04
al-Siha | NOVEMBER, 2019
BULETIN
Angka kebutaan
membimbangkan
Seramai 113 ribu penduduk Malaysia alami
kebutaan dan 43 ribu daripadanya dikenalpasti
berpunca daripada katarak
T
IMBALAn Perdana
Menteri, Datuk Seri
Dr Wan Azizah Wan
Ismail dan Menteri
Kesihatan, Datuk Seri Dr
Dzulkefl y Ahmad menghadiri
Sambutan Hari Penglihatan
Sedunia Peringkat Kebang-
saan 2019 (World Sight Day
2019) yang telah dianjurkan
oleh Kementerian Kesihatan,
diterajui Jabatan oftalmologi
Hospital Putrajaya, dengan Dr Wan Azizah ketika berucap pada Sambutan
kerjasama College of Ophtal- Hari Penglihatan Sedunia 2019.
mologist dan Malaysia Society
of Ophtalmologist.
dan glaukoma.
Data Tinjauan Mata Ke-2 menunjukkan
Bertemakan Vision First, Hari Peng-
lihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan lebih 400 ribu penduduk berusia 50 tahun
ini menekankan pelbagai aspek pent- ke atas menghadapi masalah mata yang
ing yang perlu diberi perhatian oleh kronik sehingga mengalami kebutaan.
semua pihak, termasuk segala perihal
Dr Wan Azizah berkata, seramai 113
berkaitan mata, cara pencegahan dan ribu penduduk mengalami kebutaan
rawatan terutama kes berisiko tinggi dimana 43 ribu darinya dikenalpasti ber-
buta seperti penyakit kencing manis, punca daripada katarak.
KKM
perkasa
Program
Klinik
Katarak
KEMEnTERian Kesihatan Malaysia
akan terus memastikan perkhidmatan
perawatan mata dan program pencega-
han kebutaan tidak terpinggir dari skop
perkhidmatan yang ditawarkan kepada
masyarakat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr
Dzulkefl y Ahmad berkata Kementerian
Kesihatan akan terus melaksanakan
pendekatan yang lebih proaktif dalam
meningkatkan tahap kesihatan mata
rakyat dengan mengukuhkan serta mem-
perluaskan program khas untuk rawatan
katarak dari semasa ke semasa khususnya
di kawasan luar bandar dan pedalaman di
seluruh negara.
“Program Klinik Katarak KKM akan
terus diperkasakan untuk memastikan
akses kepada rawatan untuk masalah
katarak dapat dicapai dengan membawa
servis rawatan katarak lebih dekat kepada
masyarakat,” katanya.
Tambah beliau, katarak adalah
masalah kebutaan yang boleh dirawat
melalui pembedahan dan implantasi
kanta intraocular dan pembedahan
katarak ditawarkan di semua hospital-
hospital utama disetiap negeri dan juga
di kebanyakan hospital daerah yang
dilengkapi fasiliti pembedahan.
“Pihak kementerian amat berbesar
hati dengan kerjasama baik dari pelbagai
pihak yang konsisten membantu mereal-
Dr Wan Azizah (duduk, kiri) membuat pemeriksaan mata sambil diperhatikan Dr
Dzulkefl y (berdiri, dua dari kanan).
Jelas beliau, penyebab utama kebutaan
di kalangan rakyat Malaysia adalah katarak
dengan 58 peratus, Diabetic Retinopathy
pada 10 peratus dan glaukoma tujuh
peratus.
“Angka ini adalah membimbangkan,
namun kebutaan disebabkan oleh faktor
ini boleh dicegah dan dirawat jika dikenal-
pasti lebih awal," katanya, di sini.
Katanya, objektif utama program ini
adalah menyediakan ‘keajaiban’ untuk
mengesan masalah kesihatan mata
dengan lebih meluas dikalangan orang
awam dan menggalakkan mereka untuk
mendapatkan pemeriksaan atau rawatan
mata secepat mungkin di hospital atau
klinik yang berdekatan.
Risiko masalah penglihatan disebab-
kan usia lanjut dijangka meningkat dan
aspek ini perlu diambil kira dalam setiap
peringkat pelaksanaan program kesihatan
dan kesedaran berkaitan penjagaan mata.
“Malaysia bakal menjadi negara tua
menjelang tahun 2030 apabila lebih 15
peratus daripada penduduk akan berusia
60 tahun keatas," kata Timbalan Perdana
Menteri itu.
