jun, 2019 | al-Siha
BULETIN
05
Rabun
dekat
meningkat
menjelang
2050
Johnson & Johnson Vision
bekerjasama dengan Persatuan
Optik Malaysia (AMO) bagi
menangani masalah myopia
dalam kalangan rakyat Malaysia
Rabun dekat
bakal meningkat
menjelang 2050.
M
enjelang tahun 2050, dianggarkan
lebih daripada 50 peratus populasi
dunia akan mengalami masalah
myopia atau rabun dekat. Statistik
yang membimbangkan ini telah di-
dedahkan dalam Institut Simposium
Johnson & Johnson pada 10 Mei 2019 lalu. Simposium yang
bertemakan ‘Small Contact Big Impact’ telah menampil-
kan pakar-pakar optik bagi menerangkan tentang garis
panduan amalan kanta lekap.
Langkah perubahan
Dr. Emma L. Gillies.
Dr Oliver Woo.
“Kajian menunjukkan dalam tempoh 31 tahun akan
datang, hampir lima billion penduduk dunia mengalami
rabun dekat. Ia dikatakan berpunca daripada perubahan
faktor genetik dan alam sekitar yang berperanan mem-
pengaruhi gaya hidup seseorang.
“Sebagai pengamal penjagaan mata, kami percaya
terdapat banyak pilihan penjagaan mata yang ada
sekarang. Oleh itu, saya yakin kita mampu menangani
masalah ini lebih awal. Sekiranya kita bertindak pantas,
sekurang-kurangnya angka 50 peratus dapat diturunkan
ke 40 peratus,” jelas Perunding Pengurusan Myopia dalam
Pencegahan dan Kawalan, Oliver Woo Optometrist, Oliver
Woo.
“Ini merupakan satu usaha yang boleh dilakukan oleh
ahli optik dalam membantu masyarakat ke arah peng-
lihatan yang lebih baik,” tambahnya.
Masalah mata kanak-kanak meningkat
Woon Pak Seong.
Jeremy Tay.
“Masalah mata yang paling ketara adalah dalam kalangan
kanak-kanak. Ini dapat dibuktikan melalui pengakuan
guru-guru yang mengadu ramai dalam kalangan murid-
murid sukar membaca dengan baik atau terpaksa ke
Kajian menunjukkan dalam tempoh 31 tahun akan datang,
hampir lima billion penduduk dunia mengalami rabun
dekat. Ia dikatakan berpunca daripada perubahan faktor
genetik dan alam sekitar yang berperanan mempengaruhi
gaya hidup seseorang.”
hadapan kelas untuk mengikuti pembelajaran,” jelas
Presiden AMO, Woon Pak Seong.
“Walaupun terdapat pemeriksaan yang dijalankan oleh
Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian
Pendidikan, namun program itu hanya dilakukan sekali
di sekolah rendah dan sekali lagi di sekolah menengah.
“Oleh itu, kami sedang berusaha untuk melibatkan
Kementerian Pendidikan bersama persatuan untuk me-
latih guru-guru di sekolah tentang bagaimana cara untuk
mengesan para pelajar yang mengalami masalah mata.
Menuru Dr. Emma L. Gillies pula, masalah penglihatan
dalam kalangan kanak-kanak Malaysia juga sama di
Australia.
“Saya sendiri telah menyaksikan sejumlah kanak-kanak
yang mengalami masalah penglihatan. Saya berpendapat
ia mungkin disebabkan oleh kanak-kanak itu sendiri
tidak tahu tentang masalah penglihatan yang dialami.
Oleh itu, kita perlu mendidik ibu bapa untuk mengesan
sendiri masalah penglihatan yang dihadapi oleh anak-anak
mereka,” jelasnya.
Wajibkan pemeriksaan mata
Pengarah Unit Perniagaan SEA, Johnson & Johnson, Jeremy
Tay turut bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan
oleh Presiden AMO.
“Saya rasa banyak yang boleh dilakukan dalam sistem
pendidikan di negara ini dimana memperuntukkan lebih
banyak masa di luar serta menjadikan pemeriksaan mata
sebagai wajib. Sebagaimana penekanan diberikan dalam
akademik, begitu juga dalam isu kesihatan mata,” ujarnya.
“Dari sudut penjagaan kesihatan, orang ramai selalu-
nya menjalani pemeriksaan secara berkala. Begitu juga
pemeriksaan gigi yang dijadualkan selama enam bulan
sekali. Namun, bagaimana pula dengan kesihatan mata?
Ini menunjukkan bahawa bukan hanya orang awam yang
perlu dididik, tetapi kesedaran juga perlu ada di peringkat
pimpinan.
“Dalam masa yang sama, kita menganggap masyarakat
tahu tentang kepentingan penjagaan mata. Hakikatnya,
tidak ramai yang tahu. Namun, bagi yang sedar pula tidak
tahu cara untuk mendapatkan akses terbaik dalam isu ini,”
jelasnya. — al-Siha
Industri penjagaan mata membawa Malaysia ke persada antarabangsa
Zoey Lam
Pakar optometri memainkan peranan
yang sangat penting dalam menyediakan
perkhidmatan penjagaan mata kepada
orang ramai terutamanya dalam
penggunaan kanta lekap. Ini kerana,
amalan pemakaian kanta lekap secara
konsisten dapat membantu penglihatan
rakyat Malaysia menjadi lebih selesa dan
sihat.
Walaupun kanta lekap boleh dibeli
dan digunakan oleh sesiapa pun, namun
sebenarnya terdapat Garis Panduan
Penggunaan Kanta Lekap (CLPG). CLPG
ini telah diwujudkan oleh Persatuan Optik
Malaysia (AMO) dan Acuvue (R), Johnson
& Johnson Vision bagi membantu pakar
optik membuat pemeriksaan terperinci dan
diagnosis sebelum memberikan priskripsi
penggunaan kanta lekap yang sesuai dan
selamat kepada pengguna.
“Saya akui dari apa yang saya perhatikan,
prosedur penjagaan mata di Malaysia yang
bermula dengan terapeutik kepada pakar
adalah setanding dengan garis panduan
United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS)
dan Australia. Ia secara tidak langsung telah
meletakkan nama Malaysia di peringkat
antarabangsa,” akui Dr. Emma L. Gillies.
“Sebenarnya CLPG ini memberi banyak
kebaikan kepada orang ramai. Oleh sebab
itu, bagus jika ada di antara penggiat industri
yang mengambil kursus dalam bidang CLPG
dan mengamalkannya,” tambah Woon Pak
Seong.
“Malaysia adalah salah satu negara di
Asia yang mempunyai bilangan institusi
optometri paling banyak. Buat masa ini kita
mempunyai tujuh institusi yang menampung
200 optometris setahun. Dalam tempoh
10 tahun akan datang, kami meramalkan
terdapat kira-kira 4,000 pakar optik, “ kata
Pengurus Jualan Kebangsaan Johnson &
Johnson Vision Care, Zoey Lam.
“Banyak usaha keras telah dilakukan dan
saya bersyukur kerana menjadi sebahagian
daripadanya. Amalan ini telah dibawa ke
negara-negara luar seperti Hong Kong,
Taiwan dan beberapa negara lain. Ini
bermakna, Malaysia kini telah berada di satu
landasan yang sangat jauh, “ jelas Dr Oliver
Woo.