p10
al-Siha Plus | JANUARI, 2019
Saya YAKIN IJN
IJN selangkah menuju
kecemerlangan
IJN terus terajui kejayaan dibawah seliaan Ketua Pegawai Eksekutif,
Dato Seri Dr. Azhari Yakub
S
EIRING penubuhannya selama 25 tahun,
Institut Jantung Negara (IJN) ternyata berjaya
memahat namanya sebagai sebuah pusat
sehenti jantung terulung di Negara ini seiring
kejayaan dalam menangani masalah jantung
di rantau ini.
IJN mula dibuka pada tahun 1992 sebagai pusat
kesihatan kardiovaskular yang pertama di Malaysia.
Pada tahun 1995, IJN telah menubuhkan tabung yayasan
dengan misi untuk memperbaiki mutu kerja demi menin-
gkatkan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan,
pendidikan, latihan serta biasiswa,.
Pada tahun 2005, IJN secara rasminya telah diletak-
kan di bawah IJN Holding Sdn. Bhd. Kini, pusat sehenti
jantung ini dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia,
yang dikendalikan oleh Kementerian Kewangan Malay-
sia. Sekaligus menjadi salah satu dari dua buah pusat
perubatan swasta yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia.
Dalam usaha mencapai kearah yang lebih cemerlang
sekaligus menjadi pusat rujukan antarabangsa, ternyata
IJN tidak pernah tidur malah terus berkerja keras demi
berada ditahap tertinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif, Dato Seri Dr. Azhari Yakub
berkata, IJN telah lama berusaha untuk menjadi pusat
kecemerlangan dalam bidang kardiovaskular di rantau
ini dan diperingkat global. Kini, IJN selangkah kearah itu.
Seiring visi korporat, IJN baru-baru ini telah melan-
carkan mesin pengimejan teknologi perubatan nukleur
– Dato Seri Dr. Azhari
TINJAUAN... Tan Sri Dr. Zeti Aziz dibawa melawat IJN
Imaging Centre.
MENGORAK
LANGKAH..
IJN ke arah
kemajuan
perubatan.
baharu, Positron Emission Tomography-Computed
Tomography (PET-CT) tajaan Permodalan Nasional
Berhad (PNB) serta menaik taraf mesin pengimejan
Computer Tomography (CT) di pusat pengimejannya.
“PET-CT bukanlah peralatan imaging baharu di Malay-
Program
integrasi
IJN-HKL
Mudahkan rawatan pesakit,
IJN-HKL wujudkan kerjasama
CEPATKAN RAWATAN... IJN-HKL jalin hubungan.
S
EBAGAI sebuah pusat kecemerlangan dan pusat
sehenti jantung, Institut Jantung Negara (IJN) ber-
tanggungjawab membantu pesakit jantung dalam apa
jua keadaan terutamanya bagi kes-kes kecemasan seperti
serangan jantung.
Serangan jantung berlaku apabila salah satu daripada
salur darah utama yang membekalkan darah ke jantung
tersumbat. Apabila keadaan ini berlaku, rawatan ubat
anti-beku darah akan segera diberikan untuk mencairkan
darah sekaligus membuka saluran yang tersumbat.
Dalam sesetengah kes, doktor akan membuka salur
darah dengan memasukkan belon (angioplasti) ke dalam
salur darah. Teknik ini dikenali sebagai Primary Percuta-
neous Coronary Intervention (PCI Primer). Tujuannya
untuk membuka laluan di bahagian bermasalah.
Walau bagaimanapun, tidak semua hospital menawar-
kan rawatan PCI Primer ini. Meskipun begitu, IJN
merupakan salah satu daripada hospital yang menawar-
kan procedur rawatan ini. Malah, ia ditawarkan secara
on call 24 jam setiap hari.
Serangan jantung amat berbahaya. Semakin lama
jantung tidak menerima bekalan darah, semakin banyak
kerosakan yang berlaku kepada otot jantung. Oleh itu,
Jabatan Kecemasan IJN berusaha menjalankan rawatan
ini secepat mungkin. Ini kerana, American College of
Cardiology atau dikenali juga sebagai American Heart
Association memberitahu tempoh terbaik melakukan
PCI adalah kurang dari 90 minit bermula dari masa
kedatangan pesakit ke Jabatan Kecemasan.
KERJASAMA IJN-HKL
Sejak beberapa tahun lalu, IJN menunjukkan kecemer-
langannya dalam menjalani rawatan kecemasan melalui
“Dengan adanya
PET-CT disini
bermakna, IJN
menjadi satu-
satunya pusat
yang menawarkan
pengesan
bersepadu untuk
masalah yang
melibatkan isu-isu
kardiologi.”
“Program ini
menjadikan kerja
lebih cekap.
Serangan jantung
boleh menyebabkan
sel mati jika lambat
dirawat. Oleh itu,
setiap minit amat
penting dalam
merawat kes
serangan jantung.
– Dr. Farina Salleh
program integrasi bersama Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menerusi program itu, mereka berjaya mengurangkan
masa ‘Door-to-Balloon’ dari purata 84 minit kepada 45
minit.
