al-Siha : Plus Pull-Out January 2019 | Page 2

p02 al-Siha Plus | januari, 2019 saya yakin ijn Kumpulan sokongan IJN, pantau pesakit di rumah P erjalanan pesakit jantung mengharungi kehidupan pasti sukar dan memenatkan. Bukan hanya perlu patuh kepada rawatan hospital dan disiplin dengan ubat-ubatan, bahkan perlu berdepan dengan sokongan dan semangat diri yang kian lemah apabila dikelilingi individu sihat. Sebagai sebuah institusi yang menjadi pusat sehenti pesakit jantung, Institut Jantung Negara (IJN) mengambil langkah bijak dengan mewujudkan satu-satunya kumpulan sokongan hospital yang dinaungi pakar-pakar, jururawat, pakar nutrisi dan bekas-bekas pesakit. Ini bertujuan memberi semangat dan sokongan padu kepada pesakit yang menderita penyakit kegagalan jantung bukan hanya di dalam hospital bahkan hingga ke rumah pesakit. Menurut Pengarah Pusat Kegagalan Fungsi Jantung dan Pakar Pemindahan Jantung, IJN, Dato' Dr. Azmee Ahmad Ghazi, selepas pesakit didiagnosis menghidap kegagalan fungsi jantung, mereka akan mula mengalami tekanan perasaan lebih-lebih lagi ketika berada di rumah. Ketika itulah mereka memerlukan sokongan. “Di United Kingdom (UK) misalnya, terdapat satu sistem dimana jururawat akan melakukan kunjungan ke rumah pesakit atau menghubungi pesakit setelah keluar dari hospital. Ia sebagai satu usaha untuk memberi sokongan kepada pesakit bagi mengelakkan masalah lain yang mung- kin berlaku. APLIKASI BAHARU... Dato' Dr. Azmee menunjukkan laman web IJN kepada pakar kardiologi Dr. Teoh Chee Kiang. “Adakalanya pesakit berdepan dengan kesan ubat-ubatan yang diambil. Ketika itu mereka perlu memaklumkan kepada pihak hospital segera. Jadi, kumpulan sokongan inilah yang bertanggungjawab membantu mereka. “Pesakit-pesakit boleh menghubungi kami melalui nombor telefon yang diberikan atau meninggalkan pesanan dan pertanyaan di laman web IJN. Disitu juga turut terdapat pelbagai maklumat lengkap berkaitan apa sahaja masalah tentang jantung. Begitu juga video-video agar lebih mudah menjadi bahan rujukan. Pesakit juga boleh hubungi kami melalui email bagi pesakit medical tourism. “Setakat ini, IJN memiliki semua kemudahan yang ada untuk membantu merawat pesakit jantung. Namun, kita masih kekurangan ahli kumpulan sokongan bagi pesakit jantung ketika di luar hospital. Sempena kempen kesedaran yang dilancarkan pada 12 Disember lalu, Dato' Dr. Azmee turut memberitahu bahawa rakyat Malaysia masih lemah pemahaman tentang isu kesihatan jantung. Walaupun ia selalu menyerang orang tua, namun kehidupan pada hari ini juga boleh mengundang risiko penyakit jantung di awal usia. “Rakyat Malaysia masih lemah pengetahuan tentang penyakit jantung. Mungkin kerana pemahaman sihat itu sendiri menyebabkan mereka tidak mempedulikan kesi- hatan. Tidak buat pemantauan kesihatan secara rutin dan tidak berbuat apa-apa sehinggalah mendapat simptom. Oleh kerana itu, pihak IJN terpanggil untuk mengetengah- kan kempen kesedaran jantung ini. “Di IJN, terdapat sebuah pusat yang dikenali sebagai Wellness Centre. Pusat ini dibina khusus untuk individu yang sihat tanpa masalah jantung menjalani screening kesihatan jantung mereka. Ia adalah terbuka kepada sesiapa sahaja. Setakat hari ini, boleh dikatakan 10 hingga 15 peratus individu yang menjalani pemeriksaan di Pusat Kesihatan IJN, memiliki masalah jantung. Namun, mereka tidak menyedarinya,” jelasnya. — Al-Siha Plus BEKERJA KERAS... Pengalaman Norshafina amat berharga buat orang lain. TIADA LAGI SESAK NAFAS... K. K. Ng berkongsi pengalaman sebelum dan selepas pemindahan jantung. TERUSLAH BERNAFAS... Barisan kumpulan sokongan bersama bekas-bekas pesakit pemindahan jantung dalam pelancaran program ‘Keep it pumping’. IJN anjur forum sempena Hari Kesedaran Kegagalan Jantung H Aplikasi baharu kumpulan sokongan IJN, memudahkan pesakit. ari Kesedaran Kegagalan Jantung telah diadakan di Institut Jantung Negara (IJN). Program yang bermula seawal jam 10 pagi ini, bertujuan menyampaikan pengetahuan meny- eluruh mengenai kegagalan jantung, pengurusan dan rawatan. Forum yang bertemakan ‘Keep It Pumping’ ini telah dihadiri oleh Ketua dan Pengarah Operasi Bahagian Kesihatan Swasta, Pakar Perunding Kanan, Dato' Dr. Mohamed Ezani Taib dan Pengarah Klinikal Kegagalan Jantung, Pemindahan Jantung, Pakar Runding Kardiologi, Dato' Dr. Azmee Mohd Ghazi. “Kegagalan jantung atau lebih dikenali sebagai kegagalan jantung kongestif adalah dimana jantung tidak boleh mengepam dengan baik untuk mem- bekalkan darah yang mencukupi kepada organ dan tisu badan," jelas Dato' Dr. Azmee. “Terdapat banyak sebab yang membawa kepada kegagalan jantung. Dan kegagalan secara langsung berkemungkinan besar perlu menjalani pemindahan jantung untuk terus hidup. Dato' Dr. Ezani juga turut memberi pandangan mengenai perkara itu. Beliau berkata, kehidupan normal bagi pesakit kegagalan jantung sangat men- cabar. Terdapat banyak perkara yang tidak dapat dilakukan seperti minum terlalu banyak air dan mengambil banyak garam dalam diet harian kerana sangat berisiko kepada jantung dan badan mereka. Dalam majlis yang sama turut menampilkan