04
al-Siha | jun, 2019
BULETIN
Ringkasan
Varilux® meraikan
60 tahun lensa
progresif inovatif
Varilux @ , jenama global yang menggerakkan
industri optik daripada bifokal ke kanta progresif
meraikan inovasi selama 60 tahun pada tahun
ini.
Di Malaysia, Varilux menjadi tuan rumah bagi
satu keraian untuk meraikan statusnya sebagai
jenama lensa progresif nombor satu yang
disyorkan oleh Profesional Penjagaan Mata.
Pengurus Besar, Essilor Malaysia, Jean-
Philippe Ho berkata Varilux® telah bergerak jauh
sejak penubuhannya pada tahun 1959, dan kini
ia adalah jenama lensa progresif nombor satu
yang disyorkan oleh Profesional Penjagaan Mata.
“Semua ini tidak dapat direalisasikan tanpa
sokongan yang kuat daripada rakan-rakan
Profesional Penjagaan Mata dan keyakinan
pengguna terhadap kami. Ini adalah testimoni
yang kukuh untuk kami dan kami ingin
mengucapkan terima kasih kepada semua
yang telah memainkan peranan penting dalam
mencapai kejayaan ini,” katanya.
Cooltopia, air penyejuk
badan dengan
kesegaran buah-buahan
Kumpulan Wen Ken memperkenalkan
Air Penyejuk Badan Cooltopia, produk
kesinambungan daripada produk klasik Wen
Ken iaitu Air Penyejuk Badan Cap Kaki Tiga.
Minuman perasa buah ini merupakan
sebahagian daripada rangkaian air penyejuk
badan di bawah jenama Cap Kaki Tiga.
Cooltopia memberikan anda nikmat
yang terbaik dari dua sudut yang berbeza,
meningkatkan kesihatan dan juga dalam masa
yang sama memberikan rasa sensasi yang segar
dari buah-buahan. Ia menggabungkan fungsi
penyejukan, tidak mengandungi bahan pengawet
dan datang dalam dua perisa yang menarik:
“Luscious Lychee” dan “Juicy Guava”.
Direka dengan botolnya yang lebih ringan dan
mudah dipegang, pelanggan boleh membawa
Cooltopia kemana saja. Cooltopia boleh didapati
di semua farmasi berdekatan, kedai perubatan
Cina, kedai serbaguna, pasaraya, pasar raya
besar dan kedai stesyen minyak.
Layari laman web www.wenken.com untuk
maklumat lanjut.
Formulasi
JOHNSON’S® Baharu
JOHNSON’S® memperkenalkan
JOHNSON’S® Baharu, rangkaian produk
penjagaan bayi dengan formulasi Ultra Gentle
yang mengandungi 0 peratus paraben, ftalat,
sulfat dan pewarna. Pengarah untuk Pengguna,
di Johnson & Johnson Malaysia, Prashant
Mahalingam berkata kearah usaha menambah
baik, pihaknya mendengar lebih dari 26,000
pendapat ibu bapa di seluruh dunia.
“Hasilnya terhasillah produk penjagaan bayi
JOHNSON’S® yang paling lembut,” katanya.
Tambah beliau, keselamatan sentiasa
menjadi keutamaan di mana setiap produk
JOHNSON’S® direka untuk memenuhi
piawaian kawal selia yang diiktiraf di peringkat
antarabangsa. Sementara itu, Pakar Pediatrik
dan Setiausaha Agung Persatuan Pediatrik Asia
Pacific, Datuk Dr. Zulkifli Ismail berkata kulit
bayi masih dalam proses perkembangan dan
memerlukan pembersihan dan penjagaan yang
rapi dan lembut.
“Epidermis atau bahagian kulit paling
luar bayi baru lahir adalah 30 peratus
lebih nipis berbanding orang dewasa
menyebabkankelembapan mudah hilang dan
kering,” jelasnya.
Oleh itu, ibu bapa perlu memilih pembersih
yang lembut, tidak mengganggu kulit bayi yang
halus dan mengekalkan lapisan kulit dalam
keadaan yang sentiasa lembap dan sihat.
– al-Siha
AstraZeneca
meterai MoA tingkat
pengurusan asma
Farmasi CARiNG merupakan rangkaian farmasi pertama di Malaysia
menyertai program Healthy Lung Malaysia
Kempen MyAsthma akan meningkatkan pemahaman dan pengurusan pesakit asma.
A
straZeneca Malaysia telah mengadakan
majlis menandatangani Memorandum
Perjanjian (MoA) dengan rangkaian
farmasi CARiNG baru-baru ini untuk
memeterai perjanjian perkongsian bagi
meningkatkan kesihatan dan kehidupan
pesakit asma.
