14
al-Siha | MEI, 2019
ISU
SUSUNAN NURUL FADHLIN CHE ISMAIL
Dari ratu
cantik ke
wanita
besi
S
IAPA sangka bekas Ratu Cantik Malaysia,
Genevieve Sambhi yang sebelum ini aktif
bersenam dan menjaga pemakanan disah-
kan menghidap kanser pangkal rahim ketika
berusia 35 tahun.
Walaupun kini Genevieve sudah bebas
dari penyakit itu, namun dia terus aktif memberi kes-
edaran kepada masyarakat menerusi Nasional Cancer
Society Malaysia (NCSM). Ikuti kisahnya.
Suatu hari selepas menjalani ujian pap smear, bapa
Genevieve yang merupakan seorang pakar ginekologi
menghubunginya memaklumkan keputusan ujian tidak
normal dan ujian lanjut perlu dijalankan segera.
“Saya sangat terkejut dan takut. Adakah itu kanser?
Adakah saya akan mati?” pelbagai persoalan tanpa
jawapan berlegar di benak fi kiran.
Keesokannya Genevieve bersetuju untuk menjalani
‘cone biopsy’ dan mendapati terdapat ketulan cyst di
pangkal rahimnya. Pembedahan perlu dijalankan segera
untuk membuang ketulan berkenaan. Lantas, Genevieve
dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya
(PPUM).
Semuanya berjalan lancar. Namun, selepas 10
hari menjalani pembedahan Genevieve tiba-tiba
menderita ‘haemorrhage’ dan terpaksa dikejarkan ke
hospital. Ketika itulah, ujian yang dijalankan mendapati
Genevieve menghidap kanser.
TERPAKSA AKUR
Kanser merebak terlalu cepat dan cara rawatan paling
sesuai adalah pembedahan hysterectomy. Ketika
mendapat berita itu, Genevieve tidak dapat menerima
hakikat. Walaupun sudah memiliki sepasang cahaya
mata, namun Genevieve masih mahukan zuriat meman-
dangkan usianya juga masih terlalu muda ketika itu.
“Walaupun saya sukar menerima hakikat, namun
saya tidak boleh mati di usia semuda itu. Anak-anak saya
masih kecil. Mereka memerlukan saya. Oleh itu, saya
perlu kuat dan harus menjalani pembedahan.
Walau bagaimanapun, pembedahan hysterectomy
tidak dijalankan serta-merta kerana Genevieve masih
belum sembuh daripada pembedahan ‘haemorrhage’
yang dialaminya beberapa minggu sebelum itu. Seba-
liknya, dia diberi masa tiga hingga empat minggu untuk
Keturunan punca
Mazwin kanser
payudara
OLEH NURUL FADHLIN CHE ISMAIL
B
EKERJA sebagai ‘pembancuh ubat’ kanser di salah
sebuah hospital di Kuala Lumpur, tidak mengecu-
alikan Mazwin Mohd Radli dari turut menghidapi
penyakit kanser payudara tahap dua.
Berkongsi pengalaman ketika mula-mula didiagnos
empat tahun lalu, Mazwin mengakui tidak pernah
menjalani sebarang ujian pengesanan awal meskipun
bekerja di hospital. Sebaliknya menemui benjolan keras
di payudara sebelah kiri secara tidak sengaja ketika
berada di rumah.
“Benjolan itu saya temui secara tidak sengaja ketika
hendak tidur pada satu malam. Rasa tidak sedap hati
membuatkan saya tidak dapat tidur dan mahu segera
berjumpa doktor.
“Keesokan hari saya bekerja seperti biasa kerana tiada
sebarang kesakitan. Sehinggalah saya berjumpa doktor
pada petangnya. Lantas, doktor menjalankan pemerik-
saan. Semuanya saya lakukan termasuklah memogram,
ultrasound dan biopsi. Barulah doktor mengesahkan ia
adalah kanser.
“Namun, saya tidak diberitahu di peringkat mana
kerana perlu menjalani pembedahan terlebih dahulu.
Lalu, saja menjalani pembedahan Lumpectomy untuk
membuang lump di kiri payudara dan mendapati ia di
tahap dua.
“Pada waktu itu, umur saya 34 tahun dan dikategori-
kan sebagai berisiko tinggi. Lantas, rawatan kimoterapi
dan radioterapi dijalankan. Namun, keadaan saya agak
kritikal dan doktor mencadangkan saya menjalani target
terapi kerana sel kanser agak agrasif.
“Sehingga kini sudah empat tahun saya menghidap
kanser. Tetapi, Alhamdulillah kesihatan saya bertambah
baik dan sel kanser saya juga tidak mengganas,” jelasnya
sambal ketawa.
