20
al-Siha | Mei, 2019
AnAk oh AnAk!
kenapa perlu
risaukan anti-vaksin?
sesetengah daripada kita
menganggap bahawa isu vaksin
ini sebagai masalah individu.
oleh sebab itu, masih ada
sebilangan daripada kita yang
tidak risau atau bimbang asalkan
anak mereka tetap divaksin
oLEh nURUL FADhLIn ChE ISMAIL
H
akikatNYa, isu vaksin adalah masalah
bersama yang harus dibimbangi oleh
semua pihak kerana kesan ekoran tidak
divaksin turut akan menjejaskan kehidu-
pan kanak-kanak yang telah divaksin.
Bekas Presiden Pediatrik Malaysia
dan Setiausaha agong Persatuan Pediatrik asia Pasifi k
serta Pengerusi Program immunise4Life, Prof. Datuk Dr.
Zulkifl i ismail berkata walaupun vaksin sangat berkesan
mencegah penyakit yang boleh dicegah, namun Pusat
kawalan dan Pencegahan Penyakit melaporkan bahawa
satu hingga lima peratus kanak-kanak yang divaksin tidak
membina imuniti dan ada kemungkinan 10 peratus kes
yang menyebabkan vaksin gagal merangsang imuniti
anak.
“kes seperti ini amat jarang terjadi tetapi ia boleh
berlaku. kelompok inilah yang lebih berisiko untuk
mendapat penyakit yang boleh dicegah meskipun sudah
diberi vaksin,” katanya.
“ini menjelaskan punca wabak yang boleh dicegah
merebak dalam kalangan kanak-kanak yang tidak divak-
sin termasuk kanak-kanak yang sudah divaksin,” jelasnya.
“Jika semua mendapat suntikan vaksin, kuman
lebih sukar untuk berjangkit daripada seorang manusia
kepada manusia yang lain menyebabkan risiko mendapat
penyakit yang boleh dicegah menjadi rendah. ia dikenali
sebagai imuniti kelopok dan boleh berlaku jika lebih
daripada 95 peratus kanak-kanak diberi vaksin.
Punca wabak boleh dicegah dari merebak dengan suntikan vaksin.
SEBARAN WABAK
“Hakikatnya, sebaran penyakit boleh dicegah yang mere-
bak dalam kalangan kanak-kanak yang tidak divaksin
bukan hanya menjangkiti kanak-kanak yang divaksin
dengan imuniti lemah, sebaliknya, ia juga mampu mem-
beri kesan kepada semua peringkat umur.
“ini termasuklah mereka yang mempunyai sistem
Bebaskan
anak bermain
Nik Anees Liyana
memberitahu
bahawa bermain
membolehkan
kanak-kanak
mengembangkan
daya imaginasi,
ketangkasan dan
kekuatan fi zikal,
kognitif dan emosi.
Bekas Presiden
Pediatrik Malaysia
dan Setiausaha
Agong Persatuan
Pediatrik Asia
Pasifi k serta
Pengerusi
Program
Immunise4Life,
Prof. Datuk Dr.
Zulkifl i Ismail.
Hakikatnya, sebaran
penyakit boleh dicegah
yang merebak dalam
kalangan kanak-kanak yang
tidak divaksin bukan hanya
menjangkiti kanak-kanak
yang divaksin dengan
imuniti lemah, sebaliknya,
ia juga mampu memberi
kesan kepada semua
peringkat umur.”
oLEh nURUL FADhLIn ChE ISMAIL
B
eRMaiN sangat penting bagi perkembangan otak
kanak-kanak yang sihat. Menurut Pengarah Urusan
dan Pengajar antarabangsa Monkeynastix Malaysia,
Nik anees Liyana Nik Zainalabidin ezanee, bermain mem-
bolehkan kanak-kanak berkreativiti sambil mengembangkan
daya imaginasi, ketangkasan dan kekuatan fi zikal, kognitif
dan emosi. Melalui permainan, kanak-kanak juga dapat
belajar berinteraksi dengan dunia di sekeliling mereka.
