al-Siha : October 2019 | Page 8

08 al-Siha | oktober, 2019 Isu: jerebu Oleh Prof Madya Dr. Shamim Rahman, Consultant ENT Head and Neck Surgeon Fellowship of Rhinology (Nose and sinuses), IIUM Medical Center O ksigen dan udara bersih adalah keper- luan setiap makhluk di bumi dan pence- maran udara pastinya memberi kesan kepada kehidupan. Fenomena jerebu sudah tidak asing lagi di Malaysia, bermula sejak tragedi pembakaran terbuka yang berlaku di hutan Sumatera pada tahun 1991 yang turut menjejaskan Malaysia sehingga jerebu teruk. Kesan jerebu sangat besar, ia bukan sekadar perman- dangan tergangu akibat partikel yang memenuhi ruang udara, malah lebih dari itu terutama kesannya terhadap kualiti hidup, kesihatan dan ekonomi. Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil berat tentang isu jerebu kerana ia melibatkan bio-variabiliti. Bio-variabiliti merujuk kepada tindak balas berbeza setiap manusia, dimana individu berkemungkinan terkesan dengan sangat teruk meskipun bacaan jerebu di tahap biasa atau sebaliknya. Masih ada individu yang bersikap endah tak endah atau sambil lewa dengan keadaan jerebu di Malaysia baru-baru ini. Walhal jerebu boleh memberi kesan kepada kesihatan. Individu yang tidak mengalami kesan jangka masa pendek seperti mata berair, mata kemerah-merahan, selsema, batuk, pening kepala, sesak nafas dan sebagainya tidak terkecuali dari kesan jangka masa panjang. Bio-variability akibat jerebu Kualiti hidup terjejas berikutan pencemaran udara tidak terkawal Langit di Indonesia bertukar merah berikutan keadaan jerebu yang kritikal. PERBEZAAN PENCEMARAN DAN JEREBU Pencemaran udara terjadi apabila komposisi udara telah tercemar dengan kandungan bendasing seperti dioxide, nitrogen dioxide, carbon dioxide, ozone dan sebagainya. Manakala Jerebu pula keadaan di mana ruang udara peringatan ketika jerebu ▶ Kurangkan aktiviti luar rumah dan cuba berada dalam bangunan ▶ Pakai penutup muka seperti P100 dan N95 ▶ Banyakkan minum air kosong lapan gelas sehari ▶ Pilih Mode kitaran udara dalaman ketika memandu kenderaan ▶ Basuh tangan dan muka dengan sabun selepas melakukan aktiviti ▶ Pastikan udara dalam rumah bersih tanpa pencemaran asap rokok mengandungi poly-aromatic hydrocarbons and metals like lead, cadmium, chromium, zinc dan ferum yang melebihi had selamat. Mata manusia tidak mampu melihat sesuatu yang berukuran lebih kecil dari saiz 40 micron dan partikel jerebu pula bersaiz lebih kecil dari 10 micron manakala saiz rambut manusia adalah 70 micron, bermaksud partikel jerebu adalah 70 kali lebih kecil dari saiz seurat rambut. Semakin teruk jerebu semakin tinggi risiko terhadap kesihatan manusia. — al-Siha