16
al-Siha | November, 2019
Pena pakar
Kerintangan antibiotik
Penggunaan antibiotik berulang tingkat bilangan bakteria jahat
S
enario pesakit yang menghidapi masalah sele-
sema, bersin, hidung tersumbat atau sakit tekak
berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan ubat
antibiotik merupakan perkara yang lazim berlaku
ketika ini. Namun, sekiranya doktor telah memeriksa dan
mendapati keadaan ini adalah disebabkan oleh jangkitan
virus, lazimnya tiada ubat antibiotik akan diberikan kepada
pesakit. Persoalannya, mengapakah ubat antibiotik tidak
diberikan kepada pesakit untuk merawat jangkitan yang
disebabkan oleh virus?
Antibiotik adalah kumpulan ubat yang digunakan
untuk melawan jangkitan bakteria dengan membunuh
atau merencatkan pertumbuhan atau menghalang
pembiakannya. Antibiotik telah digunakan bertahun-
tahun untuk merawat penyakit jangkitan bakteria dan ia
berjaya mengurangkan kadar kematian yang disebabkan
olehnya.
Oleh itu, antibiotik hanya berkesan atas jangkitan
bakteria dan ia tidak berkesan dalam rawatan jangkitan
yang disebabkan oleh mikroorganisma atau kuman lain
seperti virus dan fungus. Walau bagaimanapun, peng-
gunaan antibiotik tanpa kawalan sejak kebelakangan ini
dalam bidang perubatan mahupun penternakan telah
menyebabkan peningkatan kes kerintangan antibiotik
berlaku.
Pengambilan
antibiotik berulang
tingkat kekebalan
bakteria.
Punca Kerintangan Antibiotik
Kerintangan antibiotik adalah situasi apabila antibiotik
yang digunakan dalam rawatan jangkitan bakteria sebe-
lum ini tidak lagi berkesan dalam rawatan jangkitan
kerana bakteria telah menjadi kebal terhadap antibiotik
tersebut.
Jika pesakit tidak menggunakan antibiotik seperti
diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi, contohnya amalan
mengambilnya tanpa arahan
tidak menghabiskan antibiotik apabila berasa penyakit
daripada doktor walaupun
mula reda, ia bakal menyebabkan keadaan kerintangan
sudah berasa sihat.
antibiotik berlaku. Kerintangan antibiotik juga boleh
Jangan
sesekali
berlaku apabila mutasi bakteria berlaku dan
meninggalkan dos,
menyebabkan antibiotik hilang keupayaan
menyimpan anti-
untuk melawannya.
b i o t i k u ntu k
Fakta
Apabila antibiotik diambil, bakteria
kegunaan
Antibiotik adalah kumpulan
yang sensitif (tidak rintang antibiotik)
masa depan,
ubat yang digunakan untuk
akan dibunuh atau direncat pertumbu-
dan berkongsi
melawan jangkitan bakteria
hannya. Walau bagaimanapun, bakteria
ubat antibiotik
dengan membunuh atau
yang kebal atau rintang antibiotik akan
dengan orang lain.
merencatkan pertumbuhan
tinggal dan membiak. Ini menunjuk-
Pesakit juga dinasihati agar
atau menghalang
kan bagaimana penggunaan antibiotik
jangan malu bertanya kepada
pembiakannya
yang berulang-ulang akan meningkatkan
doktor atau ahli farmasi
bilangan bakteria yang rintang antibiotik.
sekiranya ingin mengetahui
Kerintangan antibiotik merupakan suatu
perkara yang berbahaya dan boleh mengancam nyawa.
Ia merupakan satu krisis dalam bidang perubatan bukan
hanya di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Semua pihak
termasuk doktor, ahli farmasi serta masyarakat perlu
berganding bahu dalam membendung keadaan yang
membimbangkan ini.
Apabila tiada penemuan antibiotik baharu dan
situasi pertambahan kes kerintangan antibiotik
berlaku, jangkitan bakteria boleh menjadi lebih teruk
dan ini seterusnya menyebabkan komplikasi jangki-
tan, peningkatan kadar kemasukkan ke hospital dan
meningkatkan kos rawatan. Dalam keadaan yang
serius, sesetengah kes kerintangan antibiotik juga
boleh menyebabkan kematian.
Cara Mencegah Kerintangan Antibiotik
Semua pihak memainkan peranan yang penting dalam
mengatasi masalah kerintangan antibiotik. Doktor hanya
akan memberikan antibiotik kepada pesakit yang memer-
lukan sahaja. Selain itu, ubat antibiotik merupakan ubat
terkawal yang mana pesakit hanya boleh mandapatkan
ubat tersebut daripada doktor atau di premis farmasi
komuniti melalui preskripsi yang sah.
Keadaan seperti selesema, hidung berair dan sakit tekak
yang disebabkan oleh jangkitan virus sebenarnya tidak
memerlukan antibiotik. Antibiotik tidak dapat merawat
jangkitan virus malah mungkin meningkatkan risiko
berlakunya kesan sampingan yang tidak diingini.
Pesakit pula tidak harus memaksa doktor untuk
mempreskripsikan antibiotik. Sekiranya antibiotik
diberikan oleh doktor, pesakit dinasihati untuk men-
gambil antibiotik seperti diarahkan. Jangan berhenti
Dari Farmasi
oleh
Zanariah Abu Bakar
Pegawai Farmasi,
Hospital Sultanah Aminah
lebih lanjut berkaitan ubat antibiotik dan cara
pengambilannya.
Masyarakat diingatkan agar tidak membeli
ubat antibiotik secara dalam talian atau daripada
sumber yang tidak sah kerana pembelian dan
penggunaan antibiotik yang tidak berdaftar
dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
atau tanpa kawalan ahli profesional kesi-
hatan boleh mendatangkan kesan
mudarat yang tidak diingini.
Sebagai kesimpulan, pelbagai pihak
termasuk pengguna, ahli profesional
kesihatan dan juga mereka yang terlibat dalam
bidang penternakan perlu memainkan peranan
bersama-sama dalam menangani masalah kerintan-
gan antibiotik demi kesejahteraan hidup pada masa
depan. — al-Siha
Sebarang pertanyaan berkaitan penggunaan
ubat-ubatan, orang awam atau boleh
menghubungi Pusat Panggilan Farmasi
Kebangsaan (National Pharmacy Call
Centre-NPCC) melalui talian 1800-88-6722
(Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hinggan
5 petang kecuali cuti umum) untuk mendapat-
kan maklumat lanjut.
Pesakit dinasihatkan untuk
menghabiskan antibiotik
walaupun sudah sihat.