januari, 2019 | al-Siha
BULETIN
Sambutan
Hari AIDS
Sedunia 2018
H
ARI AIDS Sedunia tahun ini disambut dengan tema
“Ketahui Status, Dapatkan Rawatan”.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr.
Dzulkefl y Ahmad, ini adalah sejajar dengan usaha kemen-
terian untuk mengakhiri AIDS pada tahun 2030 dengan
memastikan sekurang-kurangnya 95% mereka yang hidup
dengan HIV mengetahui status mereka, 95% menerima
rawatan ARV dan 95% yang menerima rawatan memiliki
kualiti kehidupan yang baik.
“Bukti-bukti saintifi k menunjukkan rawatan ARV bukan
sahaja dapat mengurangkan kematian berkaitan HIV dan
AIDS tetapi juga mengurangkan transmisi jangkitan HIV
melalui seksual sebanyak 97%,” katanya.
“Sempena sambutan hari AIDS sedunia, saya
menyeru masyarakat terutamanya mereka dari kalangan
populasi berisiko utama (key population) untuk tampil
menjalani ujian saringan bagi mengetahui status HIV
mereka dan seterusnya mendapatkan rawatan ARV tanpa
berlengah,”ujarnya.
Kerajaan telah menyediakan rawatan ARV percuma di
semua fasiliti kesihatan kerajaan membuktikan komitmen
untuk memellihara kesihatan orang yang hidup dengan
HIV serta membendung jangkitan HIV.
“Adalah menjadi harapan saya agar masyarakat dapat
menggunakan kesempatan ini untuk memperkasakan
pengetahuan dan kesedaran mengenai HIV/AIDS ini bagi
mencegah jangkitan HIV/AIDS,” katanya.
Tambah beliau, kerajaan pada dasarnya akan terus
menerajui kepimpinan dan memberikan komitmen dalam
menangani HIV/AIDS.
namun dalam merealisasikan agenda negara untuk
mengakhiri AIDS pada tahun 2030, komitmen dan kolab-
orasi pelbagai pihak dan agensi – kerajaan, bukan kerajaan,
swasta, korporat dan sebagainya adalah amat penting.
“Saya berharap ‘Hari AIDS Sedunia’ ini akan dapat
mengeratkan dan memantapkan kerjasama pintar
dan komitmen ini ke arah satu matlamat, akhiri AIDS
menjelang 2030,” beliau berkata demikian dalam satu
kenyataan baru-baru ini.— al-Siha
“Hasil pemantauan KKM dari Januari lalu hingga kini,
503 sampel cili termasuk cili dari Vietnam telah dianalisis
dan didapati 21 sampel cili (4.2 peratus) tidak mematuhi
Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan
1985 berkaitan residu racun perosak dan tindakan pen-
guatkuasaan telah pun dijalankan.
“KKM akan meneruskan pemantauan ke atas sayur-
sayuran termasuk cili di pintu masuk negara dan di
pasaran tempatan bagi memastikan pematuhan ke atas
Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan
1985,” katanya dalam satu kenyataan.
Datuk Dr noor Hisham berkata semua makanan yang
diimport ke negara ini perlu mematuhi akta-akta berke-
naan dan menjadi tanggungjawab pihak terlibat bagi
memastikan produk makanan yang diimport dan dijual di
pasaran mematuhi perundangan makanan.
Kegagalan mematuhi peraturan tersebut adalah satu
kesalahan dan jika disabit, boleh dikenakan hukuman
penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun
atau denda atau kedua-duanya sekali, katanya. — al-Siha
05
Larangan penjualan produk
acnotin secara dalam talian
K e m e n t e r i a n Ke s i h a t a n
Malaysia (KKM) melalui Bahagian
Penguatkuasaan Farmasi (BPF)
mengambil maklum tentang pen-
jualan ubat terkawal produk Acnotin
yang dijual secara dalam talian sama
ada melalui media sosial seperti
Facebook atau melalui platform
e-dagang seperti yang dilaporkan
dalam media massa.
Untuk makluman, semua
pembekalan ubat-ubatan yang
mengandungi racun adalah tertak-
luk kepada Akta Racun 1952.
Ketua pengarah kesihatan
Datuk Dr noor Hisham Abdullah
berkata, bahan aktif Acnotin iaitu
Isotretinoin dikelaskan sebagai
Racun Kumpulan B di bawah Jadual
Pertama Akta Racun 1952.
“Bagi pembekalan ubat-ubatan
mengandungi racun Kumpulan B,
Ahli Farmasi berlesen hanya boleh
membekalkan ubat-ubat tersebut
kepada pesakit melalui preskripsi
yang sah yang dikeluarkan oleh
pengamal perubatan berdaftar,
pengamal pergigian berdaftar atau
pegawai veterinary,”katanya..
Oleh itu, Pihak Berkuasa Kawalan
Isotretinoin mempunyai kesan
sampingan teratogenik dan
boleh menyebabkan kecacatan
Dadah (PBKD) telah memutuskan
bahawa ubat ini hanya boleh dipres-
krip dan digunakan oleh doktor
pakar dalam bidang dermatologi.
Beliau berkata demikian dalam
satu kenyataan yang dikeluarkan
baru-baru ini. — al-Siha