12
al-Siha | NOVEMBER, 2019
Penggunaan vaksin haram?
Kemunculan golongan anti-vaksin atau pro-choice punca penularan semula wabak difteria
OLEH MOHD SHAH CHE AHMAD
P
ENINGKATAN kes difteria iaitu jangkitan bakteria
corynebacterium diphtheria terhadap kanak-kanak
berusia bawah 15 tahun sejak tahun lalu, kini
dilaporkan semakin membimbangkan.
Bakteria yang mengeluarkan toksin defteria dan lazim-
nya menjangkiti tekak iaitu pada bahagian tonsil amat
berbahaya kerana membawa maut kepada mangsa akibat
kegagalan jantung, fungsi saraf dan pernafasan.
Pada tahun 2018, sebanyak lima kes kematian direkodkan
daripada 18 kes jangkitan. Empat dari lima kes kematian
tersebut adalah disebabkan tidak menerima vaksinasi.
Pastinya, ramai tertanya-tanya bagaimana berlaku
penularan semula wabak berkenaan sedangkan eko-
sistem kesihatan awam dunia dan serantau semakin
maju. Mengulas persoalan tersebut, ahli Penyelidik Fatwa
Dalam Bidang Perubatan, Majlis Fatwa Kebangsaan, Dr
Mohd Anuar Ramli berkata, ia adalah berpunca daripada
kemunculan semula kumpulan anti-vaksin atau pro-choice
di negara ini.
“Kewujudan mereka bukan suatu yang baharu, malah
mereka hadir seiring dengan pengenalan program vaksi-
nasi. Jaringan mereka terdapat dalam pelbagai kalangan
lapisan masyarakat sama ada golongan terpelajar ataupun
tidak, juga berbagai latar belakang disiplin ilmu seperti
perubatan, sains sosial dan agama.
“Pada masa kini, gerakan ini semakin kuat mempen-
garuhi ibu bapa agar tidak vaksinasi anak-anak. Mereka
menggunakan saluran media sosial seperti Facebook, Insta-
gram, Whatsapp dan Telegram sebagai medium penyebaran
maklumat tidak tepat berkaitan vaksinasi,” katanya.
Justeru tambahnya, kesan daripada itu menimbulkan
kebimbangan dalam kalangan masyarakat awam terutama
ibu bapa bagi memberikan vaksin kepada anak-anak mereka.
“Rentetan itu, kes-kes akibat tidak diimunisasi seperti
demam campak, difteria serta batuk kokol semakin menin-
gkat pada masa kini dan senario ini amat menggusarkan.
“Tambahan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
telah menyenaraikan kumpulan yang menolak dan enggan
menerima vaksin sebagai sebahagian daripada 10 cabaran
besar sektor kesihatan pada tahun 2019,” ujarnya.
KEPENTINGAN VAKSIN
Beliau berkata, jelas bahawa program vaksinasi telah
banyak menyelamatkan nyawa manusia daripada penyakit
berbahaya.
Vaksin juga melindungi lebih daripada 25 penyakit yang
melemahkan atau mengancam nyawa manusia, seperti
campak, polio, tetanus, difteria, meningitis, infl uenza,
tetanus, tifoid dan kanser serviks.
“Malah, ketika Inisiatif Pembasmian Polio Global
(GPEI) ditubuhkan, seramai 350,000 mangsa dilaporkan
diserang polio setiap tahun sejak 1988, namun jumlah ini
menurun secara drastik kepada 99 peratus dan lebih 16 juta
pesakit terselamat daripada serangan lumpuh.
“Selain itu, adalah suatu pernyataan yang salah bahawa
vaksin mempunyai hubung kait dengan autisme, seba-
Pada 2018, lima kes kematian direkodkan daripada
18 jangkitan.
Sikap ini jelas
bertentangan
dengan etika
perubatan
yang wajib
menyelamatkan nyawa
manusia tanpa mengira
latarbelakang, juga
bertentangan dengan
prinsip Maqasid Syariah
yang mengutamakan
penjagaan nyawa.”
– Dr Mohd Anuar Ramli
liknya ia merupakan satu falasi saintifi k.
“Tiada bukti ilmiah yang dipercayai untuk menyokong
dakwaan bahawa vaksin MMR bagi penyakit campak,
beguk dan rubella menyebabkan autisme,” jelasnya.
Dalam masa yang sama, kajian pakar perubatan, pandan-
gan pakar agama dan mufti telah menunjukkan kepentingan
mengambil vaksin sebagai rawatan pencegahan.
Katanya, sedangkan menurut Islam, terdapat beberapa
pendekatan dalam berinteraksi dengan teori konspirasi
sama ada ia dapat dikategorikan sebagai maklumat yang
Teori konspirasi anti-vaksin
MENGULAS lanjut, Dr Mohd. Anuar
berkata, antara hujah golongan
anti-vaksin ini adalah dengan men-
gaitkan vaksinasi sebagai agenda
jahat Barat bagi mencapai matlamat
tertentu.
Ujarnya, golongan itu mendakwa
terdapat komplot syarikat farmaseutikal,
pengamal perubatan dan pihak beker-
jasama secara rahsia dalam konsortium
yang berkait kepentingan awam, iaitu
sektor kesihatan dengan matlamat untuk
mengaut keuntungan.
Secara terperincinya, komplot ini merang-
kumi beberapa elemen iaitu:
▶Berkongsi perancangan asas sama,
iaitu sebilangan kecil orang yang bekerja
secara rahsia tentang kepentingan awam.
benar atau salah.
Ini kerana, di samping stigma yang mengaitkan teori
konspirasi sebagai diada-adakan oleh pihak berkepentin-
gan, terdapat juga konspirasi yang benar-benar berlaku.
“Jelasnya, dalam teori konspirasi yang dikaitkan
dengan vaksin, ternyata ia antara rawatan pencegahan
berkesan yang dapat menyelamatkan nyawa manusia.
“Dapatan ini dapat dilihat dalam kajian-kajian perubatan
berautoriti. Adalah mustahil sejumlah besar pakar peru-
batan berserta majoriti ulama yang mewajibkan vaksinasi
untuk berkomplot merosakkan umat Islam sendiri demi
keuntungan wang ringgit.
“Sikap ini jelas bertentangan dengan etika perubatan
yang wajib menyelamatkan nyawa manusia tanpa mengira
latarbelakang, juga bertentangan dengan prinsip Maqasid
Syariah yang mengutamakan penjagaan nyawa,” katanya
yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Aka-
demi Pengajian Islam, Universiti Malaya. — al-Siha
▶Kepercayaan bahawa kebanyakan
orang tidak mengetahui kebenaran
dan hanya sebilangan kecil mempunyai
pengetahuan rahsia dan tujuan sebenar
tindakan tersebut.
Matlamat komplot tersebut yang tidak
baik iaitu:
• Pihak pengeluar vaksin sendiri
yang mencipta wabak sebelum dijual
penawarnya bagi mengaut keuntungan.
• Va k s i n d i c i p t a k a n u n t u k
melemahkan umat Islam dan menye-
babkan kemandulan kepada wanita.
• Kepercayaan bahawa terdapat bukti
hubungan kausal antara autisme dan
vaksinasi kanak-kanak oleh industri farma-
seutikal yang tidak bertanggungjawab.
— al-Siha
Menurut Dr Mohd Anuar vaksin melindungi lebih
daripada 25 penyakit yang mengancam nyawa.