al-Siha : November 2018 | Page 3

NOVEMBER, 2018 | al-Siha BULETIN 03 NOTA EDITOR Positif itu tidak susah! of concentration? Perkongsian daripada Pakar Mata yang dikagumi, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamed, law of concentration ini berlaku apabila kita berfi kir yang bukan- bukan atau kerap memikirkan sesuatu sehingga menyebabkan kita risau dan stres. Law of concentration ini juga adalah keadaan dimana apa yang kita fi kirkan, maka itulah yang akan terjadi, sebab kepercayaan dan kerisauan terhadap hal tersebut semakin lama semakin meningkat. Orang yang mengalami masalah anxiety atau “kerisauan” lazimnya terlalu fokus kepada perkara yang tidak elok, dan orang begini dinamakan orang neurotik. Selalu mengeluarkan kata-kata yang negatif, yang mematahkan semangat sebelum melakukan sesuatu perkara. Jika kita mengharapkan sesuatu yang baik, fokus dan fi kirlah dengan sebaiknya, kerana apa yang kita lakukan, apa yang kita fi kirkan adalah doa. Menjadi seorang yang positif tidak susah, mungkin juga tidak mudah. Tetapi sebenarnya pilihan tetap ada pada diri kita sendiri. Norzira Syarini Mohammed Pauzi, Editor norzira.syarini@revonmedia.com A SSALAMUALAIKUM wbh.. Percayakah anda bahawa hari yang baik bermula dengan per- mulaan yang baik? Mungkin ada antara kita yang sedar, sebenarnya apa yang kita lakukan dari awal pagi saat bangun sahaja dari tidur mempengaruhi keseluruhan aktiviti, emosi, semangat dan juga tindakan kita sepanjang hari. Pendek kata, sekiranya permulaan harian kita kurang semangat, maka bersedialah dengan perjalanan yang agak sukar dan memenatkan sepanjang hari, tetapi keadaan akan berbeza sekiranya kita bermula dengan semangat tinggi dan positif. Pernah dengar tentang law Hentikan merokok! Jus lemon beralkali anti kanser? A Kanak-kanak yang terdedah asap rokok berisiko mengalami masalah kesihatan sehingga boleh meragut nyawa. DAKAH benar jus lemon apabila dimasukkan ke dalam air panas akan berubah sifat menjadi alkali? Sedangkan jus lemon itu masam, dan berasid. Malah, ada juga individu yang menganggap kononnya alkali ubat paling mujarab untuk pesakit kanser. Teori jus lemon yang dicampurkan dalam air panas dan berubah sifat menjadi alkali sangat popular dalam media maya. Ini kerana mereka akan merasa pahitnya air lemon panas, justeru dianggap bahawa lemon panas itu beralkali. Kita perlu ingat bahawa badan kita mempunyai keseimbangan asid-alkali dimana darah kita secara automatik akan menyeimbangkan pH darah. Tidak mudah bahan luar mengganggu sistem darah kita sama ada menjadi berasid atau beralkali kecuali kita ditimpa penyakit.Tugasan keseimbangan asid-alkali ini akan dilakukan oleh buah pinggang. Sesuatu yang beralkali tidak membantu dalam merawat penyakit dan banyak kajian telah dikemukakan. Kefahaman salah telah diterapkan ke dalam masyarakat bahawa makanan berasid akan menjadi punca berlakunya penyakit. Manakala makanan pahit atau beralkali itu sebagai penyelamat seperti mengurangkan kereputan tulang, anti kanser, kencing manis dan lain-lain lagi. Begitu juga kefahaman salah yang menganggap makanan berasid penyebab kanser. Satu kajian komprehensif telah dibuat, mendapati tiada kaitan secara terus makanan berasid dengan kejadian kanser. Kesimpulannya, bahan berasid atau beralkali tidak memberikan peruba- han kepada pH badan, sekaligus bukan menjadi punca kepada penyakit yang digeruni itu. OLEH DR SUHAZELI ABDULLAH, Perunding Perubatan Keluarga (Fb.Com/drsuhazeli)