07
07
MEI, 2018 | al-Siha
NIAGA
i1 Fitness, gimnasium
berkonsep studio
OLEH NORZIRA SYARINI
T
ERLETAK di Eco Ardence
Setia Alam, cawangan
kedua i1 Fitness ini kini
dibuka secara rasmi pada
Februari selepas kejayaan cawangan
pertama yang dibuka sejak empat
tahun lalu di Kota Damansara.
Menurut pengasas i1 Fitness, Keith
Tan, gimnasium berkonsep studio
yang lain dari yang lain seumpama
ini dibuka berdasarkan pengalaman
beliau sendiri yang sebelum ini
mencari aktiviti kecergasan yang
berbeza berbanding gimnasium biasa
termasuklah dari segi kemudahan dan
kelengkapan.
Pernah memiliki berat badan
sebanyak 97kg, Keith Tan bangkit
mengubah corak hidup beliau kearah
yang lebih sihat selain turut berhasrat
membantu lebih ramai lagi individu
memerlukan di luar sana.
“Saya menyertai taekwondo sejak
sekolah rendah hingga universiti,
namun selera makan saya agak besar,
meskipun aktif dengan aktiviti itu.
Berat badan saya pula semakin lama
semakin meningkat, hari demi hari.
Dari berat 60kg, ia meningkat ke 70kg,
80kg dan mencecah 97kg dalam masa 3
tahun sahaja”.
“Seboleh-bolehnya saya akan cuba
menjauhkan diri dari melihat badan
sendiri dalam cermin, dan paling
ketara saya turut mengelak untuk
bergambar. Namun suatu hari saya
diminta untuk mengambil gambar
bersaiz pasport, untuk pas universiti,
dimana kad tersebut terpaksa dibawa
selama empat tahun. Sehinggalah
pada satu hari saya mula sedar, saya
perlu lakukan sesuatu untuk diri
saya, tetapi saya buntu, di mana harus
bermula”.
i1 Fitness menyediakan pelbagai
aktiviti dan kemudahan yang sesuai
untuk semua peringkat umur. Uniknya,
i1fitness ini adalah satu-satunya
gimnasium yang mengetengahkan
aktiviti taegeuk persis taiji dari
• i1 Fitness dibuka secara rasmi pada Februari
selepas kejayaan cawangan pertama yang dibuka
sejak empat tahun lalu di Kota Damansara
• iFitness turut memper kenalkan aktiviti
kecergasan lain seperti Fitcore, Grit Strength,
Body Pump, Fitsique dan Sh’bam
Korea yang berupaya meningkatkan
keupayaan otot untuk keseimbangan
dan kestabilan badan.
Selain itu, i1 fitness turut
menyediakan ilmu Martial Art iaitu
seni mempertahankan diri yang pada
masa sama membantu mengurangkan
berat badan dan meningkatkan
ketahanan.
iFitness turut memperkenalkan
aktiviti kecergasan lain seperti Fitcore,
Grit Strength, Body Pump, Fitsique,
Sh’bam dan banyak lagi demi kepuasan
pengguna.
Menariknya, pelanggan tidak perlu
membuat langganan secara mingguan
atau bulanan memandangkan
gimnasium ini mengamalkan konsep
bayar dan guna. Untuk mengetahui
program kecergasan, tip penjagaan
badan, jenis program, kemudahan,
masa dan lokasi, akses sahaja
menggunakan aplikasi Fitness i1 yang
boleh dimuat turun melalui App Store
dan Google Play store.
“Saya menyertai
taekwondo sejak sekolah
rendah hingga universiti,
namun selera makan saya
agak besar, meskipun
aktif dengan aktiviti itu.
Berat badan saya pula
semakin lama semakin
meningkat, hari demi
hari. Dari berat 60kg,
ia meningkat ke 70kg,
80kg dan mencecah
97kg dalam masa 3 tahun
sahaja”.
– Keith Tan, pengasas i1 Fitness