al-Siha : November 2018 | Page 4

04 al-Siha | NOVEMBER, 2018 BULETIN Novartis semai sikap positif terhadap psoriasis • Penghidap psoriasis mendedahkan “parut” mereka dalam sesi foto untuk meningkatkan kesedaran dan menepikan salah tanggapan tentang penyakit mereka K IRA-KIRA 500,000 hingga 800,000 penghi- dap psoriasis di Malaysia dan lima daripada mereka berkongsi pengalaman peribadi dan menceritakan kesan penyakit ini dalam kempen ‘Be Pso Positive’ (Amalkan Sikap Positif), yang merupakan usaha sama antara Novartis Corporation Malaysia, Persatuan Pso- riasis Malaysia dan True Complexion sempena Hari Psoriasis Sedunia, 29 Pesakit psoriasis berani mendedahkan parut masing- masing, dan berkongsi cara bersikap positif. Oktober setiap tahun. Presiden dan Pengarah Urusan Novartis Malaysia dan Brunei, Patrik Grande berkata, sebagai susulan kepada kempen ‘Let’s Be Clear about Psoriasis’ yang diadakan awal tahun ini, pihaknya secara sukacita untuk meneruskan sokongan kepada peng- hidap psoriasis dan meningkatkan kesedaran tentang cabaran yang diha- dapi mereka. “Kami mahu memastikan mereka tidak putus asa dan mengetahui bahawa masih terdapat rawatan yang memberikan keputusan positif,” katanya. Menurut kajian selidik global berta- juk ‘Clear about Psoriasis’ (Jelas tentang Psoriasis) mendedahkan bahawa hampir 40 peratus daripada penghidap psoriasis mengalami masalah psikologi akibat penyakit kulit mereka.Layari http://mypsoriasis.my/ untuk maklu- mat lanjut. Kempen “The Rice Day 2018” J ASMINE Food Corporation (Jasmine) dan Tefal Malaysia bekerjasama menganjurkan The Rice Day 2018 untuk membetulkan tanggapan umum mengenai beras. Bertemakan “No Rice, No Life” (Tiada Beras, Tiada Kehidupan), kempen The Rice Day 2018 ini turut disokong oleh Institut Jantung Negara (IJN) dan Padi- beras Nasional Berhad (Bernas). Menurut Pengurus Negara GROUPE SEB Malaysia, Jack Wong, nasi meru- pakan makanan kegemaran rakyat Malaysia sejak beberapa generasi yang lalu. Walaupun nasi dikenali ramai, namun masih banyak salah tanggapan mengenainya yang mengakibatkan “No Rice, No Life” (Tiada Beras, Tiada Kehidupan), adalah tema kempen The Rice Day 2018. orang ramai takut untuk menjadikan nasi sebagai hidangan. “Matlamat utama kami adalah untuk menyebarkan mesej positif kepada rakyat Malaysia bahawa beras adalah baik untuk kesihatan dan mendidik orang ramai untuk meneruskan tradisi penggunaan beras sebagai hidangan pilihan utama,” katanya. Sementara itu, Ketua Pegawai Ekseku- tif Jasmine Food Corporation, Lim Swee Keat berkata nasi adalah makanan ruji yang tidak boleh ditinggalkan. “Sehubungan dengan itu, kami akan terus membina kesedaran dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan Jasmine mempunyai rangkaian produk yang dapat menawarkan pilihan yang sihat dan bersesuaian dengan pelbagai kehendak diet. Hari cuci tangan Global Ke-11 PROGRAM di Sarawak mencatatkan peningkatan amalan cuci tangan dengan sabun dalam kalangan kanak-kanak selepas program memupuk tabiat dijalankan Sempena Hari Cuci Tangan Global Ke-11, Lifebuoy, sabun mandian cecair No. 1 di Malaysia, memacu perubahan tabiat positif mencuci tangan dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa. Pengarah Penjagaan Kecantikan, Peribadi & Penjagaan Rumah, Unilever Malaysia, Vincent Chong berkata pro- gram ini dijalankan selaras dengan usaha Kementerian Kesihatan untuk mengu- rangkan penyebaran