Perjanjian perkongsian ini menandakan pencapaian
yang penting bagi Program Healthy Lung Malaysia, satu
inisiatif daripada AstraZeneca Malaysia yang bertujuan
meningkatkan kesedaran penyakit, membina keupayaan
pengamal perubatan serta meningkatkan akses kepada
penjagaan kesihatan.
Selain itu, pesakit asma dan COPD di seluruh negara
juga dapat meningkatkan pemahaman tentang penyakit
dan rawatan yang berkesan.
Presiden AstraZeneca Malaysia, Allen Patino berkata,
pelancaran kempen MyAsthma adalah sebahagian dari-
pada Program Healthy Lung yang menunjukkan komitmen
pihaknya untuk meningkatkan akses kepada penjagaan
kesihatan respiratori yang berkualiti tinggi di Malaysia.
Tambah beliau, penggunaan inhaler berwarna biru
secara berlebihan dan pergantungan kepadanya serta
ketidakpatuhan dalam penggunaan inhaler anti-radang
boleh membawa kesan yang berbahaya.
“Asma adalah penyakit jangka panjang yang mengaki-
batkan keradangan saluran pernafasan dan menyebabkan
penyempitan laluan udara ke paru-paru. Selain itu, ada
pesakit yang menggunakan inhaler dengan teknik yang
kurang tepat menyebabkan penghantaran ubat yang
tidak mencukupi ke paru-paru. Oleh itu, penyampaian
pengetahuan mengenai penyakit asma dan penggunaan
inhaler dengan betul amat penting supaya pesakit asma
dapat mengelakkan dan mencegah risiko serangan
asma,”katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan CARiNG Pharmacy
Retail Management Sdn Bhd, Chong Yeow Siang berkata
pihaknya berbesar hati menjadi rangkaian farmasi per-
tama di Malaysia yang berkerjasama dengan AstraZeneca
Malaysia dalam kempen MyAsthma. – al-Siha
Peperangan menentang Superbugs
H
asil daripada kaji selidik tempatan menunjukkan
ancaman dalam peperangan menentang kerintan-
gan antibiotik (AMR)
Kerintangan antibiotik (AMR) atau fenomena di mana
antibiotik menjadi tidak berkesan merupakan isu utama
dalam dunia kesihatan global.
Diterajui oleh Persatuan Penyakit Berjangkit dan
Kemoterapi Malaysia (MSIDC), Persatuan Perubatan
Malaysia (MMA) dan Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)
dengan sokongan Pfizer, kempen “War Against Superbugs”
telah membentangkan hasil kaji selidik tahap pengetahuan
rakyat tempatan tentang penggunaan antibiotik yang bijak.
Hasil kaji selidik berkenaan menunjukkan kepentingan
penekanan terhadap pendidikan berkenaan AMR dan
penggunaan antibiotik yang bijak kepada rakyat tempatan.
Daripada 704 responden yang dikaji, didapati 86 peratus
daripada mereka tidak mengetahui cara kerintangan anti-
biotik terhasil. Setiap 1 daripada 3 responden yang dikaji
juga mempunyai tanggapan salah yang antibiotik boleh
digunakan untuk melawan semua mikrob, termasuk virus.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Peny-
elidikan dan Sokongan Teknikal) Kementerian Kesihatan
Malaysia, Datuk Christopher Lee penekanan terhadap
pendidikan boleh membantu cara pakar kesihatan mem-
peruntukkan antibiotik, dan cara penggunaan antibiotik
oleh pengguna boleh membantu melawan kerintangan
antibiotik serta memastikan ia boleh digunakan oleh
generasi masa depan.
“Peperangan menentang Superbugs ini memerlukan
Forum media yang membincangkan tahap kesedaran
mengenai AMR di kalangan rakyat Malaysia.
penyelarasan langkah kerjasama oleh pelbagai pihak,
seperti penekanan dalam pendidikan awam, serta pelan di
peringkat kebangsaan untuk memperkenalkan perubahan
tabiat secara menyeluruh dalam sektor ini dengan serta
merta,” katanya.
Malaysia tidak terlepas daripada krisis kesihatan ini.
Jumlah bakteria yang mempunyai rintangan tinggi ter-
hadap antibiotik kian meningkat, dengan kadar setinggi
61 peratus. Ini bermaksud terdapat 61peratus kemung-
kinan di mana antibiotik tidak akan berkesan untuk
merawat para pesakit. – al-Siha