NOVEMBER, 2019 | al-Siha
BULETIN
13
Ringan beban pasangan
mahu dapatkan zuriat
Siti Nurhaliza sambut baik langkah kerajaan benarkan
pasangan tiada cahaya mata buat rawatan IVF melalui KWSP
embrio transfer untuk mendapatkan zuriat dan
semua proses tersebut memang memerlukan
perbelanjaan yang besar," katanya.
Tambah beliau, langkah ini amat wajar
dilaksanakan bagi membantu pasangan khu-
susnya mereka yang tidak berkemampuan
dan inginkan cahaya mata.
“Proses rawatan kesuburan seperti IUI
dan IVF, ada antaranya melibatkan per-
belanjaan yang tinggi, meskipun proses
IUI tidak terlalu mahal, tetapi sekiranya
rawatan kali pertama gagal, individu
mungkin perlu melalui rawatan terse-
but beberapa kali dan menjadikan
jumlah perbelanjaan keseluruhan
agak tinggi,” jelasnya dalam temubual
eksklusif bersama al-Siha baru-baru ini.
“IUI atau IVF, kaedah rawatan
kesuburan yang mungkin perlu dijalani
beberapa kali, adakalanya setelah seorang
wanita melalui rawatan IUI, ada juga yang
perlu terus menjalani rawatan IVF mengi-
kut keperluan dan keadaan wanita
tersebut," katanya lagi.
Katanya, cadangan ini juga dapat
meringankan beban pasangan
suami isteri yang memang berusaha
untuk mendapatkan cahaya mata.
OLEH NORZIRA SYARINI
MOHAMMED PAUZI
P
ENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti
Nurhaliza Taruddin meluahkan rasa gembira
dengan pengumuman serta keputusan yang
diambil oleh kerajaan untuk membenarkan
pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
mengeluarkan simpanan bagi menjalani rawatan kesub-
uran persenyawaan luar rahim (in-vitro fertilisation).
Jelasnya, langkah yang diperkenalkan dari cetusan
idea Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Mai-
munah Iskandariah itu satu perkembangan yang amat
dipersetujui, apatah lagi beliau sendiri pernah melalui
pengalaman menjalani beberapa kali rawatan permanian
dalam rahim (IUI) dan IVF sebelum ini serta 11 tahun
menunggu kehadiran Siti Aafi yah.
“Sepanjang 11 tahun, pelbagai cara saya cuba, baik cara
moden dan juga tradisional. Umum tahu saya telah melalui
banyak proses untuk mencapai kehamilan, walaupun saya
pernah disahkan hamil secara normal tanpa apa-apa
rawatan kesuburan, namun mengalami keguguran ketika
kandungan menceceah usia dua bulan.
“Selain melalui beberapa kali rawatan IUI, lima kali
rawatan IVF, saya juga pernah mencuba rawatan frozen
Siti Nurhaliza ketika bercuti bersama keluarga
di Autralia, baru-baru ini.
PENGORBANAN SETELAH IVF
Menceritakan lebih lanjut mengenai
perjalanan kehamilan setelah menjalani IVF, beliau akui
ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh
wanita yang disahkan hamil setelah melalui rawatan
seumpama ini.
“Selepas melakukan rawatan kesuburan IVF, saya baring
sahaja di pusat perubatan tersebut sehingga tutup. Dalam
perjalanan pulang pula, suami yang suka memandu kereta
Dr Seri
Suniza.
Caesarean
untuk bayi IVF
IBUIBU yang hamil setelah menjalani rawatan IVF
biasanya dinasihatkan untuk bersalin ‘melalui tingkat’
atau ceaser bagi mengelakkan sehabis boleh sebarang
komplikasi. Menurut Pakar Sakit Puan, Dr Seri Suniza
Sufi an, bukan tidak ada pesakit yang hamil setelah
IVF bersalin secara normal, cuma mereka digalakkan
untuk bersalin secara caesarean bagi mengelakkan
sebarang komplikasi.
“Ada yang bersalin secara normal, meskipun hamil
secara IVF, tetapi perlu lebih berhati-hati dan tidak
boleh terlebih hari, apabila melebihi 40 minggu,
ibu-ibu terpaksa akur dan menjalani pembedahan
caesarean. Bersalin secara normal lebih berisiko, tetapi
ada sesetengah ibu yang tetap ingin mencuba. Ibu
yang hamil melalui IVF juga perlu ke hospital setiap
minggu untuk melakukan ujian tertentu seperti CPG
dan sebagainya. " — al-Siha
Siti Nurhaliza cuba pelbagai rawatan untuk
mendapatkan siti Aafi yah.
dalam keadaan laju sebelum ini, pertama kali memandu secara
perlahan, 40km sejam,” jelas beliau dalam nada berseloroh.
“Selepas penantian selama dua minggu, saya cuba
melakukan ujian kehamilan, alangkah terkejutnya kerana
kit ujian kehamilan menunjukkan tanda positif double line.
Saya amat bersyukur penantian selama 11 tahun, akhirnya
Allah SWT anugerahkan Siti Aafi yah.
“Ketika disahkan mengandung selepas IVF kelima,
doktor menasihati supaya menyembunyikan terlebih
dahulu berita gembira ini, namun tetap ada desas-desus
tentang kehamilan saya,” jelasnya akui agak sukar untuk
menyembunyikan berita ini kerana sering diajukan soalan
tentang kehamilan oleh pihak media dan setelah kandun-
gan cukup empat bulan satu sidang media diadakan.
“Saya dinasihatkan untuk betul-betul menjaga kehami-
lan, tidak boleh terhentak, jalan dengan perlahan, berjalan
kepit saja macam orang dalam pantang, apabila keluar
kemana-mana saya akan dibawa menggunakan kerusi roda,
disebabkan bilik tidur di tingkat atas, saya memang tidak
dibenarkan menaiki tangga tetapi Datuk Khalid (Datuk K)
akan mengangkat saya bersama tiga pekerja yang lain.
“Saya juga tekad untuk berhenti menyanyi dan meng-
habiskan masa di rumah. Ini antara pengorbanan saya,
inisiatif sendiri kerana rawatan IVF memerlukan penjagaan
yang sepatutnya," katanya, di sini.
Tambah beliau, setiap wanita mengandung perlu ber-
sikap positif, selalu gembira, selalu zikir dan tidak stres,
kerana apa sahaja yang dilalui ibu akan dilalui anak yang
sedang dalam kandungan.
“Jika ibu bahagia, maka anak pun turut bahagia."
Katanya, beliau telah dinasihatkan untuk bersalin
secara caesarean dan akur dengan arahan tersebut.
“Saya dinasihatkan untuk caesarean dan dijelaskan
bahawa kelahiran secara normal tidak digalakkan khu-
susnya untuk bayi IVF. Namun, selepas melahirkan, saya
mengalami sedikit komplikasi dimana uri melekat dan
mengalami pendarahan, mujurlah pegawai perubatan
cepat ambil tindakan dan segala-galanya selamat," kat-
anya. — al-Siha
Siti Aafi yah kini
berusia setahun
tujuh bulan.