al-Siha : November 2018 | Page 6

06 al-Siha | NOVEMBER, 2018 BULETIN SPESIES POKOK BAHARU DI MALAYSIA • Melakar sejarah apabila menjadi satu-satunya spesies klon Paulownia yang berjaya hidup dan membesar dengan baik di Malaysia. Datuk Nor Akhirrudin Mahmud, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia menandatangani buku lawatan. Lawatan tapak Revotropic Paulownia KETUA Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Nor Akh- irrudin Mahmud, Timbalan Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Datuk Lim Kee Leng, warga perhutanan semenanjung Malaysia dan jabatan perhutanan Negeri Sembilan baru-baru ini telah mengada- kan lawatan tapak di ladang Revotropix Paulownia, Rembau Negeri Sembilan. Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Nor Akhirrudin Mahmud berkata lawatan kali amat bermakna dan beliau cukup teruja apalagi selepas melihat tanaman pokok hutan beserta dengan tana- man pertanian yang dilakukan secara bersilang. LAWATAN BERMAKNA Tambah beliau, program keusahawan yang ditawarkan kepada masyarakat juga, satu usaha yang harus dicontohi. “Usaha ini perlu diwar-warkan kepada masyarakat tempatan terutama bagi meningkatkan tahap ekonomi,”katanya. Jelasnya, usaha seumpama ini juga bukan sahaja dapat menghijaukan bumi, malah mendatangkan hasil, dan memurnikan alam sekeliling selain turut menambah peluang pekerjaan. Sementara itu, Timbalan Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Datuk Lim Kee Leng berkata lawatan kali ini telah membuka minda tentang satu spesies baharu yang berpotensi untuk menjadi salah satu spesies untuk ladang hutan. “Kerajaan sentiasa menggalakkan perladangan dalam hutan dan kerajaan juga telah memperuntukkan beberapa kawasan untuk perladangan hutan, cuma pengusaha perlu serius supaya tidak menimbulkan “enviromental issues”. P E N E M UA N spesies baharu pokok Revotropix Paulownia,spesies klon cepat membesar hasil kajian dari syarikat Green Afforestation International Network Sdn. Bhd (Gain Green) melakar sejarah apabila menjadi satu-satunya spesies klon Paulownia yang berjaya hidup dan membesar dengan baik di Malaysia. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Gain Green, EL Law, Revotropix Paulownia ini merupakan pokok paling cepat tumbesaran- nya di dunia, dan mempunyai keupayaan regenerasi dan dapat menyerap sejumlah besar C02 di samping mempunyai ciri-ciri penyerapan karbon yang besar. “Gain Green mengambil inisiatif men- jalankan projek perladangan Revotropix Paulownia di Malaysia, untuk perubahan paradigma penggunaan kayu yang diper- oleh daripada bekalan kayu mampan melalui proses penanaman semula hutan,” katanya. Tambah beliau, program ini juga turut menawarkan nilai istimewa yang diharap- kan dapat memenuhi kepentingan semua pihak dengan memberikan hasil yang positif dan pertumbuhan pendapatan. “Pihak syarikat telah melancarkan “Revotropix Paulownia BioAgropreneur Programme” yang bertujuan untuk meman- faatkan tanah terbiar untuk pertanian berkontrak bagi menjana aliran pendapatan baru kepada masyarakat am. KERJASAMA DAN KEUSAHAWANAN “Pihak Bio Economy Corporation juga mengalu-alukan kerjasama, terutama dalam usaha menjayakan program khas bagi mem- bantu komuniti kampung di bawah program pembangunan komuniti,”ujarnya. Jelas beliau, Gain Green akan beker- jasama dengan beberapa jabatan kerajaan termasuk kementerian pertanian, kemen- terian perusahaan utama dan Natural Resourses dan akan menubuhkan satu konsortium bagi menjayakan program ini. “Pihak Gain Green akan membekalkan benih atau anak pokok kepada orang kampung, individu, koperasi, kesatuan atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menanam pokok dan menjalankan keusa- hawan pokok ini dimana Gain Green akan membayar balik mengikut perjanjian. Program ini dijangkakan berskala besar, dan pihaknya amat mengalukan tanah-tanah di Negeri Sembilan dan juga negeri-negeri lain. Setakat ini sambutan sangat menggalakkan bahkan kami turut mendapat permintaan penduduk luar semenanjung seperti sabah dan sarawak. “Kita juga ada komuniti orang asli di Sabah Sarawak yang telah menyatakan hasrat untuk menyertai program ini dengan keluasan tanah lebih dari 300 ekar. Kita