Mei, 2019 | al-Siha
BULETIN
05
Pusat jagaan kanak-
kanak berkonsep
hijau pertama negara
Membantu pemulihan kanak-kanak daripada trauma
Prinsip reka bentuk berkonsep hijau mampu
mewujudkan suasana pusat jagaan yang kondusif bagi
membantu memulihkan kanak-kanak daripada trauma.
Penasihat Persatuan Pemaju Hartanah dan Peruma-
han Malaysia Belia (REHDA Youth) yang juga Pengarah
GreenRE, Teo Chui Ping berkata pihaknya menyasarkan
untuk mencipta kediaman dengan suasana yang memu-
puk rasa kasih sayang dan selamat bagi kanak-kanak.
“Kami terapkan prinsip reka bentuk hijau agar dapat
menikmati pencahayaan dan pengudaraan semulajadi,”
katanya.
“Oleh sebab WAO bergantung pada sumbangan
dana untuk menguruskan pusat ini, kami menerap-
kan ciri-ciri hijau dalam reka bentuk pusat jagaan ini
untuk mengurangkan kos bayaran bil utiliti sehingga
mencecah penjimatan tenaga sebanyak 15 hingga 20
peratus.
Sementara itu, Presiden syarikat VERITAS Design
Group, David M. Hashim, yang menyediakan khidmat
professional mereka secara percuma dalam projek
tersebut berkata setiap kanak-kanak atau individu yang
mengalami pengabaian atau trauma memerlukan suatu
persekitaran yang selamat dan menguatkan jati diri
mereka agar mereka berupaya pulih.
Presiden WAO, Carol Chin berkata, sebuah perseki-
taran dan kediaman yang memupuk kasih sayang dapat
memberikan kestabilan kepada kanak-kanak, sekali gus
menyokong pemulihan dan perkembangan mereka,
menurut Carol Chin, Presiden WAO.
“Dalam situasi keganasan rumah tangga, dunia
kanak-kanak akan hancur dan berkecamuk. Kanak-
kanak tersebut akan hilang rasa tenteram dan rasa
kehidupan yang teratur, sedangkan ini faktor penting
bagi perkembangan psikososial mereka,” jelas Chin.
Pembinaan semula pusat jagaan kanak-kanak WAO
rentetan kebakaran pada 2016 yang memusnahkan
pusat jagaan kanak-kanak sebelumnya merupakan
projek tanggungjawab sosial korporat oleh REHDA
Youth, dengan usahasama rakan-rakan kongsi yang
lain.
Pusat tersebut bakal menempatkan lebih 20 kanak-
kanak, kebanyakan mereka pernah menyaksikan atau
mengalami sendiri keganasan rumah tangga.
Pembinaan pusat jagaan kanak-kanak WAO dijangka
siap dalam masa setahun.
Layari wao.org.my untuk maklumat lanjut. — al-Siha
Ilustrasi pusat penjagaan kanak-kanak berkonsep
hijau.
Jordan Asia Pacific lancar
Kempen Green Clean
Jordan Asia Pacific Sdn. Bhd. melancarkan kempen
Green clean dalam usaha mereka untuk meningkat-
kan pengetahuan awam tentang istilah 3R, ‘Reduce’,
‘Reuse’ dan ‘Recycle’ (Kurangkan, Guna Semula dan
Kitar Semula).
Pengurus Negara Jordan Asia Pacific, Eric Yong
berkata, untuk meningkatkan pengetahuan awam
tentang 3R di Malaysia, pihaknya cuba menyebarkan
sebanyak mungkin maklumat kepada orang awam.
“Kami akan mengadakan inisiatif pengutipan
berus gigi lama dan apabila insiatif ini bermula, kami
mengharapkan sokongan kuat daripada masyarakat
Malaysia.”
Menurut Profesor Universiti Malaya, Profesor Dr. P.
Agamuthu, Malaysia menjana kira-kira 14 juta tan sisa
perbandaran pepejal pada tahun 2019, atau 40,000 tan
sehari, dan kadar kitar semula pada tahun tersebut
adalah 17.5 peratus.
Tambah beliau, plastik juga merupakan sisa
perumahan yang kedua tertinggi pada tahap 13.2
peratus, diikuti sisa makanan di tahap 44.5 peratus
berbanding sisa perumahan pada tahun 2017.
“3R penting untuk mengelakkan perlombongan
sumber baru, mengurangkan permintaan sumber
semulajadi, mengurangkan pengeluaran karbon,
mengurangkan pembaziran, dan mengurangkan
penggunaan sumber tenaga tidak boleh diperbaharui.
Untuk melancarkan 3R dengan cemerlang di Malaysia,
semua pihak harus bertanggungjawab.”
Dalam majlis sama, Jordan turut memperkenalkan
Berus Gigi Green Clean, berus gigi mesra alam sekitar
yang direka oleh pereka dalaman terkenal, Andreas
Engescik, produk ini bukan sahaja mementingkan
Kempen dirasmikan dengan upacara simbolik
peletakan berus gigi yang telah digunakan kedalam
tong sampah oleh Datuk Dr. Ahmad Kamarulnajuib
Che Ibrahim.
alam sekitar, malah diperbuat dari 100 peratus prihatin
alam sekitar, berus gigi Green Clean memberi kehidupan
baru kepada bahan-bahan dan membolehkan penguran-
gan penggunaan sumber, yang berpatutan dengan falsafah
3R kami.”
Kempen Green Clean dijangka akan berlangsung dari
April hingga Disember dalam fasa-fasa berlainan, yang
akan diumumkan pada masa akan datang. — al-Siha