al-Siha : May 2019 | Page 6

06 al-Siha | Mei, 2019 niaga Keunikan CheongKwangJang, Ginseng Merah Korea Demonstrasi dan kelas dua- dalam-satu bersama chef selebriti antarabangsa, Chef Anis Nabilah tonjol manfaat kesihatan Ginseng Merah Korea K orea Ginseng Corporation (KGC) telah melabur lebih dari RM1.76 juta setiap tahun untuk penyelidikan dan pembangunan produk Ginseng Merah Korea, jenama CheongKwangJan. Menurut Pengurus Jabatan Jualan Global KGC, Ji-Hwan Kim, pihaknya akan meneruskan perjuangan kearah memperkasa kesihatan rakyat dengan mengamalkan Ginseng Merah Korea. “Kami sentiasa komited untuk menjadi rakan kongsi yang dipercayai, dan akan sentiasa meneroka kaedah yang lebih kreatif untuk memupuk tabiat pemakanan dan gaya hidup yang sihat dengan produk Ginseng Merah Korea ini. Tambah beliau, antara inisiatif yang diambil adalah dengan menggabungkan ramuan ini ke dalam masakan harian rakyat Malaysia tetapi mengekalkan khasiat agar kekal sihat dan bertenaga terutama sepanjang tempoh berpuasa di bulan Ramadan. Ginseng Merah Korea, herba alam semulajadi yang kaya dengan nutrisi tambahan berkesan membantu mengu- rangkan kelesuan, penurunan kadar gula dalam darah dan pengawalan tekanan darah. Menyedari kepentingan menjalani gaya hidup lebih Tetamu jemputan yang turut memeriahkan lagi sesi demonstrasi dan kelas masakan CheongKwanJang bersama Chef Anis Nabilah. sihat dalam resipi masakan seharian, KGC bekerjasama dengan chef selebriti, Chef Anis Nabilah melalui sesi demonstrasi dan kelas masakan dengan dua menu iaitu ‘Sticky Date Pudding in Korean Red Ginseng Toffee Sauce’ dan ‘Seafood Curry with Korean Red Ginseng’ khusus untuk para media. “Ekstrak ginseng merah meningkatkan selera hidan- gan harian selain turut menambah nilai khasiat dalam hidangan seharian yang lazim dinikmati keluarga tanpa menjejaskan citarasa. Secara peribadi, saya mengesyorkan makanan yang ditambah dengan Ginseng Merah Korea bagi rakyat Malaysia yang mementingkan kesihatan,” jelas Chef Anis. — al-Siha Rangkaian produk Nona yang boleh menjadi hidangan waktu sahur, berbuka puasa dan hidangan Hari Raya. Produk ketupat baharu dari NONA NONA, pengeluar makanan tempatan memperkenalkan dua inovasi terbaru dalam rangkaian produk ketupat keluar- annya iaitu Ketupat Palas Durian dan juga Ketupat Palas Pulut Hitam. Bertepatan dengan sambutan Hari Raya yang bakal disambut tidak lama lagi pengguna kini boleh menikmati pulut dan durian serentak di dalam produk Palas Durian. Pengurus Jenama, Sri Nona Industries Sdn Bhd, William Wee berkata pihaknya memahami masa dan usaha yang dipe- runtukkan bagi menyediakan juadah seumpama itu tidak singkat dan NONA menawarkan penyelesaian yang mudah untuk setiap pengguna. “Nona cuba membantu mengeratkan jalinan kasih sayang dengan hidangan yang bukan sahaja mudah disediakan, malah sedap untuk dinikmati bersama keluarga di Hari Raya,” kata William. NONA, salah satu jenama pilihan rakyat Malaysia yang menawarkan hidangan sejak tahun 1975 lagi. — al-Siha HAIER adalah produk yang berkualiti tinggi dan dipercayai boleh memenuhi keperluan segmen pasaran yang berbeza. HAIER perkenal rekabentuk baharu menerusi jelajah kembara Jelajah kembara ini akan diadakan di tiga lokasi utama di seluruh negara bermula dengan Kuala Lumpur dan diikuti dengan Johor Bahru serta Pulau Pinang. Syarikat pengeluar barangan dan kelengkapan eletrik, HAIER menerusi syarikat yang berdaftar di Malaysia