PENERIMAAN KELUARGA
“Walaupun saya bekerja di hospital dan sering berurusan
dengan pesakit-pesakit kanser, namun tidak mudah
kembali semula ke hospital bagi menjalani pembedahan
berkenaan.
SOKONGAN KELUARGA
Sebelum menjalani pembedahan, Genevieve ditemani
oleh ahli keluarga dan kenalan rapat sebagai tanda
sokongan. Seminggu kemudian, Genevieve dibenarkan
pulang. Namun, malangnya sekali lagi dia mendapat
berita sel kansernya telah merebak ke bahagian tertentu
dan Genevieve memerlukan rawatan kimoterapi dan
radioterapi.
Kanser yang dihidapi Genevieve sangat agresif. Ia
biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya 10 tahun
untuk berkembang. Tetapi dalam kes ini, Genevieve
hanya memperoleh dalam tempoh kurang setahun.
RAWATAN SUSULAN
Kimoterapi bukan sesuatu yang mudah. Dia terpaksa
berhadapan dengan kesan sampingan yang sangat teruk.
Muntah, cirit-birit dan rasa terbakar pada kulit. Namun,
semua itu dapat dilalui dengan baik apabila sokongan
keluarga tidak pernah luput dari kamus hidupnya. Anak
perempuannya yang ketika itu baru berusia empat tahun
juga seolah-olah sangat memahami dan mengambil
berat tentang dirinya.
“Hingga kini saya sebenarnya berasa terkilan dan
berharap dia tidak melihat keadaan saya. Namun,
harapan saya apabila dia sudah mencapai usia matang
untuk divaksinkan, saya akan pastikan dia mendapat
yang terbaik untuk dirinya supaya dia tidak merasa apa
yang saya rasakan.
Hakikatnya, Genevieve sangat bersyukur kerana sel
kanser itu dapat dikesan awal melalui ujian pap smear
yang dijalankannya. Jika tidak, dia sendiri tidak tahu apa
yang bakal terjadi.
Bagaikan mati hidup semula, Genevieve tidak mahu
mengsia-siakan hidupnya kini. Dengan sisa hidup yang
masih berbaki ini, dia menggunakannya sebaik mungkin
dengan mengadakan kempen-kempen kesedaran kanser
servik, kepentingan ujian pap smear dan vaksinasi.
“Dengan menyebarkan kesedaran, kita dapat
mengubah stigma disamping mendidik wanita, anak
gadis, suami, abang, ayah dan kawan-kawan,” jelasnya.
— al-Siha
untuk saya berdepan dengan perkara ini. Namun, saya
redha. Cuma risaukan keluarga dengan anak-anak yang
masih kecil.
“Anak-anak saya juga masih terlalu kecil pada waktu
itu. Yang bongsu baru berusia tiga tahun dan sangat
memerlukan saya hampir setiap masa sedangkan saya
sakit. Di situlah kekuatan saya hadir. Saya perlu sihat
demi anak-anak saya.
“Saya akui untuk melawan penyakit ini, kita tidak
boleh berseorangan. Saya bersyukur, suami saya banyak
memberi sokongan kepada saya. Begitu juga keluarga
yang sentiasa mengambil berat keadaan saya sehingga
ke hari ini.
“Hospital tempat saya bekerja juga begitu.
Walaupun sudah empat tahun saya menderita penyakit
ini, namun pihak hospital tidak pernah jemu menaja
rawatan serta terus memberi peluang untuk saya bekerja
di sana. Sokongan mereka memberi kekuatan kepada
saya juga.
PERCAYA DARI KETURUNAN
Dalam pertemuan bersama Mazwin dalam majlis pelan-
caran Gabungan Ubat Kanser Perjeta-Herceptin anjuran
Roche baru-baru ini, Mazwin mengakui percaya bahawa
kanser yang diperolehinya berpunca daripada keturunan
dan bukannya pemakanan atau tekanan.
“Saya percaya kanser payudara yang terjadi kepada
saya berpunca daripada keturunan kerana ibu saudara
saya sebelah ibu turut mendapat kanser payudara.
Manakala, sepupu perempuan saya sebelah ibu juga
menderita kanser pangkal rahim.
Oleh itu, ketika mendapat perkhabaran ini, Mazwin
mengakui tidak terkejut. Sebaliknya, bimbang keadaan
anak-anak dan suami ketika dia terlantar.
“Kini walaupun sel kanser saya tidak mengganas,
namun saya masih perlu menjalani rawatan susulan
untuk memastikan ia tidak memburukkan keadaan. Saya
juga perlu waspada dengan tekanan dan perlu mengelak-
kannya kerana tekanan mampu mengaktifkan sel kanser,”
jelasnya tersenyum.— al-Siha