november, 2019 | al-Siha
Personaliti
25
Ruhainies pilih kejujuran
Aktres cantik belum sedia dedah wajah kekasi hati kepada umum
PROFIL
Nama: Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas
Nama panggilan: Ruhainies atau Anies
Umur: 27 tahun
Asal: Kepala Batas, Pulau Pinang
Drama popular: Hello, Mr Perfect!
N
ama pelakon Ruhainies, semakin menjadi
sebutan selepas kejayaannya membawa
watak Ainul dalam drama berjudul Hello,
Mr. Perfect! yang bergandingan bersama
Ariff, watak yang dipegang oleh Fattah Amin.
Sejak aktif dalam dunia lakonan bermula pada
tahun 2014, siapa sangka, sudah empat tahun
Ruhainies berkecimpung dalam industri seni dan
ketika ditemui al-Siha baru-baru ini, artis yang
mesra disapa dan membahasakan dirinya sebagai
Anies ini dilihat semakin cantik, peramah, ceria dan
petah berkata-kata. Tidak hairanlah Anies semakin
menjadi rebutan pengarah drama dan filem.
Ditanya tentang perkembangan terbaru, jelas
Anies, dia baharu saja habis pengambaran drama
terbaharu berjudul ‘Ara’ yang mungkin akan disiar-
kan di TV3 awal tahun hadapan. Tidak terhenti
disitu, jadual kerjanya bersambung pula dengan
pengambaran filem yang dirahsiakan buat masa ini.
Dunia lakonan tidak semudah disangka, seperti
pelakon lain, Ruhainies juga tidak terlepas dari
kecaman netizen.
“Anies juga pernah terpalit dengan isu body
shaming dimana netizen mengatakan Anies
terlalu kurus. Mereka menyifatkan Anies sebagai
kurus kering dan banyak lagi. Bagi Anies, Anies
memandang dari sudut positif dan mengang-
gap itu sebagai satu teguran membina dan
mengucapkan ‘Terima Kasih’ atas teguran
tersebut.
“Memang kita tidak dapat memuaskan
semua pihak, apabila terlalu kurus, Anies
makan, apabila makan dikatakan Anies
gemuk pula.
“Anies sebenarnya makan banyak,
namun dalam jumlah yang sedikit
tetapi agak kerap. Mungkin
metabolism Anies tinggi,” jelasnya
sambil berseloroh.
Bagi Anies, reaksi dan
komen netizen yang tidak
menyentuh isu peribadi atau
sensitif mungkin masih
boleh dimaafkan, tetapi jika
menyentuh isu maruah dan
melampau, sebaiknya akan
ditegur atau dijelaskan dengan cara
baik.
“Macam kes saman yang melibatkan
pelakon Rita Rudaini baru-baru ini, tinda-
kan beliau Anies setuju kerana melibatkan
maruah terutama menyentuh tentang
anak, siapa yang tidak sayangkan anak
kan? Kalau Anies sendiri, pada masa
akan datang ada anak, pasti ambil
tindakan yang sama. Selagi tidak ambil
tindakan selagi itu orang akan pijak
kepala kita. Artis pun manusia kan? Kita
juga punya perasaan, dan tidak ada beza
dengan manusia yang lain," katanya.
FoKUS KERJA
Tambah Anies, disiplin, komitmen yang
sepenuhnya, merupakan sikap yang perlu
ditekankan oleh setiap pelakon.
“Setiap perkara membabitkan kerja Anies
akan pastikan Anies memberikan komitmen yang
tinggi, fokus, buat dengan sungguh-sungguh dan
elak dari ‘buat perangai’. Buat masa sekarang,
memang tidak ada isu lagi tentang dis-
iplin Anies atau seumpamanya sejak
terlibat dalam industri.
Anies juga
pernah
terpalit
dengan isu body
shaming dimana
netizen mengatakan
Anies terlalu kurus.”
— Ruhainies
TUKAR STATUS
Seperti yang diketahui umum, Ruhainies lebih selesa
menyembunyikan wajah kekasihnya yang dikenali sebagai
Mr E. Menurutnya, mungkin satu hari nanti Anies sendiri
akan memperkenalkan Mr E kepada umum.
“Mungkin Anies akan mendedahkan wajahnya ketika
mengumumkan tarikh hari bahagia kami nanti. Apapun
masa tersebut akan tiba juga nanti. Anies tak mahu langkah
bendul,” jelas Anies yang mahu kakaknya yang juga seorang
pelakon, Risteena Munim kahwin terlebih dahulu.
“Bagi Anies Mr.E seorang yang sangat bertanggung-
jawab, sokong dan memahami kerjaya Anies, penyayang
dan yang paling penting sekali dia sayangkan Anies seb-
agaimana keluarga sayangkan Anies," katanya lagi, di sini.
Jelasnya, dalam setiap perhubungan, perkara yang
paling penting adalah kejujuran.
Akui masih belum puas berkarya dalam lakonan,
Anies mengharapkan agar peluang yang lebih banyak
diberikan kepadanya dan berpanjangan. Anies juga kini
menceburkan diri dalam perniagaan dan bergelar usa-
hawan dan berjaya membuka sebuah kafe miliknya Bites
dessert bite, boleh layari @bites_dessert, istimewa untuk
semua peminat pencuci mulut (dessert) bertempat di Plaza
Arcadia. — al-Siha
Ruhainies
jaga privasi
kekasih.