20
al-Siha | NOVEMBER, 2019
DIARI LELAKI
Dr Lee Boon Chye (tengah)
ketika merasmikan Pelan
Tindakan Lelaki Kebangsaan
2018-2023, baru-baru ini.
Kerajaan fokus tingkatkan kesihatan
golongan lelaki.
L
ELAKI didapati mempunyai tahap
kesihatan yang lebih rendah
berbanding wanita dan terdedah
kepada pelbagai risiko penyakit.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee
Boon Chye berkata, di Malaysia, jangka
hayat lelaki adalah lima hingga enam tahun
lebih pendek berbanding wanita, di mana
seorang bayi lelaki yang dilahirkan pada
tahun 2018 boleh hidup sehingga usia 72.7
tahun berbanding bayi perempuan yang
boleh hidup sehingga 77.6 tahun.
“Walaupun golongan lelaki diberikan
pendedahan dan peluang yang sama sep-
erti wanita dari segi penjagaan kesihatan
dan akses kepada perkhidmatan kesihatan
atau nasihat, analisis menunjukkan bahawa
golongan lelaki menghadapi halangan
tertentu dari segi persepsi, tingkah laku dan
kepercayaan terhadap keperluan kesihatan
mereka dan memerlukan perhatian yang
lebih fokus,” katanya.
Tambah beliau, ciri-ciri lelaki seperti
tegas, pengambilan risiko, rasa kebal dan
ketahanan kepada kesakitan mungkin
menjadi penyumbang kepada peningkatan
pelbagai risiko kesihatan seperti merokok
dan penyakit seperti hipertensi, dan
diabetes.
“Faktor-faktor ini turut mempengaruhi
kadar kedatangan saringan kesihatan
dalam kalangan lelaki.
Sementara itu, berdasarkan rekod di
fasiliti kesihatan primer, kedatangan golon-
gan lelaki juga adalah rendah iaitu hanya
4.7 peratus lelaki menjalankan saringan
Tahap kesihatan
lelaki rendah
Analisis
menunjukkan
bahawa golongan
lelaki menghadapi
Peratusan lelaki jalankan pemeriksaan kesihatan
halangan tertentu
hanya 34.9 peratus berbanding wanita 40.7 peratus dari segi persepsi,
tingkah laku
dan kepercayaan
kesihatan pada tahun 2018 berbanding 5.5
umur reproduktif.
peratus wanita.
“Sudah tiba masanya untuk kita melihat
terhadap
Sementara itu, kajian di beberapa
keperluan penjagaan kesihatan secara
keperluan
negara turut melaporkan bahawa wanita
holistik bagi mempertingkatkan kualiti
lebih kerap menggunakan perkhidmatan
kesihatan mereka agar kaum lelaki juga
kesihatan mereka.”
kesihatan berbanding lelaki teruta-
merasai pentingnya penjagaan kesihatan.
manya mereka yang berada di peringkat
– Dr Lee Boon Chye
— al-Siha
Pelan Tindakan Kesihatan Lelaki Kebangsaan 2018-2023
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia telah berkolaborasi
dengan beberapa kementerian serta jabatan kerajaan dan
bukan kerajaan untuk mengorak langkah membangunkan
Pelan Tindakan Kesihatan Lelaki Kebangsaan 2018-2023.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata,
pelan Tindakan ini merupakan satu rangka kerja kesihatan
bagi memastikan kesetaraan jantina dalam perkhidmatan
kesihatan yang lebih berstruktur ke arah meningkatkan
kualiti kehidupan lelaki di Malaysia.
“Strategi yang digariskan di dalam Pelan Tindakan ini
bukan sahaja dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh
masa jangka pendek malah untuk tempoh masa panjang,”
katanya.
Tambah beliau, bagi tempoh jangka masa pendek,
program dan perkhidmatan di peringkat Kementerian
Kesihatan akan dikemaskini, diperkukuhkan dan disusun
atur agar turut mengambil kira kesan perlaksanaan polisi
ini terhadap kaum lelaki dan wanita.
