan yang dinilai
Bukan itu sahaja, beliau berkata program itu juga
mampu mengurangkan kos untuk pembelajaran dan kajian
yang sebelum ini perlu dilakukan di luar negara dan terhad
kepada pakar atau doktor terpilih.
“Dengan adanya Silent Mentor ini, kita boleh
menjemput pakar daripada luar ke negara ini untuk
berkongsi kepakaran mereka secara terus bersama
doktor baharu.
“Ini memberi peluang kepada bukan individu tertentu,
malah semua pelajar dapat mengambil manfaat daripada
pakar yang dibawa khas tersebut secara terus,” katanya.
Akademi Silent Mentor yang dikendalikan oleh Pusat
Perubatan Universiti Malaya (PPUM) diperkenalkan pada
2012 menerusi jalinan usahasama yang diadakan bersama
Tsu Chi University of Taiwan sejak 1996.
Sepanjang lapan tahun beroperasi, seramai 1,500 orang
berdaftar untuk Silent Mentor dan daripada jumlah itu seban-
yak 107 mentor telah dikendalikan oleh akademi tersebut.
DIURUSKAN DENGAN BAIK
Mengulas lanjut berhubung pengurusan tubuh, Dr Saw
berkata, jasad yang didermakan akan dibekukan terlebih
dahulu selama tiga hingga tujuh bulan bergantung kepada
tarikh kursus penyelidikan dan pembelajaran diadakan.
Sebelum proses penyelidikan dijalankan, pelajar akan
bersifat hajah dalam keperluan menggunakan jasad untuk
tujuan penyelidikan, antaranya:
•Pengajaran dan penyelidikan untuk mengenal pasti
saraf dan otot.
• Pengajaran dan pembelajaran asas terhadap tubuh
badan manusia.
Keperluan terhadap penggunaan jasad sebegini tidak
sampai ke tahap darurah atas beberapa alasan, iaitu:
• Wujudnya alternatif lain selain penggunaan
mayat seperti penggunaan model anatomi plastik.
* Pembelajaran dan penyelidikan masih boleh dijalankan
walaupun jumlah mayat sedikit dengan membuat penye-
suaian kepada kaedah pengajaran seperti meningkatkan
jumlah nisbah mayat kepada pelajar, dan mengubah
kaedah pengajaran menggunakan mayat daripada dis-
section kepada prosection.
•Penggunaan plastinated specimen (spesimen mayat
yang dikeringkan) dan kaedah pembedahan maya dapat
menggantikan penggunaan mayat yang segar (spesi-
men basah).
• Penggunaan mayat yang tidak dituntut
(unclaimed) dan tidak dikenali (unidentifi ed) yang
jumlahnya masih mampu menampung keperluan
penyelidikan.
* Pemerolehan mayat dari luar negara.
PANDANGAN ULAMA
1- Pandangan melarang
Penghormatan manusia berbanding
makhluk lain
Firman Allah maksudnya: “Dan sesung-
guhnya telah Kami muliakan anak-anak
Adam, Kami angkut mereka di daratan