al-Siha : Plus Pull-Out January 2019 | Page 5

JANUARI, 2019 | al-Siha Plus p05 “Ubat adalah dari jenis imunosupresi iaitu sejenis dadah yang memaksa badan untuk menerima organ baru tanpa penolakan. Ubat ini perlu diambil tepat pada masanya bagi mengelakkan risiko yang boleh berlaku sekiranya pesakit terlupa. Istimewanya, ubat ini juga membantu mengelakkan sebarang jangkitan kuman.” LANGKAH KESELAMATAN... DR. Azlan menunjukkan teknik pemasangan pacemaker menggunakan pengimejan 3D. – Dato Dr Azmee Idea baharu pasang pacemaker selamatkan wanita hamil dadah yang memaksa badan untuk menerima organ baru tanpa penolakan. Ubat ini perlu diambil tepat pada masanya bagi mengelak- kan risiko yang boleh berlaku sekiranya pesakit terlupa. Istimewanya, ubat ini juga membantu mengelakkan sebarang jangkitan kuman,” jelasnya. — al-Siha Plus MUDAHKAN PESAKIT... Semua maklumat berkaitan boleh didapati menerusi aplikasi ini. FREEPIK AKTIF BERPADA... Jadualkan aktiviti sukan dan lakukan berpada-pada. “AF sebenarnya penyakit yang biasa menyerang warga emas, namun sekiranya orang muda banyak membuat aktiviti yang membebankan jantung, AF boleh terjadi.” – Dr Surinder Kaur Adakalanya, pemasangan pacemaker turut diaplikasikan dalam rawatan ini. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada keadaan individu berkenaan,” jelasnya. Meskipun AF menjadi faktor utama strok, namun terdapat beberapa masalah lain yang turut menjadi penyumbang risiko strok seperti merokok, kolestrol tinggi, tidak aktif dan masalah kegemukan. — al-Siha Plus S EORANG wanita hamil lima bulan tiba-tiba dikesan mengalami masalah degupan jantung lemah ketika men- jalani ujian rutin kehamilan. Setelah menjalani pemeriksaan lanjut, doktor mendapati dia mengalami masalah berkenaan sejak lahir. Namun, tidak dapat dikesan kerana tiada sebarang simptom. Untuk menyelamatkan nyawanya, doktor memutuskan untuk memasang sejenis alat kawalan degupan jantung yang dikenali sebagai pacemaker bagi membantu merawat masalah degupan jantung perlahan atau tidak sekata supaya berdetak pada temponya. Persoalannya, bagaimana proses mema- sang pacemaker ini kepada pesakit hamil? Bagaimana pula pendedahan terhadap radiasi? Pakar Runding Kanan dan Ketua Elek- trofisiologi IJN, Dr. Azlan Hussin berkata teknik pemasangan pacemaker bukan sekadar mengoyak kulit di bahagian dada dan memasukkan pacemaker ke dalam badan. Sebaliknya, penggunaan sinar x yang dikenali sebagai fl uoroscopi diperlukan untuk mengimbas jantung pesakit agar imejnya ter- papar pada monitor bagi memudahkan proses pemasangan. Fluoroscopy adalah sejenis sinar x yang menghasilkan radiasi berterusan dan ia tidak selamat bagi wanita hamil. Oleh sebab itu, proses pemasangan pacemaker ke atas wanita hamil adalah sangat merumitkan dan berisiko. “Melalui fl uoroscopy, kita dapat melihat salur darah pada jantung untuk memasukkan wayar yang bersambung pada peranti sebelum ditanam di bawah tulang selangka berhampi- ran jantung. Bagaimana pun, radiasi yang terdedah kepada wanita hamil bukan hanya men- datangkan risiko kanser kepada kanak-kanak bahkan juga pembentukan sel leukimia dan pertumbuhan yang tidak stabil. IJN TAWARKAN TEKNIK SELAMAT Disebabkan teknik biasa sangat berisiko, Dr. Azlan dan pasukannya berusaha mencari idea dengan menggunakan satu lagi alat pengime- jan yang tidak mengeluarkan radiasi iaitu pengimejan tiga dimensi (3D). “Berbeza dengan sebelum ini, teknik pengimejan kali ini menggunakan penge- sanan magnetik yang biasa digunakan dalam “Melalui fl uoroscopy, kita dapat melihat salur darah pada jantung untuk memasukkan wayar yang bersambung pada peranti sebelum ditanam di bawah tulang selangka berhampiran jantung.” – Dr. Azlan UBAH RAWATAN BIASA... Pengimejan 3D selamatkan radiasi pesakit hamil. pembedahan lain. Walau bagaimanapun, fungsinya tetap sama iaitu untuk mengesan wayar yang perlu dimasukkan ke dalam salur darah," jelas Dr. Azlan. “Sistem ini melibatkan dua perkara. Per- tama adalah resolusi magnetik yang dapat mengesan pergerakan dan kedua ialah sistem lokasi 3D. Ia seperti menggunakan GPS untuk menavigasi ke dalam jantung. Dengan menggunakan sistem pemetaan yang menghasilkan model 3D ini, pakar bedah dapat melihat dari sudut berbeza dengan kete- patan yang sama sebagaimana menggunakan pengimejan fl uoroscopi. “Walaupun kaedahnya lebih sukar dan memakan masa berbanding menggunakan teknik fluoroskopi namun kesannya tetap sama. “Kini, pesakit berkenaan sedang menerima rawatan lanjut di IJN dan dijangka bersalin awal tahun hadapan,” jelasnya. Tambahnya, kadar denyutan jantung yang perlahan akan memberi kesan buruk kepada proses bersalin. Oleh itu, dengan adanya pacemaker, wanita berkenaan memiliki peluang yang cerah untuk menjadi seorang ibu. — al-Siha Plus