al-Siha : Plus Pull-Out January 2019 | Page 11

JANUARI, 2019 | al-Siha Plus p11 “Hospital merupakan tempat terakhir yang dipilih oleh pesakit untuk mendapatkan rawatan, oleh sebab itu kami perlu menjadi yang terbaik dalam memberikan layanan kelas A.” – Akmal Arief Kualiti menjadi keutamaan Institut Jantung Negara (IJN) diakreditasi oleh Joint Commision International (JCI) S proses pengauditan pastinya akan menjadi lebih sukar dan mencabar kerana JCI sendiri akan mengemas kini keperluan mengikut piawaian global. Malahan, setiap peringkat audit memiliki cabaran yang lebih besar. “Edisi kedua lebih sukar daripada edisi pertama, maka lebih banyak keperluan dit- ambah untuk edisi ketiga dan keempat. Kini kami di edisi keenam, jadi ia pasti menjadi satu cabaran yang sangat besar. ETIAP organisasi memerlukan akriditasi sebagai lambang kualiti dan kecemerlangan. Bagi institusi perubatan seperti Institut Jantung Negara (IJN), akreditasi dari JCI amat diperlu- kan untuk meletakkan hospital sebaris pusat rawatan international yang berkualiti tinggi. MENJADI YANG TERBAIK APAKAH JCI? JCI adalah sebuah jabatan audit bagi industri kesihatan di Amerika Syarikat. Ia dianggap sebagai standard tertinggi dalam akreditasi penjagaan kesihatan secara global. Akriditasi JCI meliputi hospital, pusat-pusat perubatan, klinik, makmal,perkhidmatan ambulan dan organisasi pengangkutan kecemasan, penjagaan di rumah, penjagaan jangka panjang dan kemudahan penjagaan primer. Ketua Pegawai Operasi IJN, Akmal Arief Mohamed berkata, IJN telah diakreditasi oleh JCI sejak tahun 2009. Sepanjang 10 tahun memiliki akreditasi ini, IJN memberi jaminan bahawa seluruh organisasi mematuhi satu standard yang diakreditasi secara global. “Akreditasi ini bukan hanya melihat cara rawatan ke atas pesakit. Tetapi turut meliputi setiap aspek operasi harian Bawa dokumen dan anda dilayan! S PRIHATIN... IJN patuhi prosedur ketat untuk kesenangan pesakit. kami termasuklah keselamatan dan penjagaan pesakit, pekerja organisasi, unit pembersihan, struktur kesela- matan, bekalan air, malah setiap aspek hospital diaudit untuk memastikan piawaiannya setaraf. Ia merupakan semakan menyeluruh terhadap keseluruhan organisasi,” tambah Akmal. “Untuk mendapat pengiktirafan itu, kami perlu serius melaksanakan apa yang diperlukan demi memberikan kepuasan terbaik kepada pesakit yang memerlukan per- khidmatan kami. IJN sekali lagi bakal diaudit oleh JCI. Jelas Akmal, EBAGAI sebuah pusat sehenti jan- tung, IJN menerima apa jua masalah melibatkan jantung demi membantu kehidupan yang lebih baik. Namun begitu, terdapat dakwaan yang mengatakan IJN memilih pesakit. Mengapa terjadinya hal sedemikian? Ketika ditemui baru-baru ini, Ketua Pegawai Operasi IJN, Akmal Arief Mohamed menyangkal dakwaan tersebut dengan mengatakan IJN memiliki prose- dur tersendiri terutama dalam menerima pesakit yang memerlukan rawatan. “Salah tanggapan itu berlaku disebab- Jelas Akmal, sudah menjadi tanggungjawab kakitangan IJN untuk bersama-sama memberi perkhidmatan terbaik berband- ing mengaut keuntungan semata-mata. Ini kerana keengganan pesakit mendapatkan rawatan dihos- pital akan memberi kesan lebih buruk sekiranya kebajikan mereka tidak dijaga. “Hospital merupakan tempat terakhir yang dipilih oleh pesakit untuk mendapatkan rawatan dan kami berada ditempat yang paling ‘dibenci’. Oleh sebab itu kami perlu menjadi yang terbaik dalam memberikan layanan kelas A ketika memberikan bantuan kepada mereka. “Saya pernah bekerja di organisasi yang hanya mementingkan pulangan pelaburan, profi t margin dan pendapatan. Namun sebaliknya di IJN di mana cara kerja- nya lebih seimbang antara perniagaan dan perkhidmatan dalam membantu mereka yang memerlukan,” jelasnya. — al-Siha Plus kan ramai yang percaya IJN merupakan sebuah hospital awam yang mudah menerima pesakit terutamanya kaki- tangan kerajaan. Walau bagaimanapun, IJN sebenarnya sebuah hospital swasta yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia. “Oleh itu, menerima pesakit dari kakitangan kerajaan menjadi sukar kerana mereka tidak memiliki dokumentasi yang mencukupi. Disebabkan IJN sebuah hospital swasta, maka ia beroperasi sama seperti hospital swasta yang lain. IJN menyediakan per-khidmatan kepada semua sama ada dari kerajaan atau sektor swasta. Dengan syarat, mem- bawa dokumentasi yang lengkap sebelum diterima masuk ke IJN. “Dalam polisi IJN, kami memerlukan surat rujukan, kad pengenalan, surat jaminan atau kad pencen. Ini kerana, kami perlu merujuk kepada sejarah rawatan dari surat yang diberi. Jika tidak, banyak masalah yang mungkin timbul daripada pesakit yang tidak membawa dokumen yang betul. “IJN menerima semua pesakit sama ada dari sektor awam atau swasta. JANGAN AMBIL MUDAH... Bawa dokumen mudahkan urusan. Begitu juga bagi pesakit yang dilindungi oleh insuran kesihatan atau dilindungi dibawah insuran syarikat. Sebagai sebuah hospital tertiary, IJN menerima Guarantee Latters (GL) dari semua termasuk agensi kerajaan, negeri, badan berkanun, syarikat swasta dan orang perorangan. “Pesakit yang datang mendapatkan rawatan di IJN bersama surat rujukan kerajaan atau GL atau GL syarikat harus merujuk kepada Jabatan Sumber Manusia terlebih dahulu bagi tujuan pemprosesan. Ini kerana setiap agensi kerajaan dan syarikat korporat mempunyai syarat tersendiri sebelum mendapatkan rawatan di sini. Katanyanya, proses menerima pesakit yang dirujuk dari hospital lain adalah lebih sukar terutamanya dari hospital kerajaan. “Bagi pesakit yang dirujuk, hospital biasanya akan memberitahu kami lebih awal sebelum menerima pesakit. Oleh itu, kami biasanya akan meminta surat rujukan yang telah dikemas kini. “Oleh sebab itu kami menasihatkan pesakit yang mahu mendapatkan rawatan disini untuk mendapatkan surat rujukan dan apa-apa dokumen berkaitan sebelum datang ke IJN,” katanya. — al-Siha Plus