juga mempunyai tanah di Gerik hampir 615 ekar. PELUANG BESAR “Pokok pawlounia ini mengambil masa dua tahun setengah . Di negara lain, pokok ini berbunga setiap tahun, Cuma di Malaysia pokok ini mengambil masa dua setengah tahun. Apabila pokok mula berbunga, per- tumbuhan akan lebih lambat. Penanaman pokok ini juga penting di negara kita kerana memberi peluang pekerjaan dan mengelak- kan isu pekerja asing, untuk ditempatkan sekurang-kurangnya dua orang untuk tanah berkeluasan 50 ekar. “Penanaman tidak rumit, penyeleng- garan, kos yang tidak terlalu tinggi, seekar memuatkan 240 pokok dan sangat sesuai di tanam di negara kita. Ini satu peluang yang sangat baik bagi negara kita,” jelasnya. Projek ‘Pengeluaran dan Pengkomersia- lan Revotropix Paulownia’ Gain Green telah dianugerahkan sebagai ‘BTP Trigger Project di bawah The Entry Point Project (EPP) A4: Input Hortikultur Bernilai Tinggi’ pada 25 April 2017. Program Bio Agropreneur BIOECONOMY Corporation akan menyediakan pemudahcara melalui kerjasama antara agensi di peringkat pengoperasian. Peranan setiap pihak yang berkepentingan adalah kritikal untuk memastikan kejayaan pelaksanaan ini. Menurut Pengarah Eksekutif Gain Green, Tee Lay Bee, program ini melibatkan petani luar bandar atau peneroka untuk menanam tanaman atau bahan mentah sebagai input bagi syarikat berstatus BioNexus dan BTP Trigger Project dimana hasilnya akan dijual kepada syarikat dalam mekanisme “belian balik”. “Kami merupakan perintis industri peladangan Paulownia di Malaysia, dan telah membawa industri perladangan satu langkah ke hadapan dengan aplikasi-aplikasi baharu dan corak pengurusan yang sistematik. Kami juga telah mencipta subjek baharu dalam industri perladangan yang dapat mendatangkan hasil positif dan menambah pendapatan kepada pihak- pihak berkepentingan. Tambah beliau, pihaknnya juga telah melayakkan diri ke pasaran kayu dunia yang giat meningkat permintaannya dan menyumbang kearah mengekalkan Malaysia sebagai salah satu pembekal kayu tropika di dunia. “Kami menyokong pengeluaran produk kayu bernilai-tambah di per- ingkat domestik dan menggalakkan perkembangan pesat dalam industri kayu dan juga perabot. ANTARA USAHA BIO AGROPRENEUR PROGRAMME SIMBOLIK … Majlis lawatan disempurnakan dengan upacara penanaman anak pokok Revotropix Paulownia oleh Ketua Pengarah Perhutanan, Pengarah Bahagian Ladang Hutan dan perlindungan Hutan dan juga Timbalan Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. BANGGA… Antara kakitangan Gain Green yang menjayakan projek ladang Paulownia. Bee berkata, Paulownia diiktiraf sebagai pokok yang paling cepat membesar di dunia dalam Rekod Dunia Guinnes (Tahun 2011 hingga sekarang). “Pokok paulownia mampu mencapai ke saiz kayu balak pada usia 5 tahun, dan mampu tumbuh semula selepas ditebang. Saiz ini menandingi pokok oak yang men- • Mewujudkan peluang untuk memenuhi projek-projek pelaksanaan bersama dalam sektor perhutanan di bawah Protokol Kyoto. • Menghijau dan menambah nilai untuk tanah subur yang terbiar, ditebas dengan mengamalkan cara penggunaan tanah dan inventori kayu yang mampan. • Menyumbang kepada hasil Negara dengan produk-produk bernilai tambah dan menyediakan produk dengan kegunaan baharu untuk kebaikan di peringkat antarabangsa. Antara produk yang dihasilkan dari Paulownia Pokok Revotropix Paulownia REVOTROPIX Paulownia merupakan spesies hybrid spesifi k yang berjaya dihasil- kan oleh Gain Green dengan keupayaan untuk membesar dengan cepat dan baik di kawasan tropika seperti Malaysia, yang juga pertama terbukti Berjaya dalam iklim sedemikian. Pengarah Eksekutif Gain Green, Tee Lay Pokok Revotropix Paulownia mampu tumbuh semula selepas ditebang. gambil masa 40 tahun untuk sampai ke tahap saiz kayu balak, dan perlu ditanam semula selepas ditebang. Ciri-ciri ini mem- bawa kebaikan kompetatif yang amat ketara bagi menyahut keperluan pasaran dan mencapai bahagian pasaran yang agak baik. Layari www.gain-green.com untuk maklumat lanjut. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Papan lucur Paulownia Bahan pembinaan Paulownia Pallet Paulownia Perabot Paulownia Alat muzik Paulownia Kipas elektrik Paulownia Sento Paulownia Arang Bio Paulownia