al-Siha : October 2019 | Page 9

oktober, 2019 | al-Siha Isu:jerebu 09 Kesan jerebu pada kesihatan Masyarakat dinasihatkan tidah terdedah jika ipu melebihi 100 Pemandangan ibu kota ketika dilanda jerebu. baru-baru ini. Langkah-langkah pencegahan ketika jerebu oleh Dr Anza Elias Setiausaha Jaringan Kanser Paru-Paru Malaysia (LNCM) oleh Dr Hilmi Lockman Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Ahli Jawatankuasa LCNM Pakar Perubatan Respiratori M asalah jerebu yang melanda Malaysia dan beberapa buah negara lain seperti Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Vietnam dan Kemboja. Situasi ini bukan sekadar menjejas- kan kesihatan malah turut memberi impak ketara kepada ekonomi apabila premis perniagaan, sekolah dan universiti terpaksa ditutup. APAKAH JEREBU? Jerebu adalah keadaan partikel kecil yang tidak boleh dilihat mata kasar dan ia terapung-apung di udara. Jerebu juga mengandungi gas pencemaran lain seperti karbon monoksida, nitrogen dioksida, sulfur dioksida, ozon dan pelbagai lagi gas berbahaya mengikut jenis punca jerebu. Indeks pencemaran udara (IPU) digunakan untuk mengukur kepadatan gas pencemaran dan partikel dalam ▶ Pastikan anda tidur secukupnya ▶ Cuci tangan selepas melakukan aktiviti luar rumah ▶ Kurangkan merokok ▶ Ambil ubat mengikut preskripsi dan jadual bagi pesakit kronik ▶ Ambil suntikan vaksin influenza dan vaksin pneumococcal ▶ Segera jumpa doktor sekiranya mengalami simptom kerengsaan mata, hidung, sakit dada seperti sukar bernafas ▶ Kurangkan aktiviti luar rumah ▶ Tutup semua tingkap dan pintu untuk penguadaraan sihat ▶ Pakai penutup hidung dan mulut N95 ketika berada di luar rumah terutama dengan catatan IPU melebihi 100 Pendedahan jangka panjang pula dikaitkan dengan masalah seperti kemerosotan fungsi paru-paru dan perkembangan bronkitis kronik. Beberapa kajian yang dijalankan sebelum ini juga menunjukkan berlaku peningkatan pesakit kanser paru-paru. TINDAKAN SEMASA JEREBU Penjagaan tambahan perlu dilakukan untuk mengelak dari terdedah jerebu sama ada dari luar mahupun dalam rumah. Pastikan semua tingkap dan pintu ditutup. Had atau elakkan dari melakukan aktiviti luar rumah teru- tama sekiranya kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 100. Pastikan anda minum air yang cukup dan ambil ubat mengikut preskripsi bagi mereka yang mempu- nyai penyakit kronik. Mereka yang mengalami gejala penyakit seperti kerengsaan mata, hidung, tekak, dada, sukar bernafas, perlu mendapatkan pemeriksaan segera. Pengambilan suntikan vaksin influenza turut disarankan termasuk vaksin pneumococcal untuk mereka yang telah berusia. TOPENG N95 PALING SESUAI udara ini sehingga ke saiz 2.5 micron. Ia boleh menyebab- kan individu mengalami batuk, pening kepala, sesak nafas, mudah letih dan lemah. CARA PENILAIAN JEREBU Indeks pencemaran udara (IPU) digunakan untuk mengu- kur kepadatan gas pencemaran dan partikel dalam udara mengikut ketetapan yang telah dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Indeks pencemaran udara ini di klasifikasikan kepada tahap pencemaran baik, sederhana, tidak sihat untuk kumpulan sensitif, tidak sihat, sangat tidak sihat, dan juga berbahaya. Orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan topeng jenis N95 sebagai perlindungan daripada kesan jerebu yang semakin buruk melanda sebahagian negara ini. Topeng muka jenis N95 adalah topeng yang mampu membantu melindungi diri daripada udara berjerebu. Fungsi topeng muka N95 berbeza berbanding topeng pembedahan, perubatan atau penjagaan pesakit. Bagaimanapun, ia hanya berfungsi dengan baik seki- ranya dipakai dengan cara betul dan tidak direka untuk kanak- kanak. — al-Siha KESAN JEREBU Pendedahan jangka pendek kepada partikel ini boleh menyebabkan radang kepada mata, hidung dan tekak. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan kecenderungan kepada jangkitan pernafasan seperti asma dan bronchitis. Pesakit asma meningkat Keadaan jerebu semakin pulih, namun orang ramai terutamanya golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, perokok, individu yang sen- tiasa terdedah dengan udara luar dan individu yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru- paru, sakit jantung dan alahan perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihaknya telah memantau penyakit-penyakit berkaitan jerebu di 33 buah Fasiliti Sentinel Jerebu KKM iaitu penyakit Dr Noor Hisham. asma, konjuntivitis dan jangkitan saluran pernafasan (Upper Respiratory Tract Infection - URTI). “Terdapat peningkatan penyakit asma sebanyak 3.5 peratus (1,222 kepada 1,265 kes) pada ME 38 (15 hingga 21 September 2019) berbanding dengan purata ME 27 hingga ME 36 (30 Jun hingga 7 September 2019),”katanya. Tambah beliau, begitu juga dengan penyakit konjuntivitis, dimana terdapat peningkatan sebanyak 51.4 peratus (266 kepada 403 kes) pada tempoh masa yang sama. Manakala penyakit URTI menunjukkan penurunan sebanyak 9.6 peratus (8,258 kepada 7,465 kes). — al-Siha