12
al-Siha | Mei, 2019
ISU: kesihatan MENTAL
Latihan untuk
kembali kepada
masyarakat
Yayasan Kesihatan Mental menyediakan ruang selamat untuk pesakit
mental menyertai masyarakat menerusi terapi dan masakan
Y
Kelas memasak untuk orang kurang upaya mental
di MHF bertujuan menyemai kemahiran berharga
dalam diri mereka untuk menyara kehidupan
mereka.
Terurus
boleh
bertukar
menjadi
buruk
ayasan Kesihatan Mental Malaysia
(MHF) adalah pertubuhan bukan ber-
asaskan keuntungan yang menyokong
individu berdepan isu kesihatan mental
di Malaysia. Pertubuhan ini telah berop-
erasi hampir 20 tahun.
Pengasas Bersama dan Pengarah MHF, Datuk Dr.
Abdul Aziz Abdullah memberitahu bahawa MHF
mempunyai dua peranan.
“Fungsi MHF yang pertama mempromosikan isu
berkaitan kesihatan mental dalam kalangan masyara-
kat. Ini termasuk isu daripada bagaimana untuk
mengekalkan kesejahteraan mental sehinggalah
kepada cara bagaimana masyarakat umum boleh lebih
menerima mereka yang menghadapi masalah mental.
“Fungsi kedua MHF adalah untuk menyokong
mereka yang mengalami masalah mental ini menerusi
pemulihan psikososial,” tambah Datuk Dr. Abdul Aziz.
TIDAK DITERIMA BAIK
Datuk Dr. Abdul Aziz menekankan stigma sejak sekian
lama terhadap golongan pesakit mental dan juga
individu yang menghadapi masalah kesihatan mental
yang lebih ringan. Katanya kebanyakan mereka tidak
diterima dengan baik oleh masyarakat.
“Ini sebabnya kami percaya betapa pentingnya untuk
mengadakan program pemulihan. Ia cara untuk mereka
menjadi ahli yang menyumbang kepada masyarakat.”
Dengan menyatakan bahawa, kesedaran dan penerimaan
terhadap mereka yang menghadapi isu kesihatan mental
jelas bertambah baik sejak bertahun lalu. Beliau percaya
rakyat Malaysia kini lebih menerima dan empatetik sejak
pendedahan pertama negara terhadap isu dan penyakit
kesihatan mental.
LATIHAN UNTUK TAMBAH BAIK
MHF mengakui tidaklah begitu aktif dalam aktiviti berkaitan
kesihatan mental seperti mana yang mereka inginkan. Per-
tubuhan ini telah berusaha ke arah mencipta kesedaran dan
sokongan yang lebih baik untuk diri mereka dan juga individu
terjejas yang mereka perjuangkan.
Namun, usaha yang telah mereka jalankan pastinya kearah
memperbaiki kehidupan ramai orang.
“Program latihan utama yang kami anjurkan secara
berterusan adalah kulinari. Menerusinya kami menyediakan
mereka dengan kemahiran memasak dan membakar dan
mendorong mereka mencipta sumbangan berharga kepada
masyarakat,”kata Datuk Dr. Abdul Aziz.
Program latihan kulinari membabitkan tempoh masa tiga
ke empat bulan bulan kelas memasak dan membakar yang
dijalankan di ibu pejabat MHF di Ampang. Program disertai
oleh mereka yang cukup bersemangat kerana kebanyakan
J
umlah rakyat Malaysia berdepan isu kesihatan
mental jelas terus meningkat. Tiga isu kesihatan
mental didapati paling biasa dalam kalangan kita
ialah tekanan jiwa, kebimbangan dan depresi.
Berbanding penyakit mental yang lebih serius sep-
erti skizofrenia atau kecelaruan bipolar, tiga yang diatas
disifatkan lebih terurus. Namun, ketika kesedaran dan
stigma melingkari isu kesihatan mental secara umum-
nya masih jauh daripada yang diingini, keadaan yang
lebih ringan ini boleh bertukar menjadi lebih buruk.
GAGAL MENANGANI TEKANAN
Profesor Madya Jabatan Perubatan Psikologi Univer-
siti Malaya dan Perunding Psikiatrik Pusat Perubatan
Universiti Malaya, Prof Dr Amer Siddiq Amer Nordin
memberitahu mengenai bagaimana tekanan berkai-
tan kerja, kebimbangan dan depresi boleh bertukar
menjadi kecelaruan psikologi yang teruk terutamanya
apabila mereka yang mengalaminya tidak mendapat
bantuan yang diperlukan.
“Simpton paling biasa isu kesihatan mental adalah
kerap tertekan dan gangguan tidur, dan ini boleh men-
jadi petanda awal untuk seseorang itu mencetuskan
isu lebih teruk seperti kecelaruan kebimbangan dan
depresi,” kata Dr Amer.
Masalah masa kini katanya adalah orang ramai tidak
diajar teknik pengurusan tekanan yang betul.
“Manusia perlukan paras tekanan tertentu untuk
berfungsi secara normal, bagaimanapun jika mereka
terdedah kepada tekanan yang kronik, ia boleh ber-
tukar menjadi distres, dan mereka yang dalam distres
biasanya berdepan daya tindak bermasalah kerana
Prof Dr Amer menjelaskan bahawa stress boleh
membawa kepada depresi dan depresi boleh membawa
kepada isu kesihatan mental yang lebih parah.
Simpton paling biasa isu kesihatan mental adalah kerap tertekan dan
gangguan tidur, dan ini boleh menjadi petanda awal untuk seseorang itu
mencetuskan isu lebih teruk seperti kecelaruan kebimbangan dan depresi.”