al-Siha : November 2018 | Page 7

NOVEMBER, 2018 | al-Siha NIAGA Pelan perubatan pertama AIA • Pelan A-Plus Health menawarkan penyelesaian penjagaan kesihatan lengkap bagi mendorong rakyat Malaysia untuk Hidup Lebih Sihat, berpanjangan dan bermakna A IA Bhd. memperkenalkan pelan perubatan paling inovatif iaitu A-Plus Health yang menawarkan pelbagai manfaat yang pertama di pasaran. A-Plus Health direka bukan hanya untuk memberikan perlindungan peru- batan terbaik kepada rakyat Malaysia ketika saat diperlukan, malah mem- berikan ganjaran kepada mereka kerana menjalani kehidupan yang lebih sihat. Produk terbaharu syarikat insurans tersebut didatangkan dengan ciri-ciri unik yang belum pernah dipasarkan sebelum ini, yang dikenali sebagai Health Wallet. Bagi setiap tahun di mana pelang- gan tidak membuat sebarang tuntutan dengan A-Plus Health, jumlah tertentu akan dikreditkan ke dalam Health Wallet mereka sehingga 10 kali. Pelanggan juga boleh menggunakan jumlah yang terkumpul di dalam Wallet tersebut untuk membayar perbelan- jaan perubatan tambahan mahupun perkhidmatan pencegahan yang secara lazimnya tidak dilindungi oleh pelan perubatan, seperti pemeriksaan kesi- hatan dan suntikan vaksin, perbelanjaan untuk anggota tiruan dan alat bantuan pendengaran, perlindungan terhadap masalah kongenital , penjagaan pemuli- han kanser, strok dan serangan jantung, dan lain-lain lagi. A-Plus Health adalah rider perubatan yang boleh ditambah ke atas pelan premium berkaitan pelaburan AIA, A-LifeLink 2 dan boleh diperolehi sesiapa yang berumur di antara 14 hari hingga 70 tahun. Para ibu bapa juga mendapatkan A-Plus Health untuk bayi mereka dengan usia kehamilan 14 minggu ke atas. Mereka juga boleh menambah rider perubatan ini kepada A-LifeJoy 2, pelan berkaitan pelaburan fleksibel yang menyediakan perlindun- gan dan simpanan untuk anak tersebut. Di samping menyediakan perlind- ungan perubatan yang komprehensif sehingga usia 100 tahun, A-Plus Health juga menawarkan had tahunan yang tinggi (jumlah maksimum yang boleh dituntut oleh para pelanggan setiap tahun) sehingga RM2 juta, tanpa had seumur hidup. Untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menjalani gaya hidup yang lebih sihat, A-Plus Health turut disertakan dengan AIA Vitality, sebuah program kesihatan yang berasaskan sains oleh syarikat insurans tersebut. Para pelanggan yang mendapatkan A-Plus Health dan mendaftar sebagai ahli AIA Vitality akan dapat menikmati manfaat tambahan di bawah ciri-ciri Health Rewards tanpa perlu membayar premium tambahan. Bergantung kepada status keahlian AIA Vitality para pelanggan, mereka layak untuk mendapatkan peningkatan sebanyak 100% untuk amaun bilik hospital dan hidangan serta menerima sehingga 10% peningkatan kepada jumlah tahunan yang dikreditkan ke dalam Health Wallet mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai A-Plus Health, sila layari www.aia.com. my . Taiwan Expo 2018 kali kedua TAIWAN Expo 2018 telah diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Kuala Lumpur baru-baru ini. Ekspo yang bertema ‘Menghubung- kan Taiwan, Menghubungkan Dunia’ itu menampilkan sebanyak 250 gerai oleh 200 syarikat meliputi pelbagai kategori seperti Bandar Pintar, Halal Taiwan, Gaya Hidup dan Pelancongan Taiwan serta Penjagaan Kesihatan. Di Pavilion Healthcare Taiwan, pen- gunjung diberi peluang mempelajari dan mengetahui praktik dan inovasi perubatan dari personaliti dan institusi perubatan yang terbaik di Taiwan. Antara inovasi yang dipamerkan termasuk Terapi Frekuensi Radio Percutaneous oleh Prof. Dr. Jen-Tsung Yang dari Chiayi Memorial Hospital Chiayi dimana terapi ini dilaksanakan bersama dengan kemudahan visual seperti imbasan CT dan MRI. Terapi ini membenarkan doktor untuk memberi rawatan dengan segera dan tepat pada lokasi tanpa luka. Sementara itu, majlis Pembangunan Perdagangan Luar Negeri Taiwan (TAITRA) dalam satu kenyataan berkata, antara tarikan utama ekspo tersebut adalah pameran teknologi maklumat, sistem e-dagang, industri teknologi hijau Taiwan dan bas pintar. Ekspo anjuran kali kedua itu juga Antara gerai Pavilion Healthcare Taiwan yang dibuka sepanjang ekspo berlangsung. memperkenalkan pelbagai produk halal yang telah dihasilkan di negara itu, termasuk produk penjagaan kulit dan juga makanan sejuk beku. Selain pameran produk, Taiwan Expo 2018 juga bakal diserikan oleh pengan- juran seminar, forum, pertunjukan fesyen dan persembahan kebudayaan. Taiwan Expo 2018 dirasmikan oleh Pengerusi TAITRA, James CF Huang. Layari http:mys.taiwanexpoasean. com untuk maklumat lanjut. 07 Ensure Gold perisa gandum Abbott lancar produk kuatkan otot baharu E NSURE Gold Roving Kombi mengadakan pameran bergerak yang akan singgah di 150 farmasi di seluruh semenanjung dalam tempoh tiga bulan mulai Oktober. Pameran ini diadakan bertujuan untuk membantu menjadikan warga emas lebih kuat dan menggalakkan kekuatan jasmani dan cara-cara menguruskan kesihatan otot selain turut mengukuhkan ikatan kekeluargaan. Skuad kombi pula menawarkan ujian kesihatan kekuatan secara percuma, memberikan maklumat dan mengan- jurkan aktiviti untuk masyarakat belajar mengenai kesihatan otot dan cara pemak- anan, dan juga senaman yang baik dalam mengekalkan kekuatan otot. Pengurus besar bahagian pemakanan, Abbot Malaysia, Robert Cleveland ber- kata, warga emas perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan sentiasa menjalani aktiviti senaman bagi memastikan tubuh kekal sihat walaupun berdepan dengan isu penuaan. Beliau ditemui berkata demikian pada majlis pelancaran Ensure Gold Roving Kombi Eco Ardence, Maya Park di Setia Alam, baru-baru ini. Sempena pelancaran berkenaan, Abbot menganjurkan Larian Kekuatan Ensure Gold yang menarik lebih 600 peserta. Kombi juga menawarkan sampel Ensure Gold dengan HMB dalam perisa gandum baharu yang selanjutnya boleh menyokong rakyat Malaysia mengekal- kan kesihatan otot. Layari  https://abbottnutrition.com. my/ products/ensure-gold untuk maklu- mat lanjut.