Pakar Perubatan Kecemasan dan Pengurus Jabatan
Kecemasan IJN, Dr. Farina Mohd Salleh berkata program
ini dijalankan bagi mempercepatkan proses menyelamat.
Ini kerana, sebelum ini HKL terpaksa menghantar pesakit
serangan jantung ke Hospital Serdang berikutan hospital
berkenaan adalah pusat jantung bagi hospital kerajaan
dan yang paling dekat. Walhal, IJN adalah pusat sehenti
jantung yang berdekatan dengan HKL dengan jarak
beberapa meter sahaja. Sedangkan Hospital Serdang
sejauh 30 kilometer.
sia, sebaliknya ia telah lama diguna pakai dalam bidang
yang melibatkan penyakit kanser. Dengan adanya PET-CT
disini bermakna, IJN menjadi satu-satunya pusat yang
menawarkan pengesan bersepadu untuk masalah yang
melibatkan isu-isu kardiologi.
Tidak hanya itu, IJN turut menubuhkan barisan
Kumpulan Sokongan Pesakit Jantung yang menjadi
satu-satunya kumpulan sokongan diterajui kakitangan
hospital. Sekaligus menggambarkan IJN sebagai sebuah
hospital yang mengutamakan kepentingan dan kebajikan
pelanggan.
Begitu juga dalam kualiti penjagaan kesihatan pesakit
dimana IJN telah berjaya mendapat pengiktirafan dan
diakreditasi dari pensijilan antarabangsa, Joint Commis-
sion International (JCI) edisi ke-enam. Ini menunjukkan
IJN kearah menaik taraf dan mengemas kini kualiti
perkhidmatan kepada piawaian antarabangsa.
Pusat percubaan klinikal dan pusat latihan yang dija-
dikan contoh juga membawa IJN selangkah kehadapan
menuju kecemerlangan. Kehebatan IJN yang meletakkan
kepentingan pesakit sebagai keutamaan membuktikan
kehebatan IJN mengorak langkah menuju kecemerlangan
bakal tercapai sedikit masa nanti sekaligus menjadi pusat
sehenti antarabangsa. — al-Siha Plus
Disebabkan perkara itu memberi impak yang sangat
besar kepada nyawa pesakit, kedua-dua hospital
bersetuju untuk bekerjasama dalam Projek Perintis
Rangkaian Serangan Jantung yang dipanggil Hospital
Kuala Lumpur-IJN STEMI Network (HISNET).
Bermula pada Oktober 2014, program HISNET pada
asalnya bersetuju supaya HKL segera menghantar pesakit
serangan jantung terus ke IJN dengan hanya satu pang-
gilan ke Jabatan Kecemasan IJN. Namun proses itu dilihat
memakan masa lebih lama berbanding menghantar
pesakit ke Hospital Serdang.
“Oleh itu, peraturannya diubah. Apabila seseorang
mengadu sakit dada dan dibawa ke HKL, unit kecema-
san HKL akan melakukan Electrocardiogram (ECG)
terlebih dahulu untuk memastikan pesakit benar-benar
mengalami serangan jantung. Selepas diagnosis barulah
HKL akan menghantar pesakit ke IJN untuk prosedur
seterusnya.
“Hanya dalam tempoh 30 minit, HKL perlu segera
melakukan proses mendiagnosis, memberikan rawatan
awal dan menghantar pesakit ke IJN. Mereka perlu bekerja
dengan begitu pantas,” jelasnya.
“IJN mempunyai talian hotline yang menghubungkan
panggilan HKL. Ia bagi memudahkan HKL melaporkan
keadaan pesakit, memberikan maklumat diagnosis serta
memaklumkan penghantaran pesakit ke IJN.
“Apabila kami menerima panggilan dari HKL,
ahli kardiologi, kakitangan terlibat dan makmal akan
dipersiapkan sebelum pesakit tiba. Persediaan awal ini
bertujuan untuk mengurangkan masa rawatan. Apabila
pesakit tiba di Jabatan Kecemasan IJN, prosedur PCI
Primer akan segera dilakukan.
“Dengan adanya kerjasama ini, tugas kami menjadi
lebih cekap. Walaupun hanya pada perkara kecil, namun
ia memberi impak yang sangat besar. Setiap minit dikira
dengan kematian lebih banyak otot jantung. Walaupun ia
merupakan satu tugas yang sangat mencabar, namun saya
bersyukur kerana kami berjaya melakukannya. Malah,
dapat memberikan rawatan yang selamat dan berkualiti
kepada mereka.
“Hanya satu nasihat saya, jika terkena serangan
jantung datang segera ke hospital dan bukan hanya
menunggu di rumah, “ katanya.
Kejayaan kolaborasi ini telah menjadi pemangkin
kepada hospital-hospital Lembah Klang untuk melak-
sanakan pelbagai rangkaian serangan jantung, kini ia
dikenali sebagai Rangkaian MySTEMI. — al-Siha Plus