penyakit berjangkit seperti Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dan juga untuk menyokong kesi- hatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. “Kami percaya bahawa usaha mem- bentuk tabiat anak-anak hendaklah dimulakan sejak kecil dan kami cuba 300 orang dari seluruh dunia bersama- sama meraikan kejayaan TMC Fertility. TMC Fertility catat Malaysia Book of Record TMC Fertility sekali lagi mencatatkan kejayaan dalam Malaysia Book of Records dengan memecahkan rekod bayi IVF ter- tinggi yang dihasilkan melalui satu kali IVF seramai 5,388 bayi berjaya hidup. Sempena pencapaian tersebut, TMC Fertility mengumpulkan seramai 300 orang termasuk ibu bapa dan kanak-kanak dari seluruh dunia untuk meraikan kekelu- argaan yang telah tercipta sejak tahun 1994. Ketua Pegawai Eksekutif TMC Fertility, Woon Ming Ming berkata, kejayaan yang diperoleh semua pesakit mengingatkan kami tentang perjalanan kami . “Bagi TMC Fertility, perjalanan pesakit adalah perjalanan kami,” katanya. Anugerah ini disampaikan oleh Pen- garah Pembangunan Perniagaan, Malaysia Book of Records, Gillian Ooi kepada Ketua Pegawai Eksekutif TMC Fertility, Woon Ming Ming disaksikan oleh konsultan IVF TMC Fertility dan Jimmy Wong, Ketua Pegawai Kewangan TMC Life Sciences Bhd. Pada tahun 2013, Kesuburan TMC telah mencatatkan rekod seramai 3,210 bayi IVF dan kali ini mereka TMC Fertility berjaya memecahkan rekod mereka dengan rekod 5,388 bayi IVF sehingga Mei 2018. Amalan IVF ini melibatkan pasangan dari seluruh negara termasuk pasangan dari Indonesia, Singapura, China, Eropah, Timur Tengah dan banyak lagi. TMC Fertility berharaf agar dapat membantu lebih ramai pasangan yang memerlukan. Layari https://www.tmcfertility.com/ untuk maklumat lanjut. Hari mencuci tangan sedunia Vincent Chong, Pengarah Kecantikan, Penjagaan Peribadi & Penjagaan Rumah, Unilever Malaysia, Datuk Dr Chong Chee Kheong, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan, Annemarieke de Haan, Pengarah Urusan, Unilever Malaysia dan Singapura serta Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan. memberi tumpuan kepada pendidikan kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah. Lifebuoy komited untuk mem- bantu menjadikan Malaysia lebih sihat menerusi amalan mencuci tangan dengan sabun yang mudah tetapi berkesan. Lifebuoy juga berhasrat untuk menyebarkan maklumat tentang tabiat ini kepada seramai mungkin. “Wawasan kami adalah untuk menerapkan tabiat mencuci tangan dengan betul dalam kalangan 1 bilion orang di seluruh dunia menjelang 2020,” katanya. HARI Mencuci Tangan Sedunia merupakan hari peringatan sedunia tahunan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang kepentingan amalan mencuci tangan dengan sabun sebagai cara mudah, berkesan dan termampu untuk mencegah masalah kesihatan berkaitan penjagaan kebersihan. Hari Mencuci Tangan Sedunia, diasaskan oleh Global Public-Private Partnership for Handwashing dan dirayakan pada 15 Oktober setiap tahun, ialah peluang untuk mengilhamkan, menguji, dan mengulangi cara kreatif untuk menggalakkan orang ramai mencuci tangan mereka dengan sabun pada waktu penting. Hari Mencuci Tangan Sedunia bertujuan untuk: • Memupuk dan menyokong budaya mencuci tangan dengan sabun secara global dan tempatan • Memperlihatkan amalan dan tabiat mencuci tangan di seluruh dunia • Meningkatkan kesedaran tentang manfaat mencuci tangan dengan sabun