06
al-Siha | MEI, 2018
BULETIN
Kenny Rogers
Roasters taja
Malaysia Dodgeball
Federation
K
ESEMUA 49 anggota
Malaysia Dodgeball
Federation (MDF) boleh
menikmati makanan
sihat di semua restoran Kenny
Rogers di seluruh negara bermula 15
April.
Menurut Pengurus Pemasaran
Kanan Berjaya Roasters (M) Sdn.
Bhd, Thila Chandran, tajaan bernilai
RM100,000 ini bertujuan
menyediakan makanan sihat
kepada atlet bagi menghadapi
Piala Dunia pada Ogos.
“Mereka memerlukan
bekalan protein yang cukup
agar lebih bertenaga selepas
latihan dan KRR adalah jenama
yang sangat menyokong gaya
hidup seimbang dan aktif selain
pemakanan yang sihat. Ini dapat
dibuktikan dengan adanya
kempen Roasters Eating Day
dan juga Roaster Chicken Run
yang menekankan pentingnya
kecergasan dan pemakanan
yang sihat. Untuk mengekalkan
kecergasan, perlulah
mengamalkan pengambilan
hidangan yang seimbang selain
senaman yang teratur,” jelas
Thila.
“Seorang atlet akan
memberikan prestasi terbaik
sekiranya melakukan latihan
yang cukup. Atas inisiatif inilah,
kami cuba membantu mereka
dengan memastikan mereka
mendapat pemakanan yang
betul,” katanya.
Malaysia dilihat sebagai
pencabar utama selepas layak ke
pertandingan dwitahunan itu
selepas menggondol tiga gelaran
juara, bagi kategori lelaki, wanita
dan campuran di Kejohanan Asia
Pasifik 2017 yang berlangsung di
Arena Axiata tahun lalu.
Bercakap mengenai tajaan
dari KRR ini, Jurulatih dan Ketua
Pasukan MDF, Muhamad Heidy
Mohd Yusoff berkata, makanan
mampu mengembalikan tenaga,
terutama dengan pengambilan
makanan yang seimbang. Saya
sangat menyokong cara KRR
membantu MDF.
Puma lancar
but bola
baharu
SYARIKAT pembekal barangan
sukan terkemuka, Puma Malaysia,
memperkenalkan secara rasmi but bola
sepak terbaharu keluaran PUMA Future
18.1 di ibu negara baru-baru ini.
Pada majlis pelancaran tersebut,
PUMA Malaysia menampilkan pemain
PKNS, Mahali Jasuli, bersama penjaga
gol Malaysia, Khairulazhan Khalid dan
pemain Selangor, Mohd Razman.
Puma turut memberi peluang kepada
semua yang hadir untuk meneliti kasut
terbaharu keluaran mereka, selain
turut menyediakan beberapa aktiviti
menarik yang lain seperti pertunjukan
perlawanan bola sepak antara pemain,
cara penyimpanan but bola, paparan
sejarah Puma dalam penglibatan bola
sepak, teknologi baharu Puma NETFIT
dan banyak lagi.
Sambutan
hari Herbalife
Nutrition
di seluruh
Malaysia
H
ERBALIFE Nutrition, sebuah
syarikat nutrisi global,
mengadakan sambutan Hari
Herbalife Nutrition ke-5 disambut
serentak di 28 buah bandar dan
bandaraya di seluruh Malaysia.
Sambutan tersebut berlangsung
serentak dengan Bulan Nutrisi
Malaysia, disertai kira-kira 7,000 orang
ahli Herbalife Nutrition, pelanggan,
keluarga dan rakan-rakan mereka,
yang turut serta mengambil bahagian
dalam usaha meningkatkan kecergasan
dan kesihatan di dalam suasana
kekeluargaan di samping membantu
memerangi kadar obesiti yang semakin
meningkat di Malaysia.
“Hari Ini adalah hari yang penting
bagi Herbalife Nutrition Malaysia,
kerana kami berkumpul sebagai sebuah
komuniti dari 28 buah bandar dan
bandaraya di seluruh negara untuk
sama-sama bersenam,” kata Steven
Chin, Pengurus Besar dan Pengarah
Herbalife Nutrition Malaysia.
“Kami didorong oleh matlamat
untuk menjadikan dunia ini lebih sihat
dan lebih bahagia dengan mengubah
cara hidup melalui produk dan program
nutrisi yang hebat, selain memberikan
inspirasi kepada orang ramai untuk
mengamalkan gaya hidup yang sihat
dan aktif.”
Bertempat di 28 lokasi, Hari Herbalife
Nutrition dimulakan dengan acara
pemanas badan dengan menampilkan
senaman rutin lompatan bintang
“Herbalife Nutrition Star Jump” untuk
selama setengah minit.
“Dengan kadar obesiti di Malaysia
yang terus meningkat, kita perlu
mengambil pendekatan yang positif
untuk menangani isu ini,” tambah
Steven.