al-Siha : October 2019 | Page 7

OCTOBER, 2019 | al-Siha NIAGA Peluang bergelar vendor Pharmaniaga janjikan kelainan dalam MyMedex 2019 P harmaniaga menjadi rakan kongsi titanium penganjuran Malaysia Medical Device Expo (MyMedex) yang dijadualkan berlangsung pada 15,16 dan 17 Oktober 2019 bertempat di Mitec, Kuala Lumpur dan akan dirasmi- kan oleh Perdana Menteri T un Dr Mahathir Mohamad. Menurut Pengarah Komersial Pharma- niaga Zulhazri Razali, dalam MyMedex kali ini pihaknya akan mempromosi dan mem- perkenalkan produk yang dikeluarkan oleh lima buah syarikatnya iaitu Pharmaniaga Biomedical Sdn Bhd, Pharmaniaga Market- ing Sdn Bhd, Bio-Collagen Technologies Sdn Bhd, Pristine Pharma Sdn Bhd dan Paradigm Industries Sdn Bhd. “Antara barangan yang akan dipa- merkan dalam pameran ini termasuklah, peranti perubatan terkini, produk paten, produk pengguna dan juga produk pen- jagaan luka.” Tambah beliau, pelbagai pengisian menarik disediakan dalam MyMedex kali ini, termasuk peluang untuk perbincan- gan antara niaga atau business to business (B2B), pengurusan pengedar dan juga pen- erangan lebih lanjut mengenai Program Pembangunan Vendor (PPV). “Selain itu, pihak kami juga turut mempa- merkan kerusi pergigian mudah alih, pelbagai produk mobiliti, dan juga produk untuk orang kurang upaya dan juga warga emas.” Pharmaniaga juga akan mempamerkan beberapa produk baharu yang terdiri dari produk peralatan perubatan seperti Automated External Defibrillator yang dihasilkan oleh Defi btech dari USA dan Patient Monitor oleh Fukuda Denshi, Infu- sion Pump oleh Meditop, Syringe Pump olehMeditop dan ECG Machine oleh Fukuda Denshi dari Jepun. Selain itu, Pharmaniaga juga mempa- merkan produk berasaskan perubatan seperti Perozin, France, Citrex yang dike- luarkan oleh Pharmaniaga Manufacturing Antara barangan yang akan dipamerkan dalam pameran ini termasuklah, peranti perubatan terkini, produk paten, produk pengguna dan juga produk penjagaan luka.” - Zulhazri Razali Berhad, Stevia Sweet Royale by Paradigm Industries iaitu produk penjagaan kesi- hatan dan banyak lagi. “Semoga Pharmaniaga terus dikenali ramai sebagai penyedia utama penjagaan kesihatan yang menyeluruh di negara ini sejajar dengan misi kami Passion for Patient. Siapa tahu, mungkin and a berge- lar vendor Pharmaniaga nanti?,” katanya.  al-Siha 07 Penganjuran Medex pada tahun lalu.