november, 2019 | al-Siha
Pena pakar
Mysepsis
oleh
Prof Madya Dr Tan
Toh Leong
Pensyarah Kanan dan
Pakar Perunding Perubatan
Kecemasan PPUKM dan
Presiden dan Pengasas
Persatuan Sepsis Malaysia
15
Sepsis neutropenik
mimpi ngeri pesakit
Apabila bilangan sel neutrofil terlalu rendah dan tidak
mencukupi untuk melindungi tubuh daripada jangkitan
kuman ia boleh menyebabkan sepsis lalu membawa maut
Dan
Dr Azlin Ithnin
Pensyarah Kanan dan Pakar
Perunding Hematologist,
PPUKM dan Naib Presiden
Persatuan Sepsis Malaysia
D
arah manusia mengandungi pelbagai jenis sel
termasuk sel darah merah, sel darah putih dan
sel platlet. Sel darah putih pula terdiri daripada
pelbagai jenis sel yang membantu dalam sistem
pertahanan badan iaitu neutrophil, limfosit, monosit,
eosinophil dan basophil.
Neutrofil merupakan sel darah putih yang terbanyak
di antara semua sel darah putih merangkumi 60 peratus
hingga 70 peratus jumlah keseluruhan sel darah putih. Ia
dihasilkan di dalam sum-sum tulang di mana ia tidak aktif
dan bergerak dengan aktif di dalam saluran darah sebagai
tindakbalas kepada apa-apa kecederaan atau jangkitan
kuman di dalam badan dan mengambil masa lebih kurang
enam hari untuk bergerak dari sum-sum tulang ke saluran
darah dan hidup selama lapan jam ke lima hari di dalam
saluran darah.
Neutrofil menjalankan tugas dengan membunuh
kuman-kuman menggunakan teknik fagositosis di mana
neutrofil akan menelan sel-sel atau kuman yang diang-
gap asing di dalam badan. Ia juga dapat bertindak secara
kimia dengan melepaskan bahan kimia yang toksik kepada
kuman-kuman tersebut serta merangsang sel-sel darah
putih yang lain untuk turut membantu.
KEMOTERAPI ATAU RADIOTERAPI
Bagi pesakit yang mengidap kanser, kebiasaannya doktor
akan menjalankan rawatan dengan menggunakan
kemoterapi atau rawatan radioterapi bergantung kepada
jenis kanser yang dihidapi pesakit, tetapi berbeza bagi
setiap pesakit.
Rawatan kemoterapi direka untuk membunuh sel
kanser dengan merosakkan DNA sel kanser sehingga ia
tidak dapat dibaiki lagi. Mekanisma di mana kemoterapi
ini bertindak berbeza mengikut jenis kemoterapi. Sel-sel
badan pesakit yang normal yang tumbuh atau membahagi
dengan cepat seperti folikel rambut, tisu mukosa yang
Pesakit terima
rawatan mengikut
jenis kanser
dihidapi.
permulaan kemoterapi dan akan mengambil masa lebih
menyelaputi sistem pencernaan dan sum-sum tulang
kurang 2-4 minggu untuk kembali ke jumlah asal. Masa
akan turut terkena kesan sampingan akibat tindakan
ini mungkin berbeza mengikut jenis kemoterapi
kemoterapi tersebut.
yang digunakan.
Sebab itulah kita boleh lihat dalam kalan-
Fakta
Apabila sel neutrofil terlalu rendah,
gan pesakit yang menerima rawatan kanser,
bilangan neutrofil tidak mencukupi untuk
rambutnya akan keguguran, akan terjadi
Rawatan kemoterapi
melindungi badan daripada jangkitan
radang tisu mukosa dan sum-sum tulang
direka untuk membunuh
kuman dan ia boleh menyebabkan sepsis
akan terbantut daripada menghasilkan
sel kanser dengan
yang teruk dan boleh membawa maut. Ini
sel-sel darah. Sum-sum tulang akan
merosakkan DNA sel
dikenali sebagai sepsis neutropenik. Apabila
kekurangan sel darah putih terutamanya
kanser hingga ia tidak
sepsis neutropenik berlaku, sistem pertah-
sel neutrofil (neutropenia), kekurangan sel
dapat dibaiki lagi
anan badan kita bukan sahaja cuba mematikan
darah merah (anemia) dan kekurangan sel
platlet (trombositopenia).
kuman di dalam badan kita, ia juga secara tidak
langsung boleh memberi kesan sampingan ke atas tisu
Bagi kebanyakan jenis kemoterapi, sel neutrofil akan
mula menurun bilangannya lebih kurang 5-7 hari daripada
dan organ kita sendiri.
PENYEBAB KEMATIAN
Kadangkala, keadaan pesakit akan merosot secara
mendadak walaupun punca jangkitan masih belum
dikenalpasti. Jika tidak dirawat, kes kematian yang
disebabkan oleh sepsis neutropenik di laporkan
berada di dalam lingkungan dua hingga 21 peratus.
Sepsis neutropenik di dapati cenderung berlaku apa-
bila pesakit menerima rawatan kemoterapi kitaran
pertama atau kedua.
Risiko-risiko lain termasuklah, pesakit yang berumur,
pesakit yang memerlukan bantuan orang lain dalam
menjalankan aktiviti harian, tahap nutrisi pesakit yang
kurang baik, pesakit yang mempunyai kanser darah dan
kekuatan kemoterapi yang diterima.
Sepsis neutropenik adalah sejenis sepsis yang di
kategorikan sebagai satu kecemasan dan memerlukan
penyiasatan dan rawatan rapi di hospital. Memandangkan
kadar kematian bagi pesakit yang di diagnos neutropenik
sepsis ini tinggi, mana-mana pesakit yang menerima
kemoterapi dan didapati paras neutrofil menurun sehingga
kurang dari 0.5 x10 9 /L dan turut demam lebih dari 38°C
walaupun untuk satu bacaan, doktor akan segera memu-
lakan rawatan antibiotik.
Jadi adalah sangat penting bagi pesakit dan keluarga
terdekat mengenalpasti jika pesakit sudah mula tidak sihat
dan demam supaya dapat membawa pesakit segera ke
hospital tanpa menunggu munculnya simptom-simptom
sepsis yang lain. — al-Siha