al-Siha : Plus Pull-Out January 2019 | Page 3

januari, 2019 | al-Siha Plus The team: norman hussaini, Norzira Syarini Mohammed Pauzi, Nellie ooi, Putra Mokhter, Nurul Fadhlin Che Ismail, chan shing cheng, CHONG Suke Han, Muhammad Fitri Hakim and Sahana. CAKNA JANTUNG... Program seperti ini penting untuk mendidik masyarakat. bekas-bekas pesakit yang pernah menjalani pem- bedahan pemindahan jantung iaitu Wong Kee Siong dan Ng Kee Kiat bagi berkongsi pengalaman keadaan mereka sebelum dan selepas menerima jantung baru. Sempena Hari Kesedaran Kegagalan Jantung ini, Dr. Azmee turut memperkenalkan kumpulan sokongan dan sebuah laman web kegagalan jantung yang akan menjadi platform pesakit jantung untuk mendapatkan sokongan moral dari IJN. “Ketika berada di hospital, pesakit tentunya mendapat nasihat dan sokongan daripada pakar- pakar yang terlibat, namun apabila pulang ke rumah, mereka akan kehilangan tempat untuk mengadu sekaligus menjadi tertekan dengan keadaan diri. “Dengan kumpulan sokongan ini, kami dapat membantu pesakit di rumah untuk mengatasi keadaan mereka dan memberikan sokongan moral apabila diperlukan. Pesakit akan mendapat akses kepada doktor, jururawat, dietition, ahli fisiologi dan kaunselor melalui kumpulan sokongan ini, “ katanya. Pelancaran kumpulan sokongan dan laman web itu telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Klinikal dan Pakar Perunding Kanan, IJN, Datuk Dr. Aizai Azan Abdul Rahim. Program ini berakhir dengan demonstrasi mema- sak yang sangat menarik dari Pakar Pemakanan IJN, Nga Mei Hun dan Kardiologi Klinik Fellow, Dr. Lee Tjen Jhung. Kedua-duanya menyediakan hidangan berkhasiat dan menyihatkan. — Al-Siha Plus “Setakat ini, IJN memiliki semua kemudahan yang ada untuk membantu merawat pesakit jantung. Namun, kita masih kekurangan ahli kumpulan sokongan bagi pesakit jantung ketika di luar hospital.” – Dato Dr Azmee p03