Sambutan kali ini disertai lebih 120
petugas kesihatan mata disekitar Lembah
Klang dengan pelbagai program yang telah
dijadualkan seperti pemeriksaan sarin-
gan mata percuma, ceramah kesihatan,
pendidikan tentang panduan penggunaan
kanta lekap yang betul, pemilihan cermin
mata yang sepatutnya dan banyak lagi.
— al-Siha
MIASA, PETRONITA
fokus bantu pesakit mental
Dr Dzulkefl y (kiri) ketika mengiringi
Dr Wan Azizah merasmikan
Sambutan Hari Penglihatan Sedunia
2019 di Putrajaya, baru-baru ini.
isasikan matlamat ini seperti sumbangan
yang berterusan ke Bank Kanta Intraoku-
lar yang telah membantu banyak pesakit
katarak mendapat manfaatnya seperti
sumbangan dari Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan, Lion’s Club dan
Rotary Club serta Standard Chartered
Foundation.
“Peningkatan prevalens diabetes mel-
litus di Malaysia kepada 17.5 peratus juga
memerlukan pihak kami memberi lebih
penekanan terhadap masalah kebutaan
yang di sebabkan oleh komplikasi
diabetes yang dikenali sebagai Diabetik
Retinopati, iaitu penyebab utama kebu-
taan di kalangan anggota masyarakat
yang masih produktif (working age
group)," katanya, lagi.
Katanya, KKM menekankan saringan
berkala terhadap masalah ini dengan
memastikan setiap pesakit diabetes
menjalani saringan fundus sekurang-
kurangnya sekali setahun. KKM komited
terhadap tanggungjawab ini dengan
membekalkan kamera-kamera fundus
ke klinik-klinik kesihatan terpilih di
seluruh Malaysia.
“Jutaan tahniah kepada Jabatan
oftalmologi, Hospital Putrajaya, Perkh-
idmatan oftalmologi dan optometri
KKM serta semua pihak yang terlibat di
atas penganjuran majlis pada kali ini,"
katanya, di sini. — al-Siha
PERSaTUan Sokongan dan
Kesedaran Penyakit Mental
(MIASA) akan bekerjasama
dengan Kakitangan Wanita
PeTRonAS (PeTRonITA)
menerusi Projek Th e Club-
house bertujuan membantu
pesakit mental di seluruh
negara.
Menurut Presiden dan
Pengasas MIASA, Anita
Abu Bakar, projek tersebut Tengku Puteri Iman Afzan adalah penanung Diraja
akan menjadi titik tolak MIASA.
kearah memperkasakan lagi
sokongan dan pemulihan
untuk individu yang mengalami masalah
kesihatan mental, gangguan emosi, kem-
urungan, tekanan sehingga ada keinginan
untuk membunuh diri.
“MIASA amat menggalakkan orang
ramai segera mendapatkan bantuan dan
tidak membiarkan diri terus bergelut
dengan masalah yang dihadapi sendirian.
MIASA juga turut berharap sekiranya
mengenali sesiapa yang mempunyai
keinginan untuk bunuh diri agar dibawa
ANITA (kiri) bersama Tengku
untuk dipulihkan.
“Perbuatan bunuh diri semakin Puteri Iman Afzan pada Projek The
meningkat dan semua pihak boleh Clubhouse.
memainkan peranan untuk mempro-
mosikan tentang segala yang berkaitan
“Kunci utama menangani penyakit
kesihatan mental ini, termasuk mengikis mental adalah melalui percakapan yang
stigma dalam kalangan masyarakat,” positif,” titah baginda.
“Ramai wanita mengalami tekanan ketika
katanya dalam sidang media sempena
Hari Kesihatan Mental Sedunia 2019 dan berpantang selepas melahirkan anak, tetapi
Ulang tahun kedua MIASA yang turut setakat ini masih belum ada kumpulan
dihadiri oleh Penaung Diraja MIASA, sokongan yang memberi perhatian tentang
Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan isu ini, walhal ia perlu diberi perhatian.
Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah
Pada majlis berkenaan, MIASA telah
Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan menerima sumbangan berjumlah
Abdullah bertitah, kesedaran mengenai RM164,000 daripada Presiden PeTRonITA,
kesengsaraan berdepan masalah kesi- Puan Sri Dr Azura Ahmad Tajudin.
hatan mental dalam kalangan masyarakat
Sumbangan tersebut bertujuan
masih kurang meskipun ia sesuatu yang membantu orang ramai yang menghidap
amat membimbangkan.
penyakit mental. — al-Siha