Mei, 2019 | al-Siha
ISU: kesihatan MENTAL
MIASA-One Stop
Center pesakit mental
MIASA sebagai one stop center bagi pesakit mental mendapatkan
bantuan, sokongan, penilaian, kaunseling, aktiviti kemasyarakatan
serta kelas-kelas kerohanian agar pesakit dapat kembali kepada
masyarakat sebagai individu berintegriti tinggi
11
platform supaya pesakit merasa dibantu, ‘empowered’
dan ada tempat untuk mereka.
BANTU ELAK BUNUH DIRI
“Hakikatnya, penyakit mental sama seperti penyakit
fizikal yang lain. Namun, disebabkan ia tidak nampak
secara kasar maka ramai yang menganggapnya sebagai
tabu. Malah, akibat daripada stigma yang dilemparkan,
ramai pesakit menangani penyakit mental sendiri dimana
sukar untuk mereka mendapatkan jalan keluar kerana
tidak mendapat sokongan dan bantuan yang diperlukan.
“Adakalanya, pesakit memilih untuk mati kerana tidak
sanggup menanggung kesakitan yang perit sebagai jalan
keluar dari keadaan tersebut. Sedangkan ia merupakan
tragedi yang boleh dielakkan sekiranya semua pihak
memainkan peranan masing-masing dengan baik.
“Statistik terbaru dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) menganggarkan satu juta orang mati akibat bunuh
diri setiap tahun. Ini bermakna satu kematian bagi setiap
40 saat dan angka ini dijangka akan meningkat kepada
satu kematian bagi setiap 20 saat menjelang 2020.
“Bunuh diri adalah tiga penyebab utama kematian
selepas penyakit jantung dan kanser. Kemurungan dan
penyalahgunaan dadah serta alkohol menyumbang
kepada lebih dari 90 peratus kes bunuh diri.
“Pada tahun 2011, satu dari 10 orang dikatakan
mempunyai penyakit mental. Namun pada 2016, ia telah
meningkat daripada satu kepada lima orang. Di Malaysia,
bilangan pesakit mental ialah 1:200 000 orang.
“Perkara ini sebenarnya hanya akan berhenti dengan
pertolongan masyarakat disekeliling yang memberi
bantuan dan sokongan kepada mereka.
“Masalah mental bukan kelemahan, bukan benda yang
perlu disorok dan dimalukan sebaliknya ia adalah sejenis
penyakit yang perlu dirawat. Inilah peranan MIASA dalam
usaha untuk memberi kesedaran kepada orang ramai
bagi menghentikan stigma sekaligus menghalang gejala
bunuh diri.
ONE STOP CENTER
Oleh Nurul Fadhlin Che Ismail
S
ama seperti penyakit lain, penyakit mental
juga boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
Daripada golongan berpendidikan tinggi,
dewasa hingga kepada kanak-kanak. Ia tidak
mengenal usia. Penyakit mental dijangka akan
menjadi penyakit kedua tertinggi di Malaysia
pada tahun 2020.
Sedar peningkatan pesakit mental semakin mem-
bimbangkan di Malaysia, pelbagai pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) mula tumbuh bagai cendawan untuk
membantu dan memulihkan golongan ini dari terus
berada dalam stigma negatif masyarakat. Antaranya
Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental
(MIASA).
MIASA ditubuhkan oleh pesakit dan digerakkan oleh
pesakit. Organisasi ini disokong oleh klinikal psikiatri dan
spiritual (perawat) sejak dua tahun lalu.
Menurut Presiden MIASA, Anita Abu Bakar, organisasi
ini ditubuhkan bertujuan untuk membantu golongan
pesakit mental yang memerlukan sokongan dan ban-
tuan. Ia bermula daripada pengalaman Anita sendiri
yang bergelut dengan penyakit mental lima tahun lalu
yang akhirnya mencetuskan idea untuk menubuhkan
organisasi ini.
“Dengan pengalaman saya yang memerlukan sokon-
gan dan bantuan akibat penyakit ini, telah membawa
saya menubuhkan MIASA. Dengan harapan, mereka yang
sedang mengalami ganguan mental tidak keseorangan
ataupun berputus asa kerana penyakit ini boleh dirawat
dan disembuhkan.
“Penyakit mental sering dianggap ringan dan kurang
mendapat perhatian sewajarnya. Oleh itu, saya mahu
perjuangkan golongan ini dengan mewujudkan sebuah
Anita Abu Bakar, sentiasa bersedia untuk mereka
yang memerlukan bantuan MIASA.
“Di MIASA kami menggunakan kaedah rawatan holistik
yang dipanggil sebagai Therapiutik Assessment. Bukan
hanya klinikal tetapi juga spiritual kerana kami percaya
bahawa spiritual sangat penting untuk penyembuhan.
“Kaedah rawatan ini dibuat bersama doktor psikiatri
dan ustaz dimana pesakit akan dinilai sama ada benar-
benar memiliki gangguan mental atau saka, sihir dan
sebagainya.
“Selesai sesi yang mengambil masa diantara 90 minit
ke dua jam ini, ahli keluarga pesakit akan dipanggil bagi
menerangkan apa yang perlu dilakukan oleh penjaga
untuk memudahkan proses menyembuhan.
“Selain rawatan therapiutik, terdapat beberapa terapi
lain seperti terapi art, workshop, kaunseling, program
circle time untuk pesakit dan penjaga dan sebagainya.
Harga bayaran pula adalah mengikut kemampuan
masing-masing terutamanya bagi terapi therapiutik.
Manakala, aktiviti-aktiviti lain pula hanyalah RM5 hingga
RM35 sahaja.
“Bagi pesakit yang buntu dan tidak tahu apa yang perlu
dibuat, dapatkan bantuan awal di sini. Kami menerima
sesiapa sahaja yang merasakan memiliki gejala tekanan
mental. Di sini kami sedia membantu dan berilah peluang
kepada kami untuk membantu. Kami akan cuba semam-
punya. Walk in sahaja,” jelasnya.
SKIM INSURANS
Menyentuh sedikit mengenai skim insurans di Malaysia,
jelasnya permintaan untuk perlindungan insurans buat
pesakit mental sebenarnya ada, cuma mereka takut
berdepan stigma yang membebani mereka.
“Masyarakat perlu menimba ilmu untuk memahami
bahawa penyakit mental adalah satu penyakit yang
sama dengan seperti penyakit fizikal yang lain. Memilih
untuk tidak memberikan perlindungan insurans kepada
mereka yang mempunyai penyakit mental adalah satu
diskriminasi kerana kita tidak memberikan hak yang
sepatutnya terhadap mereka. Kesihatan adalah hak
semua. — al-Siha
Adakalanya, pesakit memilih untuk mati kerana
tidak sanggup menanggung kesakitan yang
perit sebagai jalan keluar dari keadaan tersebut.
Sedangkan ia merupakan tragedi yang boleh
dielakkan sekiranya semua pihak memainkan
peranan masing-masing dengan baik.”