“Meskipun tanpa menggunakan barang mainan sama
ada dengan bermain kejar-kejar, mengelungsur, melutut,
melompat dan sebagainya juga dapat meningkatkan kekua-
tan fi zikal dan mental. ia dikenali sebagai rangsangan motor
kasar dimana secara tidak langsung ia juga akan merangsang
motor halus yang akan membantu kanak-kanak menulis
dimasa hadapan.
“Melalui bermain juga kanak-kanak dapat belajar cara-
cara komunikasi dengan rakan-rakan di sekeliling di mana
mereka akan mula terbiasa dengan ucapan terima kasih,
meminta maaf, menunggu giliran dan sebagainya yang
secara tidak langsung dapat meningkatkan skil sosial mereka.
Begitu juga dalam pengawalan emosi yang lebih baik. Dari
bermain juga mereka belajar mengawal rasa marah, gembira,
sedih dan sebagainya dengan baik.
imun yang lemah akibat penyakit lain atau ubat yang
diambil, mereka yang mengalami masalah kesihatan
kronik seperti sakit paru-paru, jantung, hati, buah ping-
gang dan kencing manis, bayi yang masih belum cukup
umur untuk mendapat vaksin sepenuhnya serta warga
emas yang mempunyai risiko komplikasi penyakit.
“Penyakit-penyakit yang boleh berjangkit adalah
bergantung kepada adanya kuman untuk disebar oleh
seseorang. antaranya infl uenza dan pertussis (batuk
kokol). individu yang lemah imuniti boleh mendapat
jangkitan atau boleh juga menjadi pembawa kepada
orang lain.
“Namun begitu, jangkitan penyakit boleh dicegah
lebih berbahaya kepada bayi dan berisiko tinggi maut.
Sebagai contoh vaksin DtP tidak diberikan kepada
bayi berusia kurang dua bulan. Jika ibu bapa atau ahli
keluarga menghidap penyakit pertussis (batuk kokol) dan
sebagainya, ia boleh mengakibatkan kematian kepada
bayi berkenaan.
“Oleh itu, saya menyeru ibu bapa agar mendapatkan
maklumat yang betul, tepat dan sahih sebelum membuat
keputusan salah yang mungkin meragut nyawa anak
sendiri dan menyebabkan orang lain turut berisiko.
“Jika anak tidak diberi vaksin, ia tidak hanya mengan-
cam dirinya sendiri tetapi orang lain seperti adik-beradik,
meskipun ahli keluarga yang sudah tua, kawan sekolah
dan kanak-kanak satu tempat asuhan juga berisiko
dijangkiti. Pastikan anak mendapat suntikan lengkap dan
sekiranya tertinggal mana-mana suntikan vaksin, sila
rujuk ke klinik berdekatan untuk mendapatkan dengan
kadar segera”. — al-Siha
“Sebenarnya tanpa kita sedari kelebihan bermain juga
dapat membantu anak-anak menyelesaikan masalah. Seb-
agai contoh bermain puzzle, lego dan sebagainya.
“Semua ini perlu didedahkan kepada mereka sejak
diawal kelahiran mengikut kesesuaian umur masing-masing
sehingga mencapai usia tujuh tahun.
“kanak-kanak perlu melepaskan tenaga mereka dengan
melakukan aktiviti pergerakan seperti di taman permainan,
pantai, padang dan sebagainya. Mereka memerlukan masa
diantara 20 hingga 45 minit beraktiviti secara maksimum.
tempoh yang diambil tidak boleh terlalu lama kerana boleh
menyebabkan kesakitan pada otot-otot mereka.
“Jika anak kurang bermain ia akan memberi kesan kepada
tingkah laku. Sebagai contoh anak suka menganggu. ia
disebabkan oleh kurangnya rangsangan perkembangan
mereka menyebabkan terdapat kelompongan pada mana-
mana bahagian otak dan anggota badan selain daripada
kekurangan kasih sayang.
MAINAN TIDAK PERLU MAHAL
Sementara itu, Pengarah Perniagaan dan Pengajar anta-
rabangsa Monkeynastix Malaysia menjelaskan hakikatnya
bermain bukan hanya menggunakan barang permainan
yang dijual dikedai sahaja atau dipanggil mainan moden.
Sebaliknya, bermain dengan pasir disekitar rumah,