iaitu HAIER Electrical Appliances (M) Sdn Bhd telah mengadakan program “Jelajah Kembara Serantau HAIER” buat kali pertama pada tahun ini. Pengarah Urusan HAIER Malaysia, Shi ZhiYuan berkata, objektif pameran adalah untuk melibatkan pelanggan dalam kehidupan berinovatif dengan menyediakan platform yang sesuai untuk produk dan perkhidmatan syarikat serta memberi penampilan kepada jenama HAIER. “Industri perkakas rumah sedunia sedang memasuki zaman baru iaitu “Rumah Pintar”, HAIER juga turut serta dengan memberi pelang- gan kami barangan yang luar biasa dalam zaman digital ini. Tambah beliau, HAIER Malaysia sudah mencapai matlamat dua kali ganda jumlah pendapatan dari tahun ke tahun dan kini mempunyai lebih dari 300 buah kedai runcit dan kedai rantaian utama di Malaysia. Layari www.HAIER.com/my untuk maklumat lanjut. — al-Siha Ringkasan MIHAS 2019 catat eksport RM1.6 bilion Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2019 merekodkan nilai eksport RM1.6 bilion, berbanding RM1.52 bilion yang dicatatkan tahun lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Wan Latiff Wan Musa berkata, perolehan ini telah disumbangkan oleh dua komponen utama merangkumi pameran dan segmen padanan perniagaan iaitu Program Penyumberan Antarabangsa (INSP). “Pameran mencatatkan transaksi bernilai RM987.7 juta manakala INSP yang dijalankan sehari sebelum MIHAS, merekodkan RM615 juta membabitkan 2,211 padanan perniagaan antara 610 syarikat tempatan dengan 200 pembeli asing dari 43 negara. “Sektor yang menyumbang kepada jumlah itu adalah makanan dan minuman (F&B), diikuti farmaseutikal dan perkhidmatan kewangan Islam,” katanya. MIHAS 2019 yang diadakan pada 3 hingga 6 April lalu di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) berjaya menarik penyertaan 1,000 pempamer mewakili 44 negara. Acara itu turut menerima kehadiran lebih 29,946 pengunjung merangkumi syarikat tempatan dan antarabangsa, berbanding 21,539 pengunjung pada tahun 2018. Insurans digital lebih mudah AIA Bhd bekerjasama dengan Citi Malaysia melancarkan saluran digital yang menyeluruh kepada semua pemegang kad kredit Citi selain pengalaman dalam talian yang selamat dan lancar untuk membeli produk dan penyelesaian insurans. “Inisiatif ini akan memanfaatkan pelanggan dengan keupayaan AIA dan juga Citi menerusi program aplikasi (API) Citi,” jelas kedua-dua syarikat berkenaan dalam satu kenyataan bersama. Menerusi kesalinghubungan API, urus niaga boleh diselesaikan dalam masa beberapa minit dengan hanya beberapa klik, yang akan memudahkan pelanggan mendapat perlindungan dalam masa sehari. Produk insurans pertama yang akan ditawarkan di bawah inisiatif ini ialah pelan penyakit kritikal komprehensif AIA, CI Care Plus. Pendingin hawa baharu dari Mitsubishi Electric Mitsubishi Electric Group memperkenalkan dua siri pendingin hawa dengan penyejuk R32, MSY- GR dan MS-JR. Pengarah Urusan Mitsubishi Electric Sales Malaysia Sdn Bhd (MESM), Hiroaki Ashizawa, berkata produk tersebut boleh mengurangkan kesan kepada alam sekitar. Dengan Siri Teknologi Aerodinamik, menjanjikan tahap kecekapan dari segi kuasa dan aliran udara yang lebih baik, manakala Penghadang Lapisan (Barrier Coating) dapat menghalang debu dan habuk berminyak memasuki pendingin hawa dengan lapisan hidrophobik dan hidrophilik. Model MS-JR yang akan menjadi unit gantian kepada siri MS-HN menawarkan fungsi lebih baik dari segi prestasi dan kecekapan. — al-Siha