januari, 2019 | al-Siha
nota pEngarang
03
Syukur bawa
kebahagiaan
Assalamualaikum wbh…
A
rEnungKan SEdaLaM-daLaMnya... Masihkah ada
dikalangan kita yang sanggup membazirkan makanan selepas melihat gambar ini? Meskipun tidak
cukup untuk abang, tetapi dia sanggup berbahagi demi senyuman seorang adik.
15
DIArI LELAKI
nasi punca gemuk?
Diet pesakit gout
16 TENTANG WANITA
18 VETErAN
Dihina kerana vitiligo
Berdepan mudarat
ostearthritis
Prihatin derita warga emas
19
JOM CErGAS
Pastikan jurulatih
yang bertauliah
Sesuaikah jurulatih
dalam talian?
LHAMDULILLAH, masih ada ruang
dan peluang untuk al-Siha menemui
pembaca semua apatah lagi di tahun
baharu 2019 ini. Sungguh, kami
bersyukur dan amat menghargai
sokongan semua.
Bercakap mengenai syukur, besar sebenarnya
makna ‘syukur’ ini, kerana bersyukur sebenarnya
boleh bawa kebahagiaan.
Dari perkongsian Pakar mata, Prof Dr Muhaya,
bersyukur ini ada lima tahap. Pertama kita perlu
bersyukur dan merasa nikmat kerana kita dijadikan
sebagai manusia, tidak sebagai haiwan, seperti
nyamuk dan sebagainya.
Kedua, kita harus bersyukur kerana segala pen-
gurusan terhadap tubuh badan kita sempurna, kita
tidur, bangun dan menjalankan rutin harian dengan
baik, tidak perlu bergantung pada mesin atau wayar
untuk sokongan jantung atau buah pinggang, kita
boleh buang air kecil macam biasa, itu juga nikmat
kerana setiap air kencing diproses dari buah ping-
gang yang baik.
Ketiga, kita perlu bersyukur atas nikmat akal,
kita tidak nyanyuk dan dapat berfi kir dengan waras.
Keempat, bersyukur kerana kita ada keimanan,
beragama Islam, kenal dan yakin kepada Allah dan
kelima bersyukur kerana kita diberi petunjuk dan
hidayah serta kekuatan untuk melakukan amal soleh.
Walau bagaimanapun, al-Siha sentiasa men-
doakan yang terbaik buat pembaca dan kami
mengalu-alukan sebarang cadangan dan komen,
emailkan kepada norzira.syarini@revonmedia.com.