Mei, 2019 | al-Siha
EKSKLUSIF
31
Apakah
Teknopolis Kesihatan
Membawa bersama pelbagai bidang
perubatan dan sains kesihatan serta hospital
dan institut penyelidikan: memberi tumpuan
kepada mengintegrasikan perkhidmatan
penjagaan kesihatan, pendidikan, penyelidikan
dan inovasi yang tinggi. UKM-HT menyediakan
platform tersusun yang diselaraskan untuk
berhubung dengan industri.
Harga berpatutan, hospital khas kanak-kanak, pusat penyelidikan biologi molekular
dan genomik merupakan antara faktor utama yang akan menjadikan HCTM UKM
sebagai ‘Teknopolis Kesihatan’ pertama yang bakal wujud di Malaysia.”
Ruang membaca kanak-kanak yang ditahan di wad.
ke klinik jika mereka sakit dan tidak perlu ke hospital lain. Ini
juga sebagai satu penghargaan buat mereka, selain sebagai
kebajikan buat pekerja.
Prof. Dato' Dr. Hanafiah turut menjelaskan, hasrat
utamanya adalah untuk memastikan HCTM berada pada
tahap teratas dengan perkhidmatan dan kemudahan terbaik,
pantas serta mesra bukan hanya kepada pesakit tetapi juga
kepada pengunjung dan pekerja.
TEkNOPOLIS KESIHATAN
Dalam pada itu, HCTM juga berhasrat untuk menubuhkan
Teknopolis Kesihatan pertama di Malaysia yang akan diban-
gunkan di kampus perubatan dan kesihatannya.
Visinya adalah untuk menjalankan penyelidikan dan
pembangunan perubatan melalui kerjasama di antara
penyelidik dan sektor korporat. HCTM akan dibangunkan
untuk menjadi lebih daripada sebuah hospital dengan kepel-
bagaian perkhidmatan dan kemudahan penyelidikan selain
dari menjadi pusat penjagaan kesihatan dan akademik.
“Tan Sri Abdul Wahid Omar, yang merupakan Pengerusi
Lembaga kami, datang berbincang dengan cadangan yang
lebih mencabar. Beliau berhasrat untuk mewujudkan kemu-
dahan terbaik tetapi pada harga yang lebih murah. Walaupun
ianya sangat mencabar, namun kami sahut cadangan berke-
naan dan akan berusaha menjadikannya sebagai realiti,” kata
Prof. Dato' Dr. Hanafiah.
Harga berpatutan, hospital khas kanak-kanak, pusat
penyelidikan biologi molekular dan genomik merupakan
antara faktor utama yang akan menjadikan HCTM UKM
sebagai ‘Teknopolis Kesihatan’ pertama yang bakal wujud
di Malaysia.
Walau bagaimanapun buat masa ini, visi itu tetap menjadi
visi. Ini adalah kerana Prof. Dato' Dr. Hanafiah mengam-
bil langkah bijak dengan melaksanakan setiap cadangan
satu demi satu. Ini bagi memastikan setiap perubahan
berada pada tahap yang memuaskan sejajar dengan misi
penubuhannya.
“Saya sebenarnya berharap agar dapat melihat sendiri
setiap perubahan itu ketika saya masih memegang jawatan
pengarah.
“Saya juga berasa amat yakin bahawa visi untuk
menubuhkan Teknopolis Kesihatan akan membuahkan
hasil. Kami berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan
perkhidmatan dan kemudahan ke arah penjagaan kesihatan
dan kecemerlangan akademik yang lebih baik,” jelasnya
ketika ditemui di PPUKM baru-baru ini. — al-Siha