Mei, 2019 | al-Siha
Mysepsis
19
Ayah tidak kenali saya!
Kira-kira 40 peratus pesakit sepsis mengalami gangguan kognitif pada tahun pertama.
Mysepsis
oleh
Dr. Tan Toh Leong
Pensyarah Kanan
dan Pakar Perubatan
Kecemasan UKM
Pengesahan awal menyelamatkan nyawa.
Gangguan otak boleh
terjadi dalam beberapa
keadaan seperti
stroke(angin ahmar),
kekurangan gula dalam
darah, termakan ubat
yang salah dan cedera
di bahagian kepala.
Walau bagaimanapun,
dalam gangguan yang
akut selepas deman
seperti ini, ia biasanya
dikaitkan dengan
sepsis. Ensefalopati
septik sebenarnya
senang diubati dan
dapat dikawal apabila
punca jangkitan dapat
dikenalpasti dan
dirawat segera.”
– Dr. Tan
S
arah membawa ayahnya yang berusia 68
tahun ke wad kecemasan dan memberitahu
kami bahawa ayahnya berkelakuan pelik sejak
dia demam beberapa hari kebelakangan ini.
Ayahnya berkelakuan agresif dan membuang
air kecil merata-rata di rumah orang tua.
Keadaan bertambah teruk apabila ayahnya kini sudah
tidak mengenalinya.
“Keadaan ayah sebelum ini sihat dan normal sahaja.
Apa yang telah berlaku sebenarnya?,” Sarah mengajukan
soalan ini kepada saya.
Saya telah membuat pemeriksaan lanjut terhadap
ayahnya dan mendapati bahawa beliau mengalami
demam tinggi dan dehidrasi. Beliau juga mengalami
jangkitam paru-paru yang menyebabkannya sesak nafas.
Selain itu, ayah Sarah turut mengalami gejala sepsis
yang lain sepeti (tidak jelas atau kekeliruan, mengigil yang
melampau, tidak kencing sepanjang hari, sesak nafas
yang teruk, ‘rasa dirinya seakan telah meninggal’ dan
warna kulit bertompok-tompok gelap kebiru-biruan).
SEPTIC ENCEPHALOPATHY
lopati. Jika pesakit tidak diubati segera, pesakit lazimnya akan
mengalami kecacatan kognitif yang berkekalan walaupun telah
pulih daripada sepsis.
Terdapat dua jenis manifestasi ensefalopati septik, iaitu
kecelaruan hiperaktif atau hipoaktif. Pesakit yang menghidapi
ensefalopati septik yang teruk boleh mengalami koma. Dalam
kes ayah Sarah, beliau mengalami kecelaruan hiperaktif. Pesakit
boleh mengalami simptom-simptom lain seperti kekurangan
selera makan, dehidrasi, lesu yang teramat, kekejangan otot
dan badan bergetar. Sawan agak jarang berlaku. Ensefalopati
subklinikal (tidak gawat) mungkin dapat dikesan oleh ahli
keluarga apabila pesakit tersebut mempunyai tingkah laku
yang agak pelik.
Prognosis penyakit ini agak teruk. Kira-kira 40 peratus
pesakit sepsis mengalami gangguan kognitif pada tahun
pertama dan kemungkinan akan berkekalan selama berta-
hun-tahun. Sebanyak 60 peratus pesakit sepsis mempunyai
simptom kemurungan jangka panjang atau anxiety. Jika kece-
laruan berlaku, ia kemungkinan membawa maut.
PENGESANAN AWAL
BAHAYA ENSEFALOPATI Apa yang harus dilakukan apabila orang yang kita sayangi
mengalami keadaan seperti ini? 3 langkah ringkas untuk
diikuti.
. Memeriksa dengan segera sama ada terdapat tanda-tanda
sepsis.
. Jangan memberi makanan atau minuman kepada orang
yang dalam kecelaruan. Ia akan menyebabkan persakit
tercekik dan tersedak.
. Hubungi doktor untuk konsultasi, rawatan di rumah atau
hantar orang yang dikasihi ke hospital terdekat.
Pengesanan awal ensefalopati septik adalah sangat penting.
Rawatan awal dapat mencegah kemerosotan kognitif jangka
panjang dan kemurungan. Kebiasaannya, pesakit perlu dima-
sukkan ke wad untuk menerima rawatan antibiotik. Pesakit
mungkin perlu di masukkan air garam melalui salur darah
untuk rehidrasi. Sekiranya keadaan pesakit menjadi lebih teruk,
kemasukan ke ICU untuk rawatan intensif adalah wajar.
Dengan perkongsian ini, semoga pembaca lebih peka dan
bersedia untuk mengesan tanda-tanda awal ensefalopati
septik. — al-Siha
Kecelaruan otak ensefalopati septik adalah disebabkan
oleh tindak balas atau disebabkan oleh keradangan yang
mencederakan sel-sel otak semasa sepsis.
Sebanyak 70 peratus pesakit sepsis mengalami ensefa- Dr. Tan adalah Presiden Malaysian Sepsis Alliance dan ahli
Global Sepsis Alliance. Beliau juga merupakan Pensyarah
Kanan dan Pakar Perubatan Kecemasan UKM.
Ayah Sarah sebenarnya menghidapi penyakit ‘septic
encephalopathy’.
Apakah ‘septic encephalopathy’ atau Ensefalopati
septik? ‘Septic’ bermaksud keadaan berkaitan dengan
sepsis. ‘Encephalopathy’ adalah kata Latin yang meng-
gabungkan dua perkataan, ‘encephalo’ yang bermaksud
otak, dan ‘pathy’ bermaksud kecelaruan, gangguan atau
kerosakan.
Gangguan otak boleh terjadi dalam beberapa keadaan
seperti stroke(angin ahmar), kekurangan gula dalam
darah, termakan ubat yang salah dan cedera di bahagian
kepala. Walau bagaimanapun, dalam gangguan yang akut
selepas deman seperti ini, ia biasanya dikaitkan dengan
sepsis.
Ensefalopati septik sebenarnya senang diubati dan
dapat dikawal apabila punca jangkitan dapat dikenalpasti
dan dirawat segera.
1
2
3