al-Siha : November 2019 | Page 21

NOVEMBER, 2019 | al-Siha TENTANG WANITA 21 Saya mahu dia kuatkan semangat dan faham bahawa tidak mengapa tanpa sehelai rambut, kerana masih kelihatan cantik, dan tidak perlu terlalu risau, kerana saya akan selalu ada bersamanya mengharungi ‘perjuangan’ ini.” Dr Bamini Balakrishnan (kiri) ditemani sahabat baiknya, Azlinda Shazneem Md Shuaib ketika ditemui di Revon Media Sdn Bhd baru-baru ini. – Dr Bamini Balakrishnan Empati tinggi dorong Dr Bamini dengan titanium dimana pembedahan memerlukan kos hampir RM45,000. Ketika itu saya bersedia dan sanggup turun padang untuk bersama-sama menyumbang dan men- gumpulkan sejumlah wang dengan nilai yang diperlukan melalui cara kutipan derma. Saya percaya setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. “Pada 29 Oktober 2019 lalu adalah tarikh yang oleh dicadangkan doktor untuk memotong bahagian kaki Richelle bagi mengelakkan kanser terus merebak, namun Richelle memohon agar ditangguhkan sebulan lagi kerana dia masih belum bersedia. Pensyarah FPEP UMS cukur kepala sebagai tanda sokongan selepas penuntut disahkan hidap kanser tulang tahap tiga TIADA NIAT LAIN S EJAK Julai lalu, tular di media sosial seorang Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Bamini Balakrishnan, 39, sanggup men- cukur rambutnya sebagai tanda keprihatinan terhadap pelajarnya yang didiagnosis menghidap kanser tulang tahap tiga. Dalam pertemuan eksklusif al-siha bersama beliau baru- baru ini, Dr Bamini menjelaskan tindakan membotakkan kepalanya itu sebagai tanda sokongan kepada pelajar Program Pemasaran Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Richelle Hii Hua Yin, 20. Jelas Dr Bamini, Richelle merupakan pelajar cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.6 dalam peperiksaan Semester 1 dan merupakan anggota Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Suksis). DISAHKAN KANSER “Segalanya bermula selepas Richelle mengalami kesukaran dan kesakitan saat menghentakkan kaki dalam perbarisan Suksis dan kemudian terpaksa mendapatkan pemeriksaan lanjut memandangkan kesakitan yang dialami seakan sudah tidak mampu ditanggung lagi,” jelas beliau. Tambah beliau, Richelle yang berasal dari Beluran, KANSER PAYUDARA 7,953 KES KES KANSER PALING BANYAK DILAPORKAN DAN MENINGKAT TAHUN DEMI TAHUN MENJADIKANNYA ANCAMAN NOMBOR SATU BUAT WANITA DI MALAYSIA 40% PESAKIT DISAHKAN HIDAP KANSER APABILA SUDAH MENCAPAI TAHAP TIGA ATAU EMPAT Dr Bamini (kanan) membotakkan kepala bagi memberi semangat kepada Richelle. Sandakan ini dikesan menghidap kanser tulang di baha- gian lutut, namun sebelum menjalani rawatan kemoterapi pertama pada awal Mac lalu, pemeriksaan yang dilakukan mendapati sel kanser telah merebak ke paru-paru. “Saya telah diberitahu bahawa doktor mahu memotong tulang pada bahagian kaki Richelle dan menggantikannya Mengulas lanjut tentang tindakan beliau membotakkan kepala, jelasnya tidak ada niat lain selain sebagai satu tanda sokongan dan menunjukkan nilai empati yang mampu diberi. “Saya mahu dia kuatkan semangat dan faham bahawa tidak mengapa tanpa sehelai rambut kerana dia masih kelihatan cantik dan tidak perlu terlalu risau kerana saya akan selalu ada bersamanya mengharungi ‘perjuangan’ ini,” katanya. Dr. Bamini berkata pelajar tahun pertama itu pada awalnya terkejut dan tidak sangka dengan tindakan yang diambil ini. “Sebelum ini Richelle pernah menghubungi saya dan menangis kerana takut tentang banyak perkara. Sejujurnya, tidak pernah terlintas untuk mencari populariti, apa yang saya mahu adalah semangatnya lebih kental dan terus kekal positif. “Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghar- gaan kepada Dekan FPEP Prof Madya Dr Raman Noordin, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Pascasiswazah FPEP, Dr Arif Kamisan Pusiran dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS yang amat mengambil berat tentang kebajikan pelajar dan memudahkan proses perbelanjaan yang terpaksa ditampung pelajar,” katanya. — al-Siha STATISTIK KANSER DI MALAYSIA Jumlah populasi 32,042,455 Jumlah kes baharu LAIN-LAIN PAYUDARA KOLOREKTAL 2,795 (12.%) SERVIKS 1,682 (7.2%) OVARI 1,271 (5.5%) 43,837 26,395 PUNCA WANITA LAMBAT DAPATKAN RAWATAN 8, 617 (37.1%) 7,593 (32.7%) Jumlah kematian • • • • • TIADA KESEDARAN AWAL MALU BERJUMPA DOKTOR SEGERA TIADA SOKONGAN AHLI KELUARGA KANSER SUDAH BERADA PADA TAHAP KRONIK BIMBANG DENGAN KADAR KOS RAWATAN