NOVEMBER, 2019 | al-Siha
BULETIN
05
Misi kurangkan kebutaan rakyat
Penganjuran World Sight
Day Lecture Series 2019
beri kesedaran mengenai
kepentingan penjagaan
penglihatan
R
evon Media Sdn. Bhd (Penerbit
akhbar kesihatan The Health, al-
Siha dan My Health, Persatuan
Oftalmologi Malaysia, Kolej
Oftalmologi, Akademi Perubatan Malaysia,
Majlis Optik Malaysia, Persatuan Oftal-
mologi Malaysia dan Jabatan Oftalmologi
Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM
menganjurkan World Sight Day Lecture
Series 2019.
Program yang pertama julung kalinya
mengumpulkan pakar penjagaan mata
profesional daripada pelbagai latar
belakang ini turut menyampaikan pelbagai
perkongsian terutamanya tentang perkhid-
matan penjagaan mata di Malaysia.
Umum tahu, penjagaan mata secara
professional memainkan peranan yang
sangat penting dalam meningkatkan kes-
edaran orang ramai berhubung kebutaan
dan gangguan penglihatan dan masalah
tersebut satu isu yang sangat besar dan
perlu diberi perhatian.
Kerjasama melibatkan pelbagai pihak
pada penganjuran program kali ini ber-
tujuan memacu ke arah menyebarkan
tentang kaedah mengelak dan mencegah
kebutaan secara meluas, termasuk
menyentuh tentang isu gangguan peng-
lihatan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Program kali ini menampilkan
Pengerusi bersama Hari Penglihatan
Sedunia Dr Ayesha Mohd Zain dan
Penasihat Hari Penglihatan Sedunia, Dr
Norshamsiah mewakili Jabatan Oftal-
mologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM
UKM).
Manakala bagi Persatuan Optometris
Malaysia (AMO) diwakili oleh Presidennya,
Woon Pak Seong, manakala Dr Mae Lynn
Catherine Bastion mewakili Persatuan
Oftalmologi Malaysia (MSO) dan Kay
Mathy sebagai Pengerusi bersama Hari
Penglihatan Sedunia dan Penerbit Revon
Media Sdn Bhd.
World Sight Day Lecture Series 2019
yang di adakan di Hospital Canselor
Tuanku Muhriz UKM ini telah dirasmikan
oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee
Boon Chye.
SEBAHAGIAN daripada pakar yang menghadiri program World Sight Day Lecture Series 2019 yang dirasmikan oleh Dr
Lee Boon Chye (dduduk, tengah), baru-baru ini.
Sesi pendaftaran peserta pada program berkenaan.
MALAYSIA KEKURANGAN
PAKAR MATA
Dalam ucaptama beliau sempena peras-
mian tersebut, katanya Malaysia masih
kekurangan pakar mata kerana setakat ini
hanya 510 pakar oftalmologi iaitu 16 orang
mewakili satu juta penduduk di Malaysia.
280 daripada mereka adalah penjawat
awam dan bekerja di Kementerian Kesi-
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan
yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesi-
hatan Malaysia pada tahun 2015 mendapati
prevalen masalah kesihatan mental dalam
masyarakat berumur 16 tahun ke atas adalah
29.2 peratus, iaitu peningkatan tiga kali ganda
berbanding pada tahun 1996.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr
Dzulkefly Ahmad berkata, beban masalah
kesihatan mental di negara ini semakin
membimbangkan kerana stigma men-
genai masalah kesihatan mental dan
penyakit mental masih wujud dalam
Reruai oleh Kodak Lens yang mengambil bahagian dalam World Sight Day
Lecture Series 2019.
hatan Malaysia (KKM).
“Negara memerlukan hampir dua kali
ganda pakar oftalmologi bagi mencapai
bilangan purata nisbah penduduk mengi-
kut standard yang ditetapkan,”katanya.
Tambah beliau, setakat ini, negara
mempunyai seramai 2,379 ahli optik
(optometris) dan ia separuh berbanding
bilangan di kebanyakan negara maju.
“Nisbah optometris terkini adalah
seorang kepada 22,350 penduduk,
jauh berbanding negara maju 1:10,000
penduduk.
“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
menganggarkan bahawa 1:3 bilion pen-
duduk dunia pada 2017 hidup dengan
beberapa bentuk gangguan penglihatan.
“Kadangkala ada individu yang ter-
lalu leka sehingga mengabaikan aspek
penjagaan kesihatan mata, sedangkan
80 peratus kes hilang penglihatan (buta)
boleh dicegah lebih awal atau boleh
dirawat," katanya, di sini.
Tambah beliau, penyakit tertentu sep-
erti kencing manis, glaukoma dan katarak
boleh menyebabkan hilang penglihatan,
pun begitu boleh dicegah jika mendapat
rawatan awal.
“Nasihat saya kepada rakyat Malaysia
yang berisiko tinggi supaya mendapat-
kan rundingan dan rawatan dari doktor
agar masalah hilang penglihatan dapat
dielakkan.
“Rakyat Malaysia juga perlu tahu
membezakan antara oftalmologi (pakar
kesihatan mata) optomestris dan opti-
cian,” jelasnya dalam ucaptama ketika
merasmikan “World Sight Day Lecture
Series 2019” katanya di Pusat Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM),
Hospital Canselor Tuanku Muhriz Univers-
iti Kebangsaan Malaysia (UKM). — al-Siha
Beban kesihatan mental kian membimbangkan
kalangan masyarakat.
“Stigma atau salah faham ini telah
menjadi batu penghalang untuk seseorang
yang mengalami masalah atau penyakit
mental ini mendapatkan bantuan rawatan
profesional yang lebih awal," katanya.
Katanya, bagi mengurangkan stigma
masyarakat terhadap masalah kesihatan
mental dan mempertingkatkan kesedaran
mengenai isu-isu kesihatan mental, KKM
telah melaksanakan pelbagai usaha terma-
suklah mengangkat isu kesihatan mental ke
peringkat lebih tinggi untuk dibincangkan
di antara agensi-agensi kerajaan dengan
diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri.
“Lanjutan itu, pada tahun ini, lahirlah
Kempen Nasional Let’s TALK Minda Sihat
yang akan kita laksanakan bersama dengan
penglibatan pelbagai agensi.
“Kempen Let’s TALK Minda Sihat ini
merupakan satu kempen hasil kolaborasi
smart partnership bersama agensi-agensi
kerajaan, bukan kerajaan dan NGO dalam
usaha mempertingkatkan kesedaran
kesihatan mental secara meluas dan
menghapuskan stigma terhadap kesihatan
mental dalam kalangan masyarakat,” kat-
anya dalam ucaptama sempena perasmian
Kempen Let’s TALK Minda Sihat, baru-baru
ini. — al-Siha