30
al-Siha | Mei, 2019
EKSKLUSIF
PERUBAHAN NAMA
Prof. Dato Dr. Hanafiah
Harunarashid.
Pada tahun 2008, pihak pengurusan memutuskan bahawa
jawatan Pengarah Hospital dan Dekan Fakulti Perubatan
UKM perlu dipegang oleh seorang individu. Ini kerana
HUKM bukan sahaja sebuah hospital tetapi juga sebuah
pusat kecemerlangan dan pusat penyelidikan.
“Seiring dengan penggabungan jawatan itu, nama
HUKM juga turut diubah. Kami memutuskan untuk
memberi penghormatan kepada canselor diraja, Yang
di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni
Almarhum Tuanku Munawir. Oleh itu, pada tahun 2014,
secara rasmi HCTM digunakan.
Kemudian pada tahun 2017, penggabungan kedua-dua
jawatan itu kemudiannya disusun semula menjadikan
kedudukan pengarah dan dekan dipegang oleh dua indi-
vidu. Ini bagi memenuhi keperluan HCTM.
CABARAN
PPUKM selangkah
ke arah lebih unggul
Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia
(HCTM UKM) berusaha menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang
kesihatan menerusi pembangunan terkini dan akan datang
H
CTM UKM ketika penubuhannya pada
tahun 1997 dikenali sebagai Hospital Uni-
versiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Terletak di Bandar Tun Razak, Cheras,
HCTM UKM dibina bagi memenuhi
keperluan Universiti Kebangsaan Malay-
sia (UKM) untuk memiliki sebuah hospital pendidikan
perubatan sendiri di mana sebelum itu berkongsi ruang
pengajian di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak tahun
1970-an lagi.
Pengarah HCTM UKM, Prof. Dato' Dr. Hanafiah Har-
unarashid menjelaskan, HCTM UKM kini sedang berusaha
ke arah kecemerlangan di bawah pengurusannya.
“HUKM pada masa itu beroperasi dengan cara yang
berbeza berbanding HKL. Oleh sebab itu kami perlu mem-
punyai sebuah pusat kesihatan sendiri bagi memenuhi
keperluan kami sebagai sebuah hospital universiti. Maka,
pada tahun 1997 matlamat kami tercapai dan HUKM
dibina di Cheras.
Jelas Prof. Dato' Dr. Hanafiah, beliau mula dilantik menjadi
pengarah pada penghujung tahun 2017 dengan matlamat
untuk membaikpulih operasi harian.
“Perlantikan itu merupakan satu cabaran besar bagi
saya sebagai pengarah baharu. Fasa pertama adalah untuk
menjadikan semua perkara dalam keadaan teratur dan ia
bukan suatu tugas yang mudah. Namun, saya mengang-
gapnya sebagai cabaran buat diri saya sendiri dan mula
merangka kerja satu persatu.
Prof. Dato' Dr. Hanafiah memberitahu, HCTM
menerima kira-kira 600,000 pesakit luar dan 40,000 kema-
sukan ke hospital dalam setahun. Hospital ini mempunyai
lebih dari 20,000 operasi yang diuruskan oleh lebih dari
4,500 kakitangan dengan anggaran bayaran lebih dari
RM400 juta setahun.
“Statistik ini tidak mengambil kira penjaga dan pelawat
setiap hari. Jika tidak ia berjumlah lebih dari dua juta
langkah pejalan kaki di dalam dan di sekitar hospital.
Oleh kerana jumlah anggarannya yang ramai, kami perlu
memikirkan keselamatan, kemudahan yang terbaik dan
sebagainya bagi memenuhi keselesaan semua pihak.
Oleh sebab kunjungan yang ramai dalam satu-satu
masa, rancangan Prof. Dato' Dr. Hanafiah adalah untuk
memperbaiki waktu pendaftaran, waktu keluar hospital
dan waktu pengagihan ubat melalui pembangunan garis
panduan amalan klinikal.
“Kami juga merancang untuk membangun tadbir urus
klinikal yang lebih baik. Di mana operasi yang lancar diten-
tukan oleh KPI dalam senarai menunggu, masa menunggu,
masa konsultasi pesakit dan sebagainya. Kini, proses itu
berjaya dijalankan.
MENAIKTARAF INFRASTRUKTUR
Menilai
masalah
paru-paru
pesakit.
Jelas Prof. Dato' Dr. Hanafiah, bangunan HCTM kini sudah
berusia 21 tahun. Begitu juga peralatan yang terdapat di
hospital berkenaan juga berusia dalam lingkungan yang
sama.
“Kami telah meneliti semua peralatan utama, melu-
puskan yang lama dan mengantikannya dengan yang
baharu. Ini dilakukan berdasarkan bajet yang diperoleh
dari kerajaan serta rizab HCTM sendiri. Pada tahun lalu,
HCTM telah meluluskan lebih RM40 juta bagi menggan-
tikan peralatan lama.
“Ini bagi memastikan perkhidmatan kami dalam
keadaan terbaik dan berkualiti. Kita sama sekali tidak akan
digelar perkhidmatan terbaik sekiranya memiliki kemudi
kapal yang hebat tetapi membawa kapal yang usang. Begitu
juga kami tidak akan dipandang unggul dengan pakar
bedah terbaik tetapi beroperasi menggunakan gunting
yang lama,” katanya berseloroh.
Selain daripada peralatan hospital, HCTM juga bakal
menambah satu lagi bangunan baru yang berasingan
dengan hospital utama. Bangunan baru itu akan dikhaskan
sebagai sebuah hospital kanak-kanak. Dalam masa yang
sama, HCTM juga akan menambah bilangan doktor dan
pakar bagi memenuhi keperluan orang ramai.
TEMPAT KERJA TERBAIK UNTUK KAKITANGAN
Masa menunggu, masa konsultasi pesakit dan sebagainya menjadi lebih singkat.
“Kami percaya dengan memberikan latihan yang cukup,
layanan terbaik dan ruang kerja yang selesa, kakitangan
akan bekerja dengan lebih cemerlang. Jika kita menjaga
pekerja dengan baik, mereka juga akan menjaga pesakit
dengan baik. Itulah matlamat kami.
Menurut Prof. Dato' Dr. Hanafiah, HCTM adalah satu-
satunya hospital yang memiliki klinik kakitangan sendiri.
Di mana semua kakitangan hospital sama ada jururawat,
bahagian pengurusan dan juga doktor boleh mendapatkan
rawatan di klinik yang khas untuk mereka.
Klinik kakitangan juga termasuk wad bagi memenuhi
keperluan kakitangan yang memerlukan kemasukan dan
rawatan tertentu.
“Kami merasakan perlu untuk mempunyai klinik kaki-
tangan kerana kami mempunyai ribuan pekerja. Dengan
ini pastinya akan lebih memudahkan mereka untuk datang