al-Siha : January 2019 | Page 4

04 al-Siha | januari, 2019 BULETIN Ringkasan Kawalan KKM ke atas produk kosmetik di pasaran KKM melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) telah menjalankan beberapa siri tindakan penguatkuasaan ke atas premis yang disyaki telah melanggar undang-undang di seluruh negara. Dari Januari hingga November 2018, sebanyak 142,777 item produk kosmetik tidak bernotifikasi termasuk kosmetik yang mengandungi racun telah dirampas. Nilai rampasan adalah sebanyak RM 3.4 juta. Senarai produk-produk kosmetik yang mengandungi racun yang telah dirampas di pasaran adalah seperti di Lampiran A. Kesemua premis yang didapati terlibat menjual produk kosmetik berkenaan akan disiasat di bawah Peraturan – peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Sebarang aduan dan maklumat boleh disalurkan kepada Program Perkhidmatan Farmasi, KKM melalui laman sesawang http://www.pharmacy. gov.my ATAU melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat http://moh.spab.gov. my. KPJ sabah rancakkan pelancongan kesihatan negeri Perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi di pusat perubatan swasta di Sabah berupaya merancakkan pelancongan kesihatan negeri. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata perkhidmatan yang ditawarkan Hospital Pakar KPJ Sabah, seperti Pusat Radioterapi dan Onkologi, ​​​​ bukan sahaja memanfaatkan rakyat di negeri tersebut, khususnya pesakit kanser,malah berupaya menarik pesakit dari luar negara. Menurut Mohd Shafie, penubuhan pusat itu, yang pertama oleh sebuah pusat perubatan swasta di Sabah, akan memberangsangkan lagi landskap perkhidmatan kesihatan untuk lebih dinamik, bukan sahaja di Sabah, tetapi juga di rantau ini. Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Bhd Datuk Amiruddin Abdul Satar berkata pusat radioterapi dan onkologi itu, yang ditubuhkan dengan kos RM13 juta dan beroperasi sejak Mei tahun lepas, memberi kemudahan kepada pesakit dari Sabah, khususnya pesakit kanser, untuk mendapatkan perkhidmatan dalam negeri. Rabies, KKM tingkat kerjasama dengan kerajaan Sarawak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meningkatkan kerjasama dengan kerajaan negeri Sarawak untuk menangani jangkitan rabies. Timbalan Menteri, Dr Lee Boon Chye berkata ini penting berikutan kebanyakan kawasan di Sarawak telah diisytihar sebagai kawasan jangkitan rabies. “Kita memandang serius keadaan di Sarawak kerana banyak bahagian mengalami jangkitan rabies,” katanya. “Suntikan vaksin anti rabies bukan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia tetapi di bawah Jabatan Veterinar negeri. Di sinilah kerjasama Jabatan Veterinar negeri penting dalam memastikan kita dapat mengawal penularan wabak rabies,” katanya. — al-Siha Kempen sempena hari as sedunia 2018 Afm sedang mengumpul dana bagi membantu pesakit AS belia mendapatkan rawatan Y ayasan artritis malaysia berazam untuk men- gubah kehidupan pesakit Ankylosing Spondylitis (AS) menerusi pelan- caran kempen ‘will you back me up?’ (sudikah anda membantu saya?). Kempen yang dianjurkan sempena hari AS sedunia 2018 itu, bertujuan mengumpul dana bagi membantu pesakit-pesakit muda mendapatkan rawatan biologik agar mereka dapat menjalani kehidupan normal. Bagi kebanyakan penghidap AS, sakit belakang hanyalah salah satu daripada masalah yang di hadapi setiap hari. Menurut pakar runding reumatologi pusat kepakaran universiti malaya merangkap presiden yayasan artritis Malaysia, Profesor Madya Dr. Sargunan S o ckalingam (gambar), pesakit biasanya mengalami tanda-tanda awal AS pada usia awal dua puluhan atau akhir remaja, dan mereka selalunya menganggap kesakitan itu sebagai kecederaan ketika bersukan atau salah posisi tidur. Tambah beliau, sakit belakang yang dialami tidak sepatutnya dipandang ringan. Menurut Dr. Sargunan walaupun tiada penawar untuk AS setakat ini, namun rawatan biologik didapati berkesan dan berupaya membantu pesakit menjalani kehidupan normal. “Walau bagaimanapun kos rawatan biologik agak mahal iaitu sekurang-kurang RM2000 untuk sekali rawatan dan kemungkinan besar pesakit perlu menjalani rawatan berkenaan sepanjang hayat mereka,” jelasnya. Hari AS sedunia diraikan pada sabtu pertama Mei setiap tahun. Layari http://afm.org.my/as/ untuk maklu- mat lanjut. — al-Siha Hentikan jual air guna tin kitar semula K e me n te rian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta peniaga makanan menghenti- kan penggunaan bekas tin susu yang dikitar semula dalam penyediaan minuman kerana boleh mendatang- kan risiko kepada pengguna. Ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan peraturan 27 iaitu peraturan-peraturan makanan 1985, penggunaan bungkusan yang boleh mengeluarkan bahan beracun, merosakkan, mencacatkan atau yang membantu dalam kemerosotan kualiti makanan adalah dilarang. “Di bawah seksyen 13, akta makanan 1983, sesiapa yang menye- dia atau menjual apa-apa makanan yang di dalamnya mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan Kebersihan tin kitar semula diragui, selain boleh mencederakan pengguna semasa minum akibat permukaan yang tajam. jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,” katanya. Beliau berkata, peniaga hendaklah menggunakan bekas minuman yang bersesuaian dengan jenis minuman bagi mengelakkan pencemaran makanan dan risiko kepada kesihatan. Sebelum ini tular di media sosial berhubung sebuah kedai makan di Pulau Pinang dipercayai menghi- dangkan minuman kepada pelanggan menggunakan bekas tin susu yang dikitar semula.— al-Siha 21 sampel cili mengandungi residu racun perosak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesah- kan 21 sampel cili yang dijual di pasaran tempatan tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 berkaitan residu racun perosak. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah pun menjalankan pemantauan terhadap cili import di pintu masuk negara dan pasaran tempatan. 21 sampel cili dan juga cili dari Vietnam didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 berkaitan residu racun perosak.