“Penekanan akan diberikan ke atas pengumpulan dan
analisa data secara sex disaggregated. Melalui kaedah
ini, perbezaan jurang yang wujud antara kesihatan lelaki
dan wanita akan kelihatan lebih jelas bagi membolehkan
penambahbaikan dilaksanakan," katanya, di sini.
Jelasnya, strategi bagi tempoh jangka panjang akan
melibatkan penambahan sumber seperti sumber manusia,
peruntukan yang mencukupi dalam meningkatkan saringan
kesihatan dan intervensi bagi faktor risiko yang dikenalpasti,
keperluan sistem teknologi yang bersifat client friendly
dalam meningkatkan kemudahcapaian dan pemantauan
pesakit dan sebagainya.
Bagi peringkat awal ini, perkhidmatan kesihatan lelaki
akan berpaksikan kesihatan seksual dan reproduktif lelaki
sepertimana konsep pemantapan program kesihatan wanita
di Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Fokus akan diberikan kepada pembangunan dan pen-
genalpastian masalah kesihatan seksual dan reproduktif
di mana secara tidak langsung akan mempunyai kaitan
ANTARA PENYUMBANG
KEMATIAN PRAMATANG BAGI
BAYI LELAKI
•
•
PERBEZAAN JANGKA HAYAT
LELAKI DAN PEREMPUAN:
•
•
•
Jangka hayat penduduk malaysia
meningkat kepada 75.0 tahun pada
tahun 2018 berbanding 74.4 tahun pada
tahun 2012 (peningkatan 0.6 tahun)
Pada tahun 2018, bayi lelaki yang baru
lahir boleh hidup sehingga usia 72.7
tahun, manakala bayi perempuan pula
77.6 tahun (Perbezaan 4.9 tahun)
Pada usia 65 tahun, seorang lelaki
dijangka akan hidup lagi selama 15.0
tahun, manakala wanita dijangka hidup
selama 17.2 tahun lagi.
•
Penyakit kronik yang berkaitan dengan
kardiovaskular seperti sakit jantung dan
angin ahmar (strok)
Kemalangan jalan raya, penyakit berkaitan
dengan paru-paru seperti bronchitis,
penumonia dan asthma
Penyakit kanser
“Kaum lelaki mungkin berasa sukar untuk meluahkan
masalah kesihatan yang dihadapi jika tidak yakin dengan
kakitangan kesihatan yang kurang peka dengan masalah
kesihatan yang dialami. Berikutan dengan ini, setiap lapisan
kakitangan kesihatan perlu dilatih bagi memastikan mereka
menggarap Pelan Tindakan Kesihatan Lelaki dan bersedia
serta berupaya untuk menambahbaik perkhidmatan
sedia ada kepada perkhidmatan yang lebih mesra lelaki,”
beliau berkata demikian dalam ucaptama sempena Majlis
Pelancaran Pelan Tindakan Kesihatan Lelaki Kebangsaan
2018-2023 di Putrajaya baru-baru ini. — al-Siha
Sumber Jabatan pendaftaran Negara
TAHUN
dengan kawalan penyakit tidak berjangkit yang lain seperti
hipertensi, diabetes mellitus dan hiperkolesterolemia.
“Adalah menjadi harapan saya agar promosi dan pengu-
rusan kesihatan lelaki akan dijalankan dengan lebih proaktif
dan berkesan di peringkat komuniti.
Secara idealnya, perkhidmatan kesihatan yang sedia
ada ditambahbaik dengan ciri-ciri klinik mesra lelaki bagi
menggalakkan dan memudahkan rundingcara kaum lelaki.
KADAR KEMATIAN PRAMATANG
(BAWAH 70 TAHUN), MENGIKUT
JANTINA- PER 1000 POPULASI
LELAKI
PEREMPUAN
2015 3.6 2.1
2016 3.7 2.2